Assalamualaikum.
Kulit manusia mempunyai jenis yang berbeza beza. Semua ini antaranya disebabkan cara pemakanan setiap individu itu.
Macam diri maq sendiri, maq suka makanan yang berminyak. Jadinya kulit muka Maq memang jenis berminyak. Terutama dikawasan T - zon. Hidung , dahi dan mata. Disitu juga lah kawasan jerawat nakal melepak lepak bila diaorang free.
Maq pernah cuba banyak jenis pencuci muka. Lepas satu , satu produk maq guna. Paling serasi sebelum sebelum ni ialah produk Nutri Metic. Aduh..masa kerja dulu boleh lah guna , bila dah jadi penggangur bersiri ni , kos untuk barangan Nutri Metic tu boleh maq guna buat beli benda lain. Bak kata perpatah ,ukur baju tu biarlah dibadan sendiri. Kalau ukur kat badan orang lain,macamana? Nanti macam pakai baju pinjamlah ,😂
Bila dah masuk ke ambang usia setengah abad ni , tak mustahil penampilan kena jaga juga. Bukan nak nampak cantik manapun ,tapi cukuplah nak nampak diri lebih yakin dan lebih selesa bila berhadapan dengan ramai orang.
Setelah cubaan demi cubaan maq buat ,akhirnya maq akui bahawa pencuci muka buatan Jepun inilah yang sesuai dengan maq . Produk Ever soft! .
Avocado with rice bran oil. |
Sekarang ni ,bila maq dah guna 3 tiub yang mengandungi 195gram ( macam gambar atas tu) . Dan pakai 2kali sehari , 3bulan pakai pun tak habis habis lagi ! Jadinya maq katakan " waw " untuk produk ini! Sangat menjimatkan. Harga pun tak lah mahal mana. Rm 15-+ sahaja.. Kadang ada diskaun harganya cuma rm 13+-! Mur mur jew ,😁
Ada banyak jenis pencuci ever soft ini tapi maq lebih suka pilih avocado . Pernah dulu cuba cucumber, ianya seperti makin membuat kulit maq jadi kering , so maq tukar kepada avocado dan alhamdulillah ,avocado tidak mengecewakan hati tua ku ini.. 😍.
Kelebihan lain Ever soft avocado ni selain mengandungi avocado dan rice bran oil ,ianya juga adalah , 100% dari hasil tanaman organik !
100% organic plan actives ! |
Produk asia untuk kulit orang asia..
Comments
Post a Comment