Skip to main content

Kalau Semua Orang Jadi Jutawan






Bismillah,


Ok,Cuba bayangkan kalau semua orang di Malaysia malam semalam ALLAH bagi RM10,000,000.00 setiap seorang terus ke dalam akaun bank.


Bangun pagi ni, kita cek akaun melalui CimbClicks, punyalah terkejut sebab ada RM10 juta dalam akaun. Kita pun merancang untuk masukkan duit dalam pelaburan, bagi emak dan ayah, bayar hutang, beli kereta baru, beli rumah baru, shopping sakan dan pergi Melancong dan Umrah.


Kita pun call emak di kampung, emak cakap tak perlu bagi emak duit lagi sebab emak dah jutawan.


Kita keluar rumah untuk pergi selesaikan urusan kita tadi. Keluar rumah, baru nak hidupkan kereta Myvi, kereta pula rosak. Terus terbayang nak tukar dengan BMW 328i Sport. Sebelum tu, kena ada kereta lain dulu untuk ke Auto Bavaria. Kita pun call 012-3456789 untuk sewa kereta.


"Maaf, kami tidak beroperasi selama setahun kerana semua staff cuti. Mereka sudah jadi jutawan."


Kita pun terus membuka applikasi Grab dan Uber. Ternyata tiada yang available kerana semua sudah jadi jutawan.


Kita mula melangkahkan kaki keluar untuk mendapatkan teksi. Ternyata Teksi juga tiada kerana semua pemandu teksi sudah jadi jutawan.


Kita teruskan melangkah ke bank untuk mengeluarkan duit. Bank juga tutup kerana semua pegawai bank sudah jadi jutawan. Duit di dalam mesin ATM juga sudah habis kerana kita agak lewat dan tiada penghantaran duit kerana mereka yang bekerja dengan Securiforce juga sudah jadi jutawan.


Kita mula buntu dan cuba melangkah longlai ke kedai mamak berhampiran untuk pekena teh ais kaw bagi menghilangkan rasa tertekan. Ternyata kedai mamak juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.


Kita semakin buntu. Kelihatan banyak projek pembinaan bangunan tidak berjalan kerana semua pekerja Indonesia dan Bangladesh juga sudah jadi jutawan.


Kita melangkah masuk ke kedai 24jam, 7Eleven. Buat kali pertama kedai 7Eleven juga tutup kerana semua pekerjanya sudah jadi jutawan.


Banyak stesen minyak yang tutup kerana terputus bekalan minyak kerana pemandu lori minyak juga sudah jadi jutawan.


Keadaan jalan menjadi semakin sesak. Tetapi tiada Polis Trafik yang bertugas menjaga lalu lintas kerana semua Polis Trafik juga sudah jadi jutawan.


Jadi, bagaimana dengan kita?

Kesimpulannya, ALLAH dah jadikan setiap perkara itu adil dan sempurna.


Kepada mereka yang ALLAH berikan nikmat rezeki dan pangkat yang lebih, jangan sesekali sombong, berlagak dan memandang hina pada orang yang serba kekurangan atau biasa-biasa sahaja ini.


Kerana tanpa disedari, mereka ini lah yang banyak memudahkan urusan harian anda dengan izin ALLAH.

**MuhasabahDiri🌹

Comments

  1. numpang share ya min ^^
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Sedekah yang sia sia

Assalamualaikum. Ada pun sedekah jariah  yang diberikan dengan ikhlas semata mata kerana Allah merupakan salah satu saham akhirat. Pahalanya akan terus mengalir biarpun pemberi sedekah telah kembali menemui Allah SWT. Kekayaan sebenar bukanlah memiliki tetapi kerana banyak memberi. Tapi hati hatilah bila bersedekah. Dikhuatiri semuanya hanya sia sia. Semoga contoh atas tu bukan kita..

Giveaway Wang Tunai Rm1000 by Mamapipie & Friends

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends . Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join  Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai Buat satu blog post bertajuk " Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends ". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang. Tag 3 rakan  Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang Ibusyurga.blogspot.com   Sukamakanjalan.blogspot.com   www.dawaibesi.com www.guamansyarie.com http...

