Skip to main content

Dugaan Itu Bukan Saja Saja


Assalamualaikum.

Alhamdulillah wasyukurillah. Sekali lagi kita bertemu diarena penulisan wargaemas ini. Eceh .. Baru harini mengaku tua hehehe

Orang Johor masih gelisah selagi Pasir Gudang belum pulih seperti sedia kala. Mungkin juga bukan saja orang Johor tapi seluruh negara Malaysia masih resah. Keluhan mereka dapat terlihat di semua media. Salahkah kalau maq katakan , bukan saja saja dugaan ini datang kepada kita?

Sebagai contoh  ,bila satu satu kawasan terlibat dengan insiden seperti ini , kita dapat tahu apa kekurangan tempat itu. Apa kemudahan asas yang penduduk setempat sangat perlukan yang selama ini pihak berwajib mungkin terlepas pandang.

Keduanya bila sesuatu insiden belaku , semua orang kenamaan akan turun padang. Mana yang anggap hal ini serius akan berterusan berada disana setiap masa. Dan bagi pihak yang merasa hal itu cuma hal " besha besha je " mereka akan datang untuk lepas kan batuk ditangga,lantas pergi..😭

Ketiga ,bila dapat tindak balas dari yang berkenaan ,masyarakat dapat " hint" dari pemimpin mereka. Mana satu dipanggil pemimpin ,mana satu yang dipanggil pemerhati ,mana satu yang  dipanggil bertanggungjawab. Tapi itu bukanlah  alasan untuk kita membenci sesama kita. Sekadarnya ,selepas kejadian ini ,masyarakat akan lebih bijak menilai mana satu kaca mana intan. Gituuuu...

Keempat ? Cukuplah 3 contoh tu. Maq takut nanti terlalu banyak nak tunjuk kebenaran terjadi pulak kesalahan..so 3  cukuplah ya?  Ambil bilangan yang ganjil . Macam kita makan kurma pun kena bilangan yang  ganjil kan ? Barulah  berkesan khasiat kurma tu .Kalau  bilangan genap katanya nanti jadi penyakit. Waallah hua'lam


Kurma Ajwa .
Di Madinah harganya RS 50/kg tapi bila dah naik kapal terbang harga dia dah jadi rm 130/kg ,kalau offer barulah dapat kurang harganya. Lihat gambar bawah. Makcik kau beli cuma 2kg je ritu. Kalau tau sedap banget kurma ni ,beli sekali tokey ladang kurma tu ,boleh korang merasa kurma ni sama makcik..😂



Ni harga pasaran di Malaysia.

Maq melarat larat buat post. Dari Pasir Gudang terus ke kurma pulak !


#prayforpasirgudang
#prayforjohor
#prayformalaysia
#prayformuslim

Popular posts from this blog

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...

Tadarus Al Quran 2026

  Bismillah, Ramadhan tahun ini ,maq berpeluang berkumpul dengan wanita wanita satu penempatan dengan maq.Kami bersama sama bertadarus Al Quran selama 2 hari berturut turut. Biro wanita taman Bukit Perdana telah menganjurkan program bertadarus pada 21&22hb Februari lalu.Dan Majlis khatam pula berlangsung pada 28hb Februari pula. Al Quran yang mengandungi 30 juzuk telah selamat kami baca dengan dipantau oleh pembimbing yang bertauliah. Pada hari pertama,setiap kumpulan kena baca 2 juzuk.Kumpulan maq baca juzuk ke 3&4. Manakala pada hari kedua,kumpulan maq baca juzuk ke 18. Alhamdulillah.Gabungan wanita dewasa & remaja telah meraikan al Quran sepanjang 2 hari tersebut.Program bermula dari pukul 8-pukul 11 pagi. Seronoknya bertadarus ni,kita boleh baca sambil disemak oleh pembimbing.Bila silap dalam bacaan,pembimbing secara auto akan perbetulkan.Semuanya berjalan dengan lancar. Berbeza baca quran sorang sorang dirumah,takda siapa yang boleh semak bacaan kita. Moga Allah te...

