Tukar je status isteri dia

 


Assalamualaikum. 

Busy sejak beberapa harini. Biasalah urusan dunia mana pernah habis kan. Yang penting urusan akhirat tu jangan terabai, sudahlah. 

Hari hari bisik kat Allah.. 

Jadikanlah aku jutawan dunia dan jutawan akhirat ya Allah..Aamiin. 

Istajib doa ana ya Allah..

Harini free sikit, jarini tergerak nak sembang pasal cerita seorang sahabat sekolah. Tapi dia level adik adik la pada maq. Jauh jugak jarak usia kami, tapi pernah lah kerja satu department di Mitsumi SDN BHD kat Pontian dulu. ( kisah tahun 1993 ) dah kira sejarah ke ek?  

Kawan ni ditakdirkan Allah telah menjadi ibu tunggal beberapa tahun lepas. Anak 4 orang dan masih bersekolah rendah. Allahhuakhbar ,berat dugaan ini. Tapi beliau redha. Kata beliau,

 " inilah jalan hidup saya, kak "..

Alhamdulillah  rezeki beliau,  dapat penempatan ditanah kepunyaan bonda  tercinta, biarpun hanya mampu mendiami sebuah rumah yang dibina atas sumbangan orang ramai ketika pemergian arwah suami. Rumah kecil yang ambil kos cuma rm 10K pembinaannya. Anda boleh bayangkan dalam zaman serba serbi duit, rm 10 K tu, cukuplah dengan dinding batu blok, bumbung zink, tingkap cermin yang nakonya kaku dan secebis zink untuk awning pintu hadapan. Namun maq tetap ucap syukur bagi pihak beliau. Sebab ada tempat untuk berteduh. 

Keperluan anak anak, beliau urus 100%. Air api ada.  Kenderaan sebuah motor, ada. Dan beliau pun berkerja sebagai penolong kebersihan disalah sebuah sekolah dikawasan beliau tinggal. 

Cuma.. Apa yang menjadi rezeki pahala sabar untuk beliau ialah jiran beliau. Ya jirannya sangat bimbang jika suaminya jatuh hati kat kawan maq tadi ( ibu tunggal)  semua urusan yang berkaitan dengan ibu tunggal tu, jirannya akan protes. Termasuklah sewaktu petugas Ranhill ( syarikat air)  nak pasang meter paip kerumah kawan maq tu pun jadi isu kepada jirannya. 

Seriously  maq terkejut!!

Air yang akan disalirkan kerumah anak anak yatim pun dia tak benarkan lalu dikawasan rumah dia???? 

Tahu tak dia, setiap titis air yang digunakan  oleh anak anak yatim itu bakal memberi pahala jugak dekat jiran tu?  Walaupun bukan jiran tu yang bayar bil air tapi memberi kemudahan kepada anak yatim tu besar pahalanya?? Allahhu sayangnya. Saham akhirat tu !Peluang depan mata dihancurkan macam tu je.. Allahhuakhbar.. 

Maq yang rasa terkilan. Serius terkilan sangat. Dan perasaan ni maq cuma luahkan depan suami  dan anak bungsu maq je. Sis rasa nak nangis wey ..sumpah sedih sangat sangat.. 

Dan bila maq dah pulang ke rumah,  kawan maq send teks wasap,  beliau kata beliau dah cukup bersabar dan Insyaallah  akan terus bersabar demi anak anak. 

Yep, maq cakap.. " sabar ye, Allah nak bagi awak lebih lagi pahala tu.. Jangan putus asa. Jaga anak anak elok elok. Jaga diri.. "

Kawan maq :

"ya kak, Insyaallah,saya akan buat macam apa akak nasihatkan tu. Tapi saya peliklah kak,  kenapalah isteri dia jeles sangat kat saya ni.  Kalau lah dia nak jadi macam saya sangat, suruhlah suami dia bagi status tu kat  dia. "

Hahahahaha Allahhu.. 

Gelak besar maq baca teks beliau. Heyyy.. Lawak budak ni sejak zaman dulu tak pernah hilang tau! Macamanalah dia boleh terfikir sampai ketahap tu?  Hahaha  sis kenot brain la, sungguh!!! 


Nota maq : baca kata kata dalam gambar tu jelah .  Malas dah maq nak taip nota. 


Popular Posts