Budak Zaman Sekarang Terlajak Manja


Assalamualaikum.

Maaf kalau tajuk kalini keterlaluan. Tapi itu yang maq nampak. Mungkin tak perlu pandang anak jiran , perhati je anak sendiri didepan mata.

Anak sendiri ❤ handphone


Ketika diusia 5-12 tahun. Bila emak bapa minta tolong ,mereka menganggap diri mereka terlalu kecil untuk buat itu dan ini. Kalau buat pun kadang tu siap package ' dengan upah' . Anak yang paling manja biasanya anak anak yang mana ibunya surirumah sepenuh masa. Betul ? Celik mata sarapan dah tersedia! Pakaian sudah dicuci , sinki sudah bersih dari pinggan kotor , agaknya kalau disuruh..

 " tolong buangkan sampah tu keluar.."

Pukul berapakah sampah sampah itu akan ada ditong sampah diluar?

 Kalau dalam masa 5minit tu , syukur, alhamdulillah. Tapi kalau dah masuk 5jam tunggu ,sampah sampah tu tidak terusik pun? Something wrong dan ianya perlu diperbaiki.

Anak lelaki ,anak perempuan , dua dua ada tanggung jawab .

Anak yang ibunya berkerja ke atau tidak bekerja ,mereka masih wajib belajar untuk bantu orangtuanya urus rumahtangga. Mereka pun bertanggungjawab.

Anak tunggal ke , anak angkat ke , anak bongsu ke ,mereka pun kena diajar rasa tanggungjawab  terhadap rumahnya.

Itu bukan hal besha besha ,bossku...heheeee

Kadang terfikir juga, bila masa yang sesuai mereka nak beri bantuan urus rumahtangga tu? Sebab semua ada alasan. Kenapa terlalu dimanjakan dengan alasan sebegitu?


Jadi tak pelik kalau kita lihat , sesetengah pasangan yang sudah beranak pinak pun , rumah masih macam kapal karam. Keluarga jadi tak tentu hala. Kehidupan berumahtangga dah macam satu penginayaan . Dia tu salahkan dia ,dia ni silapkan dia ,padahal masing masing tidak terdedah dengan " rasa tanggungjawab" ketika kecil.

Gambar sekadar hiasan.

Ajarlah anak buat kerja dirumah. Walaupun bukan wajib uruskan semua tapi didik mereka displin diri dan tempat tinggal dengan  kebersihan.  Terapkan dalam minda mereka Rumahku Syurgaku , insha Allah , syurga itu kan indah ,bukannya bersepah dengan permainan anak , dengan kain baju berlonggok,sampah sarap berbau busuk , pinggan mangkok bersusun disinki dan bukan juga dengan kata kata mencari kesalahan.. Pesanan ini untuk diri maq juga.

Sayang anak tangan tangankan , mungkin ini jalannya ? Hehe orang sekarang terlajak  sayang anak. ( cakap kat diri sendiri )

Maq : sesungguhnya Malas itu merugikan..


Comments

Amie said…
Assalam,
perkongsian rasa yang membuat kita sentiasa berfikir untuk memperbaiki diri mengurus keluarga, ya benar.... kalau bukan dari kecil anak-anak diajar mengurus rumah, bila lagi.
Maqnie said…
Waalaikumusalam Amie..semoga Allah permudahkan urusan kita dalam mendidik anak anak.
Inshaa Allah , aamiin..
Abam Kie said…
betul tu. anak2 sy ni kalau x disuruh buat keja umah memang x dibuatnya. Arrrgghhh!!!!
Maqnie said…
Sabar Abam Kie , sabar .
Masih ada masa utk mendidik mereka,
inshaa Allah :D