Blog Sunyi,Maqnie Sunyi

  Bismillah.. Lebih separuh tahun dah 2025 berlalu. Terlalu banyak perkara yang diluar jangkaan telah dan sedang kita lalui. Sebagai wanita dewasa yang dipilih melihat kehidupan akhir zaman didepan mata,jujur cakap,maq takut,maq sedih dan maq jadi penat dan kadang jadi terlalu penat. Kita sedang berada dizaman fitnah.Zaman dimana ,you buat hal yang betul dikata salah dan you buat hal yang salah tentu tentunya dikatakan salah. Rasulullah pun ada pesan ,jika kita tak dapat nak ucapkan hal yang baik baik,pilihlah untuk berdiam diri. Dan sentiasalah bersangka baik dengan ujian Allah. Dan dalam post kalini,maq just nak cakap, " Yaa Allah ,maq dah penat.Sangat sangat penat..."

Tak Mampu Nak Buat ,Pilihlah Diam

  Bismillah, Sejujurnya Maq dan Encik suami masing masing masih lagi mempunyai ibu.Apapun kami tak berpeluang untuk jaga mereka dirumah kami.Masing masing ada alasan tersendiri dan kami pun terima kenyataan itu dengan penuh kesedaran. Kalau dipihak encik suami, ini pendapat beliau waktu maq tanya kenapa tak nak bawa ibu beliau kerumah kami ; "Diri awak sendiri pun asik keluar masuk klinik,mana nak uruskan cucu yang 2 orang tu lagi,nak uruskan rumahtangga,nak uruskan makan minum saya,nanti macamana awak nak uruskan emak saya?Biar saya yang akan balik kampung tengok mak saya.Awak uruskan je rumahtangga dan jaga budak budak." Kalau tak silap,kali terakhir kami dapat jaga ibu ibu kami tak silap pada tahun 2022. Encik suami pun baru je beberapa bulan sembuh dari masalah kesihatannya. Sebelum ni beliau diuji dengan slip disc sebelum tibanya hari raya korban yang lalu.So setiap langkahnya pun masih lagi dengan langkah berhati hati. Ibu Mertua Maq💕 Ini gambar lama waktu kami sambut ...

Anti Vaksin

Assalamualaikum, Beberapa minggu lepas maq dijemput menyertai group anti vaksin di telegram. Maq layankan je ,paling tidak dapat jugak baca isi hati mereka atas alasan kenapa menolak vaksin. Kini dah nak sebulan maq disitu.Apa yang maq perhatikan tentang mereka,ini pendapat maq. Mereka tu bukan tak suka vaksin tapi mereka tak suka kerajaan . Ye itu realiti sebenarnya ! Setiap masa mereka tampilkan kesilapan menteri itu ,menteri ini. Mereka kata kerajaan sentiasa buat dosa seperti mereka sendiri tak pernah buat dosa. Mereka hamparkan cerita cerita yang diambil dari luar negara.Mereka bandingkan negara luar dengan Malaysia. Mereka burukan Malaysia, mereka burukan kerajaan Malaysia dan mereka burukan rakyat Malaysia yang telah divaksin. - Sedangkan mereka tu semua masih lagi di Malaysia. Apakah terjadi hal serupa kalau Tun M masih menerajui kerajaan harini? Apakah Tok Ajib  akan tanggung masalah sama jika masih jadi pemimpin Malaysia harini? Ye, pastinya semua tokoh tokoh tu bakal jad...

Persiapan Menghadapi Bencana Alam Atau Perang

  Bismillah, Berikut merupakan antara persiapan yang boleh kita ambil tahu dan boleh diberi tunjuk ajar kepada  anak anak andai kata negara diuji perang. Mungkin ada sesetengah berpendapat ini tak perlu diambil peduli,mungkin masa perang tu nanti, kita semua dah takda lagi.Ye betul la kot perang tu lama lagi, tapi bagaimana anak cucu kita dan waris keturunan kita nanti? serba sedikit mereka juga perlukan ilmu untuk persiapan diri mereka termasuklah  ahli keluarga mereka. Jomlah kita tengok apa ilmu yang kita perlu tahu untuk persiapan hadapi perang. PERSEDIAAN TEMPAT TINGGAL    • Kenalpasti kawasan yang paling kukuh dan selamat di dalam rumah anda. • Bina bilik bawah tanah jika  berkemampuan - Bunker. • Simpan sedikit stok makanan, air dan keperluan lain di dalam bilik tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam. • Maklumkan kepada ahli keluarga anda lokasi dan fungsi bilik tersebut. • Lakukan simulasi menghadapi kecemasan untuk memudahkan dan melancark...

Minda aras bawah

Assalamualaikum. Salam 2Muharam 1439 Hijrah. Alhamdulillah wasyukurillah. Sehari lagi umur ditambah. Semoga kita semua mendapat umur yang bermanfaat. Kenapa tajuk entri ada perkataan MINDA? Minda , akal , otak ,pemikiran tu semua hampir serupa maksud dia cuma kalau kita cari makna lagi mendalam adalah beza sikit sikit. Ceritanya macamni : Semalam ,lepas maghrib lebih kurang pukul 8.00malam macam tu , maq , suami dan anak bongsu pergilah ke Aeon Big Batu Pahat . Kebetulan  Aeon ada buat diskaun untuk barang keperluan dapur dari 22/9-27/9/2017. Antara barang barang yang di offer kali ini seperti : Bawang besar sekilogram RM0.80 Bawang putih sekilogram RM4.80 Kentang  sekilogram RM0.80 Ayam sekilogram RM4.80 Ikan siakap seekor RM4.80 Sabun cuci pakaian fab 2.3kilo RM7.80 Ada banyak lagi sebetulnya tapi maq malas nak taip. Atas tu hanya antara barang yang sempat maq beli ,tu sebab maq ingat. Okey , lepas siap beli ,kami pun keluar dari Aeon Big menuju ke kaw...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Putaran nikmat

Assalamualaikum dunia. Lama blog sunyi, bukan malas nak menaip tapi idea yang bernas takda nak dicurahkan dalam ni. Aktiviti harian asyik ulang benda yang serupa ,makanya malas nak update cerita yang ulang ulang macam astro. Opsss hehe .Harini maq sarapan ni: Nasi lemak homemade Sejak zaman serba serbi naik , nasi lemak pun kena masak sendiri bila nak makan katanya walaupun yang makan cuma dua orang.  Hehe itu bukan alasannyalah .  Sebab utama ialah semua bahan untuk memasak nasi lemak sudah ada dalam stock, dan mood rajin berlegar legar diminda. Maka terhasil lah seperti gambar yang diatas. Nasi lemak halia melengkor nama diberi ,😂. Dalam langkah menuju usia ke 50 tahun dua tahun lagi, citarasa dalam makan memang nampak ketara. Patutlah orang tua  tua agak cerewet bila nak makan. Semua orang muda masak tak sedap. Ikan kecik dah tak sedap. Ayam dah tak sedap.Kuih muih tak sedap ,makanan barat tak sedap, boleh kata serba tak sedap pada mereka. Kadang hati ora...

Kisah Dan Pengalaman Pegawai Haji Menunaikan Haji (1924)

  Bismillah, Hari ini bersamaan 1 zulkaedah 1446H.Harini juga merupakan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bagi tahun 2025.Semoga semua tetamu Allah yang diundang, diberi kesihatan baik sepanjang mereka berada dinegara Malaysia , diMekah dan Madinah dan pulang dengan membawa haji yang mabrur.Aamiin... Harini maq nak kongsi sejarah kisah haji yang menarik untuk dikenangkan.Ini merupakan usaha salin tampal maq dari facebook.Seronok maq baca dan sengaja simpan disini sebagai koleksi sejarah haji untuk dikenang kenang.Moga moga ia menjadi jariah berpanjangan buat hamba Allah yang menaip awal dulu. Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:- • Kos menunaikan haji sekitar 500  hingga 600 Ringgit Malaya. • Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah) • Sebelum berangka...