Skip to main content

Ke IKEA , Tebrau


Assalamualaikum.

Sabtu dan Ahad minggu lepas  semua orang dalam rumah ni cuti kecuali maq. Suri rumah katanya  mana boleh cuti daaa... Ahh tapi maq tak kira ,maq nak cuti jugak ! No masak masak ! Hehee paksa !

 *sebetulnya dah tak tahu nak masak apa , hari hari dah kitar semula semua resepi dan menu  ,beginilah nasibku sebagai seorang ' dapur officer ' , 😂.


Masa masak kat dapur tu kan,kalau  ada yang tolong kan best. Kerja boleh buat dengan pantas. Cepat siap masak , cepatlah makannya kan. Lagi lagi kalau anak anak dara yang tolong ,makanan jadi makin sedaplah jawabnya. ⬇


Bila masakan sedap ,makan pun berselera. Mak mertua lalu kat  belakang pun tak nampak . Esok esok pesan kat mak mertua tu ,lain kali lalu depan depan, jangan lalu belakang.. 😂⬇


Sambil makan sambil membawang, tulah perempuannnn.. Heyp ,tapi tak semua tau. Ada juga orang perempuan yang sambil makan sambil baca buku. Exam dah dekat lah tu. Hmm⬇


Tak kurang jugak yang sambil makan ,sambil berleter kat anak. Haaa siapa suruh malas belajar? Kan dah kena leter..⬇


Siap makan jangan bagi muka kat anak anak dara ni. Suruh diaorang cuci pinggan. Jangan nak tinggal macam tu jek. Kata nak badan slim ,lepas makan janganlah buat duduk senang lenang main pubg ,nanti potongan badan tu tak cantik pulak..huhu ⬇


Orang lelaki bila cuti?  Mereka lah untung. Cuti mereka adalah cuti. Makan , tengok tv , baca surat khabar kemudian lenaaa...⬇


Hehehe semua gambar atas ni kenangan masa ke IKEA , Tebrau tempohari. Banyak gambar sebenarnya tapi sebab nak masukan dalam jalan cerita "dapur officer " , so kita ambil part tertentu je sebagai gambar hiasan.

Datanglah ke IKEA Tebrau ni. Memang seronok cuci mata. Maq kesana semata mata nak tengok gaya penyusunan atur barang mereka yang kreatif. Ada jugak yang dah terberkenan,tapi simpan dulu dalam hati sebab rumah kami kecik. Poket pun tak tebal lagi ,al maklom dah hujung  hujung bulan,hehehe alasan lagi ! Apa pun sekarang ni pergi cuma 'tengok tengok je dulu' manalah tau kot boleh adjust hiasan dalam rumah masa raya nanti kan.. Jomlah ke IKEA Tebrau !

Comments

Popular posts from this blog

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadirkan undangan majlis orang raikan anak mereka jadi raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung,nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari ada 3/4 rumah yang kami nak kena pergi.Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Last² balik rumah tekak jadi loya semacam sebab semua rempa...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Assalamualaikum. Alhamdulillah, untuk pertamakalinya maq  dan family  kesini . Ke Pantai Perpat , Rengit, Batu Pahat, Johor. Wah bagi alamat penuh tu. Kalau  dari luar anda takkan tahu kat kampung Perpat laut tu ada pantai secantik ini. Anda lihatlah sendiri. Maha suci Allah, indahnya.. Tanpa edit* Gadisku tak ketinggalan berposing Nak keluar ke tak ek?  Keluar ke tak?  Hehe masing masing malas nak berjemur tengah panas Cuma tinjau jek lepas tu masuk kereta semula sebab  cuaca panas, kanda tak tahan bahangnya. 😂 haishh.. Dia pun nak begambau jugak tu  Bendera Johor berkibar megah disitu Teka teki : ada berapa ekor monyet dalam gambar ini? Siapa betul jawab maq bagi menang.  Waktu kami kesini adalah selepas solat asar tapi dia punya panas,  amat menduga sanubari.. Apa yang menarik disini pada pandangan mata  tua maq : - kawasan nelayan yang bersih, indah dan tenang - pantainya semulajadi ...

Ainul Mardhiah 2 Tahun 6 Bulan

 Assalamualaikum.  Lama tak kongsi cerita pasal Baby A. M.Siapa baby A. M?Pastinya Ainul Mardhiah, cucu pertama maq tu. Pejam celik pejam celik, sekarang Ainul dah berusia 2 tahun setengah. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah  sudah semakin cerdik sekarang ni. Biarpun dah lebih setahun dia telah dijaga oleh mamanya sepenuh masa, namun bila mama ada urusan yang terpaksa tinggalkan Ainul dengan tokmaknya,Ainul tak meragam pun.Malah dia pernah pesan kat maq,  " kejap eah tok, mama kua jap, atok wait eah.. " Haish..tak tau la siapa yang jaga siapa sekarang ni. Tapi Alhamdulillah,Ainul budak yang mudah dididik.Insyaallah. Nak lihat telatah alainul Mardhiah diusia 2 tahun ni? Bawah ada beberapa gambar terbaru beliau.    Antara reaksi wajahnya bila ajak selfie.Dah reti malu tengok muka sendiri kat skrin fon.Tapi bila ajak bergambar di tempat yang dia seronok tu,kemain lagi dia beraksiiiii...  Kemain lagi dia bergaya. Suka meniru gelagat orang di sekeliling....

Terung Pipit

Bismillah, Anda yang ada tanah  terbiar dikampung, boleh la tanam pokok terung pipit berselang seli dengan ubi dan keladi. Sekarang,harga sekilogram terung pipit mencecah RM12-RM19 kat Batu Pahat ni. Negeri lain saya tak pasti. Pesakit darah tinggi sangat digalakkan ambil terung pipit sebagai makanan tambahan. Tak perlu hari hari  makan. Saya dan encik suami dah buat percubaan, memang benar, tekanan darah berada pada paras normal bila kami makan berlaukkan sambal hijau terung pipit. **ikan bilis kasi lebih sikit dalam sambal tu... Terung pipit atau Turky Berry Ini pengalaman pertama maq dan sekeluarga makan terung pipit hasil masakan sendiri.Senang kata maq tak reti langsung masak terung pipit ni. Bila ibu saudara maq beritahu terung pipit boleh kawal tekanan darah tinggi,dan beliau bagi juga terung pipit buanyaaak. Nak tak nak maq kenalah buat sesatu menu untuk jadikan terung ni sedap dimakan. Cari resepi ditiktok. Jumpalah resepi sambal hijau terung pipit. Lada cili hijau 25...

12 March 2022

  Assalamualaikum. Macam takda cerita menarik nak dikongsi kalini. Tapi jarini macam biasalah,rajin sangat nak menaip. Ok maq nak sembang sikitlah pasal Pilihanraya Negeri Johor. 12March 2022 - rakyat Johor yang layak diwajibkan keluar mengundi. Maq mengundi ditaman maq tinggal jek. Di bangunan Sekolah Agama Taman Bukit Perdana untuk Dun N23. Calon calon yang bertanding untuk kawasan maq tinggal ? semua maq tak kenal.Nampaknya macam wajah wajah baru yang dicalonkan kalini. Maq? No Komen .. keseluruhan ? Bila kita lihat disini.Bila dah ada banyak parti, maknanya jumlah pengundi akan berkurang sebab mereka telah terbahagi kepada beberapa kumpulan. Betul apa betul?  Untunglah "Mereka" - kumpulan yang 80% sudah vaksinasi tu, mereka masih kekal dengan parti kebanggan mereka. Sedang kita yang masih beberapa peratus je yang bervaksin, terus terusan mencari silap sana sini.Sampai bila?? Persoalannya sekarang ni ,  Orang Johor yang masih tak vaksin tu layak ke keluar mengundi ?...

