Orangtua harini kena belajar ?


Assalamualaikum.


Bila maq ajukan soalan kat kawan kawan sebaya , betul ke anak anak zaman sekarang terlajak manja?

Ada yang jawab : ya ✅ mereka terlalu dimanjakan oleh emak emak mereka sampai tak tahu nak buat apa apa kerjarumah.

Ada pula yang jawab : biarlah mereka manja .. ( hat ni ada pulak penyokongnya)

Maq : kenapa nak biarkan je?

Sahabat maq : kalau marah pun esok esok dia akan buat hal lagi , so biarkan je. My wife kalau anak anak tak dengar kata dia , dia akan cakap " biarkan jek , esok anak anak dia akan buat macam perangai dia tu jugak " - nanti budak budak tu pandai je buat mana patut. Dah tak jadi nak malas malas lagi.

Hehe pada maq ,ha ah  ..good idealah !

 Nak bermalas malasan? Ok fine. Esok anak anak pun ikut perangai bermalas malasan you jugak ! Masa tu you baru tahu apa ibu you rasa hari ini ! 😂 

Sebenarnya bukan senang nak didik anak. Ibu bapa yang kretif ideanya akan bijak menangani masalah anak anak zaman ini. Harap sangat , jangan jemu mendidik anak. Mereka tu 30% je kehidupannya bersama ibubapa ,70% lagi mereka ditemani oleh kawan kawan, handphone,internet dan masyarakat keliling.

Selangkah kita leka , 1000 langkah dia tinggalkan kita. Pesanan ini buat diri maq sendiri juga.

Masalahnya , bila anak  dah besar panjang , nak tegur pun malu, kononnya mereka lebih tinggi pelajaran dari orangtuanya,mereka lebih tahu apa yang mereka buat ..hmm alasan  berat sebelah..

Gambar sebagai hiasan.



Maq : jadi orangtua harini ,kita kena study subjek  SABAR lebih , 😊 .

Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Result pemeriksaan darah sangat mengejutkan

Susu sejat ganti santan kelapa

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Doa Amalan Neelofa

Mimpi Orang yang dah tak ada.

Pesanan SMS dari MKN

Kisah Dhaja