Assalamualaikum.
Tajuk macam biasa dengar ,kan? Setiap manusia kena makan untuk teruskan kehidupan. Tapi makan bagaimanakah yang boleh buatkan kita terus hidup?
Bila makan ,janganlah makan ikut nafsu kerana ia amat merbahaya. Bila makan sampai membuak buak nasi dan lauk pauk dalam sekeping pinggan bersaiz 8inci boleh kah perut yang kapasiti muatannya 1500mililiter tu nak tampung? Perut disumbat dengan makanan makan malam,makan tengahari ,makan petang dan kudapan kudapan lagi.
Faktor kuantiti makanan yang perlu diambil kena juga tengok pada apa jenis perkerjaan individu tersebut. Kalau macam maq ,kerjanya cuma " santai santai duduk rumah " agak agak kena makan gaya apa ek? Nasi pastinya bersaiz besar penumbuk ku ini,😂
*perkataan santai santai tu penuh makna tau..
Aduh kesiannya usus kena tampung kesemua makanan tersebut . Bukan sehari tapi setiap masa!
Badan yang sihat pun akan sakit bilamana usus dia dah penat buat kerja. Boleh nak makan sesekali makanan yang membuak buak tu tapi apa kata keesokan harinya kenalah berpuasa.
Kalau lagi nak afdal ,makan seperti biasa pada hari Jumaat, Sabtu ,Ahad ,lsnin tu buatlah puasa sunat.
Selasa ,Rabu makan biasa biasa je lagi ,Khamis tu puasa sunat lagi. Mudah kan? Kita bagi perut dan usus rehat sehari..
Makanlah hanya untuk hidup . Itupun kalau rasa nak hidup lebih lama dan sihat. Pesanan untuk diri maq juga.
Rupanya tak bermakna lagi ayat yang maq selalu pakai ' biarlah besar mana pun badan ni asalkan sihat' Coach kata bila besar badan sesaorang tu ,itulah tandanya badan dia tidak sihat..😭 |
Comments
Post a Comment