Tukar je status isteri dia

  Assalamualaikum.  Busy sejak beberapa harini. Biasalah urusan dunia mana pernah habis kan. Yang penting urusan akhirat tu jangan terabai, sudahlah.  Hari hari bisik kat Allah..  Jadikanlah aku jutawan dunia dan jutawan akhirat ya Allah..Aamiin.  Istajib doa ana ya Allah.. Harini free sikit, jarini tergerak nak sembang pasal cerita seorang sahabat sekolah. Tapi dia level adik adik la pada maq. Jauh jugak jarak usia kami, tapi pernah lah kerja satu department di Mitsumi SDN BHD kat Pontian dulu. ( kisah tahun 1993 ) dah kira sejarah ke ek?   Kawan ni ditakdirkan Allah telah menjadi ibu tunggal beberapa tahun lepas. Anak 4 orang dan masih bersekolah rendah. Allahhuakhbar ,berat dugaan ini. Tapi beliau redha. Kata beliau,  " inilah jalan hidup saya, kak ".. Alhamdulillah  rezeki beliau,  dapat penempatan ditanah kepunyaan bonda  tercinta, biarpun hanya mampu mendiami sebuah rumah yang dibina atas sumbangan orang ramai ketika pemergian...

Ainul Mardhiah 2 Tahun 6 Bulan

 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu. Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah. Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling....

Cara Pagar Rumah

Assalamualaikum. Dengan izin Allah ,harini maq dapat satu cara  bagaimana nak pagar rumah. Maksud pagar ini ialah kita beri perlindungan kepada persekitaran rumah kita dan seisinya. Sesungguhnya ianya tak pernah terfikir oleh maq selama ini tapi kata dari Pengamal perubatan Ruqyah , inilah cara paling power diamalkan. Dan sangat simple tapi berkesan. Apakah ia? Baca pada gambar dibawah ini. Nasihat maq : Kalau gambar tak jelas ,sila klik kat gambar tersebut. Nah..ternyata bacaan Bismillah yang setiap kali dibaca  kalau kita nak masuk rumah ,nak makan ,nak masak dan nak buat apa kerja sekali pun ,itulah pendinding bagi diri kita dan seisi rumah kita. Alhamdulillah.. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat kita semua. InshaAllah. Lepasni jangan lupa baca Bismillah setiap kali nak masuk ke rumah dan ketika hendak makan.. Gambar sekadar hiasan. Sumber dari :  Facebook Encik Suami 😁

Nasihat Doktor Mengenai Coronavirus

Assalamualaikum. Kes pertama coronavirus di Malaysia. Sumber : Astro Awani online Sedikit info dan nasihat mengenai virus Corona yang maq dah baca dari perkongsian seorang sahabat. Nasihat doktor mengenai coronavirus: 1. Saiznya agak besar (sel kira-kira 400-500nm diameter), jadi mana-mana topeng biasa (bukan hanya ciri N95) harus dapat menyaringnya. Walau bagaimanapun, apabila seseorang yang bersin bersin di hadapan anda, ia akan mengambil 3 meter (lebih kurang 10 kaki) sebelum ia jatuh ke tanah dan tidak lagi di udara. 2. Apabila virus jatuh pada permukaan logam, ia akan hidup selama sekurang-kurangnya 12 jam. Jadi, ingat jika anda bersentuhan dengan permukaan logam, basuhlah tangan dengan sabun dengan teliti. 3. Virus ini boleh kekal aktif pada kain selama 6-12 jam. Detergen pakaian biasa harus membunuh virus. Untuk pakaian musim sejuk yang tidak memerlukan mencuci harian, anda boleh meletakkannya di bawah matahari untuk membunuh virus. Mengenai simptom p...

Apa Usaha Kita Akan Datang?

  Bismillah, Terkejut dan hampir tak percaya bila maq dapat tahu tentang harga sayur bakal naik 3 kali ganda?! Biar betul? Tapi nak cakap apa kalau itu benar benar belaku. Suka tak suka memang kena hadap jugak. Zaman Madani harga barang naik bukan benda pelik.Yang pelik naik selalu turun tak pernah dan ianya memang mustahil berlaku sekarang ini. Maq selalu dok mikir ,bagaimanakah struggle ibubapa muda yang sedang nak besarkan anak zaman sekarang lah kan. Zaman dulu ,memang gaji kami kecil tapi rakyat sering dibantu dengan subsidi dan peruntukkan lain oleh kerajaan yang datangnya dari berbagai sudut. Berbeza zaman sekarang,bantuan semakin kurang malah satu persatu kemudahan rakyat mahren ditarik dan dimansuhkan.Tak cukup dengan tu,harga barang keperluan hampir setiap bulan ada je kenaikannya. Lepas satu ,satu barang keperluan naik harga. Maq dah plan satu usaha untuk cover masaalah harga sayuran bakal naik 3 kali ganda tu nanti. Sis,apakata kita gantikan hobi menanam pokok pokok bun...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena..