Bawang Berempah


Assalamualaikum.

Setiap hari Rabu akan ada diskaun di Aeon Big. Maq tak lepaskan peluang ini untuk beli barang terpilih yang ada potongan harga. Biasanya bawang merah dan kentang. Sekilogram cuma RM 1.00 ! Dapur officer macam maq ,pastinya paling seronok bila 2 benda ni harganya murah!


Maq suka makan makanan berasaskan bawang besar. Tak kiralah apa pun. Termasuklah tomyam , masak sambal tumis , bawang goreng berikan bilis dan kicap , bawang potong bersama cili padi ,limau kasturi  dan cencalok. Dan yang terkini bawang goreng berempah. Wah semua penaik selera ni hehe.

Bawang goreng berempah ni ,pertama kali maq rasa masa pergi umrah dulu. Kami makan nasi arab berulamkan bawang berempah. Kalini maq teringin nak buat versi maq. Rasanya hampir sama tapi tak la sesedap air tangan pak arab tu.

2 biji Bawang besar potong 4 , lepastu potong kecil melintang. ( ikut saiz bawang kat rumah anda)

Setengah biji karot dipotong halus memanjang.

Sebiji tomato dipotong dadu.

Sesudu kecil serbuk kunyit.

Sesudu makan sos lada hitam.

Garam.

Sesudu kecil jus limau.

Minyak masak untuk menumis.

Caranya :

Masukan 2-3 sudu minyak masak. Minyak dah panas ,masukan karot balik balikkan. Bila karot dah layu masukan bawang dan tomato cincang. Masukan serbuk kunyit , garam ,sos lada hitam dan jus limau. Gaul sampai semuanya jadi layu dan akhir sekali bila masakan sudah  berjus sedikit , anda dah boleh padam api dan siap!

Masakan ni makan dengan nasi dan ayam/ikan goreng pun dah sedap. Swear maq tak tipu ! Anak maq cakap rasanya ada iras iras rasa acar timun yang selalu makan kat rumah pengantin tu. Yelah, acar tu kan penambah selera untuk nasi baryani .

Bila dah kehabisan resepi, inilah hasilnya. Bawang goreng  pun sedap! Anda mesti cuba. Untuk percubaan buat dulu dengan  seketul bawang ,jangan tamak !  Selamat mencuba..


Kelebihan makan bawang merah :











Sumber : google*

Comments

  1. owh.. kat sana ada hari rupanya untuk sale..

    ReplyDelete

  2. Pha Is : untuk barang yang terpilih sahaja. Kebiasaannya barangan dapur.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Brisk Walk Dan Kelebihannya

9 Zulhijjah 1447H

Berkorban Apa Sahaja

Himpunan Doa Arafah 2025

10 Zulhijjah 1447H

Makan Malam Di Warong Che Senah ,Kampung Baru

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

Santai Petang Di Kuala Lumpur

Jangan tunggu lama lama