Skip to main content

Roti Homemade


Assalamualaikum.

Atas tu hasil usaha pertamakali maq menguli roti petang semalam . Alhamdulillah jadi jugak mereka tu roti. Resepi ambil dari mana entah ,maq pun dah lupa . Yang maq tahu ,bila terjumpa resepi dimana mana laman sosial ,maq akan screenshot je, buat tak buat tu lain cerita. Bawah ni resepinya.

4cawan tepung gandum
1paket mauripan /yis kering
6sudu makan gula pasir
1biji telur
2sudu makan marjerin
⅔-1 cawan air suam
Secubit garam
3sudu makan susu pekat manis

Caranya:
Yis + air suam + gula pasir + garam +susu pekat - kacau rata.

Tepung + telur + marjerin -gaul rata .



Campurkan campuran yis ke dalam campuran tepung. Uli rata hingga tak melekat dijari. Biarkan 30minit. Kalau adunan terlembik , taburkan sedikit tepung gandum ,kalau adunan terkeras, ramas ramas adunan dengan sedikit margerin/butter hingga adunan tidak melekat dijari lagi dan mudah untuk dibentuk.

Kenapa maq beritahu pasal adunan terlembik atau terkeras? Sebab kadang kadang tepung gandum mempunyai hasil adunan yang berbeza beza keadaannya.




Bila adunan doh dah naik , tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan anginnya. Uli semula dan buat bulatan kecil kecil. Susun diatas dulang . Jarak jarakkan sebab nanti doh akan mengembang 2kali ganda dari asal. Tunggu 20-30minit. Dah kembang :

* sapukan campuran bawang putih yang telah ditumbuk + sebiji telur yang telah dikacau + herba thyme sesudu kecil . Sebelum bakar , sapu campuran tadi ke atas roti. Kalini maq buat perasa ( garlic with thyme )

* untuk lain perasa, anda boleh sapukan telur sahaja  kemudian taburkan gula pasir  atau gula perang diatas roti.

* atau anda bancuhkan 3sudu makan nescafe + 2sudu makan buttercup + 1biji telur ayam + 3sudu makan gula kastor + 5sudu makan tepung kastad - kacau rata dan sebelum bakar ,sapu kan diatas roti.

Untuk topping , anda boleh cuba banyak lagi perasa yang anda suka. Kita buat dia !

Bakar pada suhu 150' selama 15-20minit * Dah masak ,lepas keluarkan roti dari oven , sapu atas roti yang panas tu dengan marjerin. Maq guna buttercup , dia punya bau ..Allah hu .. Enak sekali

Okeylah , selamat mencuba.. Makan roti garlic thyme ni dicicah  mushrom sup..sedap sangat sangat.. 👍

Nak tambah lagi sedap ? Bancuhlah dua cawan nestcafe O  sambil ditemani peminat setia sampai hujung nyawa.. (  encik suami lah siapa lagi hehe ) Masyaa Allah ..berpeluh peluh dahi ni..😅

Bila masak sendiri ,kita boleh makan tanpa was was dan dah  gerenti halal Malaysia ❤ inshaallah..

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha