Ainul Belajar Makan Sayur


Assalamualaikum.

Bila gigi Ainul dah tumbuh banyak (+-8 batang ). Dia dah mula makan makanan yang pejal sedikit. Kalau sebelum ni dia cuma makan bubur nasi dan sayur kisar. Sekarang tok mak dah ajar dia makan nasi lembik dan sup  sayur potong potong je. Sayur potong potong? Apakah?




Tulah dia sup sayur potong potong hehe

Tok mak rebus jek semua bahan ni. Karot tu direbus dulu kemudian masukan batang saderi ,dah lembut keduanya baru masukan telur dan sedikit garam. Telur tak perlu terlalu masak. Umur seperti Ainul tak sesuai lagi makan makanan yang  masinnya lebih.  Suka kah ainul makan sayur sayuran tu ?


Ya , dia suka ,😊 Alhamdulillah.. Cuma seperti biasalah , Ainul ni seorang yang cepat jemu ,jadi menu ni tak boleh nak di sediakan setiap hari.

Tok mak dah faham tabiat ainul sekarang,kalau lapar , ainul takkan menangis atau merengek , tapi dia susah nak tidur siang ! Bila perut dah cukup kenyang , dia sendiri akan cari tilam selepas dibersihkan badannya sebab comot masa makan.. 😅







Comments

Popular posts from this blog

Rindu Nak Brisk Walk

Tips Sekiranya Berlaku Serangan Nuklear

Penyakit Penyakit Umat Terdahulu

Tambah Ilmu Dalam KAH 2026

Maqnie 2024

Bernafaslah Dan Bacaan Tekanan Darah Akan Turun

Perginya Takkan Kembali - Bro Paly

Tabung Haji Diuji Lagi

Cara Daftar Kursus Asas Haji 2026 (1448H)

Tabung Haji Dah OK Ke Tu??