Skip to main content

10 Amalan Ahli Syurga


Assalamualaikum.

Sebuah perkongsian dari seorang sahabat mengenai syurga. Semoga menjadi panduan buat sesama kita. Mungkin kita  tak mampu buat semua tetapi sangat berazam utk buat sebelum kita pergi meninggalkan dunia ini...


Gambar sekadar hiasan. 

*10 AMALAN AHLI SYURGA*

*Pertama*

Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

*Kedua*

Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

*Ketiga*

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.'dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka

*Keempat*

Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.Yakinlah, manfaat solat duha sangat dasyat dalam mengundang rezeki...

*Kelima*

Jaga sedekah setiap hari.Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orng yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yng sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah..

*Keenam*

Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

*Ketujuh*

Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini. Allah akan ampun kan hati yang penuh dengan dosa kerana nur hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dengan istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian.Jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.

*Kelapan*

Berjalan ke majlis majlis ilmu dan zikir kerana disana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yang berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan kemajlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

*Kesembilan*

Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya

*Kesepuluh*

Sebarkan salam kepada orang yng kita kenal atau pun kepada orng yang tidak kita kenal. Kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan.


**mati tak kenal usia ❤

Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Dato Maszlee Malik letak jawatan di KPM

Assalamualaikum... Harini hari ke 2 dalam tahun  2020. Negara harini dikejutkan  dengan perletakkan jawatan oleh Menteri Pendidikan Malaysia ( Dato Maszlee Malik ) setelah 20 bulan beliau berkhidmat. Antara yang telah beliau usahakan. Ye, walaupun berat,kena reda dengan kenyataan ini.   Dan  kabar angin juga mengatakan jawatan Dato Maszlee bakal diganti oleh YB Teo Nie Ching? Betul atau tidak,kita lihat je nanti.. Tahniahlah jika ianya benar. Kepada semua pelajar. Tak kira sekolah tadika kah, sekolah rendah kah,Menengah kah,pusat pengajian tinggi kah, belajarlah dengan jayanya.  Rezeki kalian itu hak Allah. Jangan jemu menuntut ilmu. Bangsa akan dipandang hina bila kurang ilmunya. Nanti apabila sudah jadi orang bijak yang berjaya, kalian cuma perlu ingat,ilmu itu untuk dimanfaati, bukan untuk menghianati. Malaysia telah banyak berubah bila terlalu ramai orang bijak. Mungkin inilah yang dinamakan Wawasan 2020 ? Maaf, ini cuma pendapat ...

Bandar Muar diwaktu malam

 Assalamualaikum.  Minggu ni kami bertiga ( maq,  encik suami dan anak bungsu)  dah diserang demam selsema. Dimulai dengan encik suami, kemudian anak kami last sekali maq. Alhamdulillah sakit penghapus dosa dosa  kecil. Kami lalui situasi tu dengan tenang dan sabar. Lama dah  maq tak kena demam selsema batuk ni. Bila diduga dengan family sekali rasanya biarlah kami je yang sakit,  jangan kena kat keluarga kami yg lain. Awal awal maq dah pesan kat anak anak  yang lain tak payah balik rumah sementara waktu ni sebab kami tak sihat. Takut jangkit. Maq risau . Terutama cucu maq tu.  Bila ibu mertua call tanya bila nak balik kampung, kami cakap kami semua tengah tak sihat. Alhamdulillah  mujurlah beliau paham. Sejak covid19  ni, ibu mertua sangat  berjaga jaga pasal kesihatannya dan kesihatan semua orang. Syukurlah.. Tapi.. Haa ada tapinya tu.  Bila dah seminggu memerap dalam rumah asbab selsema batuk,  siapa tahan wey. Bos...

Pakar 3 Pakar Mata Klinik Pakar Batu Pahat

Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa ...

Covid19, Denggi, Johor

 Assalamualaikum.  Lama dah tak berblog apatah lagi blog walking, lama sangat rasanya tak jalan jalan masuk blog kawan kawan. Terima kasih kepada adik adik yang rajin komen kat setiap post maq. Semoga kehidupan anda semua senantiasa dipermudahkan. Insyaallah, Aamiin.  Sebetulnya takda idea nak taip topik malam ni tapi asbab rasa rindu nak menaip datang membuak buak, sambil layan buletin utama tv 3, maq pun gagah menaip.  Batu Pahat diduga dengan Covid19?  Harini 4hb Disember, daerah Batu Pahat merupakan daerah kes Covid19  tertinggi di negeri Johor.  Innalillahiwainna ilaihirojiiun..  Sampai bila covid19 ni nak menghantui kehidupan kita lah kan. Maq pun tak boleh nak jangkakannya. Bila ada sesetengah orang menganggap covid19  ni hanya isu fake, hanya alasan yang direka reka, hanya bebanan untuk rakyat, hanya permainan ahli ahli politik ,selagi itulah virus ni tidak dipeduli. Bila ramai tak peduli maka ramai tak jaga SOP. Sebab tu lah covid19 ...

Urusan Maya sudah selesai

Assalamualaikum. Alfatihah. Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu. Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu.. Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan . Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu. Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga. Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir t...

Group Whats App sekolah diselubungi pilu

Assalamualaikum. Awal pagi tadi, kami - bekas pelajar SMKS batch yang lahir pada tahun 1968 /1969 ( sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang ) telah mendapat berita bahawa salah seorang sahabat kami telah kembali kepada Pencipta nya. Innalillahiwainnahirojiun.. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم  ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Selepas berkahwin,  mungkin jarak dan komitmen masing masing telah memisahkan kami tap...