Skip to main content

Calon SPM 2019


Assalamualaikum.


Ini Aida ❤

Aida anak bongsu maq. Tahun ni beliau akan menduduki SPM. Pejam celik ,pejam celik , sekejapnya masa berlalu. Rasanya baru je semalam Aida menangis taknak pergi sekolah tadika. Merengek depan cikgu ,kononnya rindu kat emak dia dirumah , nak balik ,nak jumpa emak dia ,sayang sangat dekat emak dia. Tup tup  2019 dah nak ambil SPM. Besar sudah anak makcik !

Alhamdulillah ,Terima kasih Allah. Tak terasa letih pun membesarkan Aida. Dia ni jenis anak yang tak banyak bantah cakap orang tuanya.

Kalini, SPM Aida tak sama macam kakak kakak dia dulu. Along dulu masuk kelas Sains dan Ety pulak ICT . Sedang aida pula kelas akaun & perniagaan.  Dengan sistem pembelajaran yang baru dinaik taraf sekarang ni , maq langsung tak dapat nak membantu.  Serba serbi aida handle sendiri. Kerja sekolah ,nota , kerja krusus , kerja itu ,kerja ini , memang semua dia buat sendiri. Antara sebabnya juga,maq dulu pun masuk kelas sains, tu yang maq tak dapat nak bantu aida apa pun pada subjek akaun ni.

Subjek sejarah lah subjek maq paling tak minat dulu tetapi sebetulnya sejarah lah antara subjek yang kita follow up sampai dah tua macam sekarang ni. Bila warganegara lupa sejarah ,negara jadi celaru ! Maafkan saya cikgu sebab takdapat nak bagi A+ dalam subjek sejarah ..paling baik pun dapat B- , itu pun apa nasib lah dapat B- .. 😭


Matematik ? Boleh la. Subjek ni kira maq minat lah jugak tapi jarang jugak dapat A ,apatah lagi A+ ,jauhhh.. Paling seriau nak dikenang ,bila subjek math tambahan. Soalan sebaris tapi jawapannya berbaris baris , habis satu kertas jawapan ! Eeee paling geram ,mula mula jalan kerja betul dah tapi separuh jalan , mesti jalan kerja dah tersasar. Lastly jawapan jadilah salah ! Jarang nak dapat lulus , yang kerapnya gagal ! Nasiblah cikgu tak suruh berhenti sekolah je masa tu ,kalau tak mahu nyesal seumur hidup diriku ini. 😂


Dalam kisah aida ni , maq takda pun bagi dia kelas tambahan ,kecuali setiap malam Rabu , cikgu dia ada buat kelas tambahan disekolah. Mula 8.30malam dan tamat 9.45malam. Itu sajalah kelas tambahan untuk aida. Lain lain kelas tu , serupa je seperti calon SPM lain ,ada extra  kelas sampai pukul 3.00petang.

Kejayaan anak anak maq  dalam pelajaran maq tak pernah paksa. Bila dia dah fokus pada apa yang cikgu ajar , buat semua kerja sekolah , buat ulangkaji dalam kata lain , dia dah berusaha sedaya upaya dia. Dan bila result keluar ,maq redha dengan setiap keputusan yang mereka dapat. Ya ,itu lah rezeki mereka. Maq tak akan marah atau salah kan mereka jika mereka tak dapat result baik seperti anak  orang lain. Pada maq , setiap orang punya rezeki yang berbeza beza ,selayaknya kita cuma perlu berusaha. Usaha ,doa dan tawakkal ! Inshaa Allah , ❤.

Tapi , bila aida belajar dirumah , aida ditemani oleh sesaorang. Beliau ialah..

Budak Ainul bambam nilah temankan aida!
Kalau bukan ainul ,siapa lagi. Sampai panjat meja tu.
Sabar mak usu ..sabarrr..hehe



Maq : semoga urusan pelajaran aida dipermudahkan serta berjalan lancar. Dan aida akan dapat keputusan yang aida sendiri boleh banggakan nanti,  Inshaa Allah , aamiin.

Ainul akan temankan mak usu dimana mana jekkk..


