Assalamualaikum.
Bila kita kenal sesaorang termasuk family kita sendiri , belum tentu kita akan kenal dia 100%. Betul ke betul ? Haa memanglah betul.
Sedang anak yang dikandung 9bulan 10hari tu pun bila dah besar sikit , kita dah susah nak percaya perubahan dekat perangai dia . Kenapa ?
Sebab sampai satu ketika , perangai dia akan mula berubah. Kadang depan kita dia baik ,pijak semut pun tak pengsan. Tapi kat belakang kita , boleh ke patut dia cakap kat kawan kawan dia bahawa emak dia ialah emak paling garang kat lorong rumah dia tu! Garangnya macam singa !
Anak siapa ? Anak maq lah ! Anak siapa lagi ! Aduhh.. Dia bayangkan i macam Singa tu sis !! i can't believe this !! 😂..
Pening? Emak kalian lagi pening nak melayan karenah kalian bertiga tau! 😂 ( lokasi : Melaka 2015 ) |
Tu kisah dululah ,masa tu along , ety masih di alam sekolah rendah lagi . Aida pun tak edit apa pun lagi masatu hahaha.
Now diaorang dah besar panjang . Perangai dah berubah , cinta dan kasih sayang pun dah terbahagi bahagi. Raut wajah dah berubah. Penampilan ,status diri semua dah berubah. Alhamdulillah..
2017 - perubahan yang ketara sangat. ( lokasi : Dataran Penggaram ,Batu Pahat ) |
Tapi rasa rasa ada tak gelaran diaorang bagi kat emak dia sekarangni ?? Hmmm adaaaa.. Diaorang panggil " makcik bawang pulak " ! Aduhh.. Tapi maksud dia bukan makcik bawang macam kat fb tu tapi makcik bawang yang hari hari dok mengupas bawang didapur.
..masak ! Masak ! Masak ! 😂
Tapikan ,kalau makcik ini tak membawang kat dapur tu mana nak datang nya makanan untuk diaorang nanti. Ya kan? Lainlah ayah diaorang ada bagi kat diaorang " emak" lagi satu !
Ehh.. Ehh.. 😂...😭
Tahukah anda , dalam family maq ini , sorang je perangai dia tak pernah berubah. Sejak mula kenal sampai la saat ni sama je perangai dia. Krik³..
Dan bila buat pertama kali kami terpisah lama (ketika maq mengerjakan umrah haritu ) maq test lah maq punya "market" . Sebab nak tengok beliau sekarang macamana orangnya. Dan kat bawah ini adalah hasilnya..
Dan maq yakin " dia masih orang yang sama" ..
Inshaa allah.. 😭
Tengoklah..ajak wefie punyalah payah .. ( lokasi : port ngeteh kegemaran, Parit Raja,Batu Pahat ) |
Masa ni tau pulak nak tengok kamera. Haa tu buat muka sedih bila wife nak jalan sengsong tanpa dia , 12hari pulak tu. ( lokasi : ruang menunggu KLIA ) |
Maq : maaf , sekadar berkongsi kisah keluarga ..💕
Comments
Post a Comment