Comments

Popular posts from this blog

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Balik Kampung 26/9/2026

  Bismillah, Simpan sini memori hari Sabtu 27hb September 2026.Pada tarikh tersebut Maq balik ke kampung halaman di Parit Balak, Senggarang,Batu Pahat,Johor. Adik Maq & Ayahteh dengan hobi mereka.Mancinggg! Santai santai jer Apa je yang dibincangkan wanteh & ibu maq tu kan... Akak kawasan 😂 Bodyguard Tok Emak & Tok Ayah Wanteh & Ayahteh Cucu bertuah ni kan, dah pandai kacau tokmak nak merakam suasana.😂 Santai santai dihalaman rumah sambil tengok orang memancing. Moga silaturahim ini kekal sampai syurga❤

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

Bandar Muar Waktu Malam

Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema.  Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,jangan kena kat keluarga kami yang lain. Awal awal lagi maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu disebabkan kami tak sihat. Takut menjangkit. Maq risau terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung,kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,siapa tahan wey. Bosan tau...

Rakyat diburu saman

 Assalamualaikum. Bila wabak C19 dah melebihi setahun menular dinegara kita ,kerajaan semakin hari semakin bertindak tegas keatas orang ramai demi memantau keperihatinan mereka terhadap bahayanya virus C19 ini. Bermula dengan denda rm300.00 kalau melanggar S.O.P disusuli rm 1000.00 dan kini rm 10 ,000 pulak berkuat kuasa. Ikut S.O.P norma baharu. - pakai topeng muka kalau nak keluar rumah - nak masuk ke sesebuah permis kena scan code mysejahtera dan wajib periksa suhu badan. - berkumpul beramai ramai dilarang.  - jaga jarak bila berada dalam keadaan yang ramai orang. - peniaga ada masa ditetapkan untuk berniaga. - senantiasa bersihkan tangan dengan sanitizer. setahun  kita dah amalkan ini. Tapi sebab ada sesetengah dikalangan kita terlalu ego dan lebih pentingkan diri sendiri ,akhirnya wang ringgit jadi habuan saman. Bayangkan rm 10,000 kalau diberi sedekah kepada keluarga asnab yang terlalu ramai diluar sana kan boleh memberi kebahagian kepada mereka. Lagi lagi bulan Ram...

Vaksin Meningococcal Digantung

  The Meningitis Requirement Is No Longer Required & Has Been Suspended For Umrah Jumaat 8 Syaaban 1446H. Bismillah, Harini maq terjumpa kenyataan diatas tu dari Page rasmi facebook haramain . Vaksin Meningococcal digantungkan untuk umrah. Maksudnya tak diwajibkan ambil buat masa terdekat ini. Sahih ke ni? Mana link ? hahaha ayat ni wajib maq jumpa bila layan facebook.Hebat facebooker zaman now.Maju sangat, semua nak backup dengan link.Silap silap scammer pulak yang bagi link nanti ,lagi haru. Nauzubillahimiznaliq.. Dan korang atau ahli keluarga korang atau jiran tetangga korang yang merancang nak ke Arab Saudi tu bolehlah confirmkan dengan agensi yang telah di daftar, betul ke tak berita ni?Dah lah caj ambil vaksin tu mahal.Untuk kebaikan confirmkan dulu.Setahu maq ambil vaksin Covid19 je yang free.Itu pun masa tahun 2021 ,sekarang tak pasti lagi kondisinya bagaimana.😆 Rasanya ramai dah bakal jemaah haji musim 1446 mula ambil vaksin meningococcal sebabnya sebelum ni kalau nak...

Cara Mudah Dan Ringkas Buat Solat Hajat

  Bismillah, Kalini kita belajar bagaimana cara bacaan dan doa bagi solat hajat yang mudah dan ringkas. Sebenarnya ada banyak cara mudah yang boleh dipraktik kan tapi maq kongsi cara yang bawah ni sebab ianya mudah untuk difahami. Semoga perkongsian ini beri manfaat. Niat dan Bacaan  Amalan selepas solat Doa selepas solat Sumber :Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kenapa nak buat solat hajat ? Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibni Abi Afwa Al islami r.a, beliau berkata,  Pada suatu hari,Rasulullah keluar dan menuju kepada kami,lalu bersabda ; Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ...

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