Pfizer ,EO dan Encik suami

 Assalamualaikum. Hari Rabu ,bersamaan 11 Ogos 2021. Maq ikut encik suami ke pusat ppv, di Uthm,Parit Raja. Ini dos ke 2 untuk beliau. Kat Dewan Sultan Ibrahim ,Uthm ,Parit Raja,Batu Pahat. Maq tunggu sini jek. Ntah kenapa kalini beliau ajak maq teman pergi vaksin. Haritu dos pertama elok je pergi sorang.  Ambil gambar kat tempat parking. Kenapa? Dikawasan photobooth vaksin tu orang ramai sangat bergambar,encik suami tak selesa. Selepas beberapa hari beliau lengkapkan vaksin Pfizer ,kesannya cuma badan ada dedo dan demam sikit. Tapi  bila maq buat mandian guna EO lemon dari young livings tu , beliau kata rasa dedo tu hilang dah. Alhamdulillah ,sekarang beliau dah aktif  seperti biasa. Tentang pfizer. Semalam 14/8/2021- beliau hantar maq pulak ambil vaksin dos 2 ditempat yang sama. Semoga vaksin ini beri kebaikan buat kami didunia dan diakhirat. Apapun harini 15/8/2021 badan maq rasa seram sejuk .Hingga saat entri blog ini dipostkan disini. Satu badan rasa hangat dan ...

Bukit Perdana ,Batu Pahat 24/8/2021

  Assalamualaikum. Hujan lebat turun sejak pukul 5.00pagi tadi. Berlarutan hingga siang ni dan sekarang hujan dah mula berhenti tapi mendung masih berlabuh dikaki langit. Menyusuri laman sosial whatsapp selepas masak tadi. Alangkah terkejutnya bila masuk group taman . Innalilahiwainnailaihirojiiunn... Beberapa kawasan tanahnya telah terhakis ,tanah ditebing kolam dah mula melungsur akibat air yang semakin melimpah. ⬆️Jalan keluar untuk ke jalan Tanjung Labuh ( ini jalan pintas ,biasa digunakan oleh penunggang motosikal ) ⬆️Tebing kawasan loji tanah dah mula terhakis.Ini adalah tasik lama yang pemaju jadikan sebagai loji kumbahan penduduk taman. ⬆️Ikan puyu dah berenang memasuki kawasan tepi rumah penduduk.Ini belaku disebelah kawasan loji kumbahan atas tadi. Apa yang bermain diminda maq sekarang , bila teringat ikan puyu didarat,maq teringat peristiwa Di Gunung Jerai,Yan pada 18/8/2021 yang lalu..kejadian ikan ikan puyu panjat tebing menuju Surau Sulaiman di Tanjung Karang ,Selango...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Mohamad Adam Muqri

  Assalamualaikum. Cucu kedua maq ,Mohamad Adam Muqri nama yang mama dan papa dia beri.  Alhamdulillah sekarangni Adam Muqri dah berusia sebulan lebih. Mereka anak beranak pun dah balik rumah sendiri setelah hampir sebulan lebih along berpantang dirumah maq.  Kini giliran anak menantu maq nak jaga along pulak.Lagi pun along dah tak kekok lagi nak melayan Ainul Mardhiah dengan baby Adam Muqri.Papanya pulak musim musim lockdown 3.3 ni masih kerja on off (oncall)  Semoga dipermudahkan semua urusan mereka sekeluarga.. Mohamad Adam Muqri. Lahir 6/6/2021 Berat masa lahir 3.7kg Lahir secara Czer. Gambar pertama Adam Muqri💕 Atas ⬆️ gambar kiriman mama sewaktu diward. Waktu ni ⬆️Adam Muqri dah berusia seminggu lebih. Baby baru balik dari Klinik Kesihatan sebab check kuning . Video pertama Adam Muqri💕 ⬆️ video waktu di ward. Video selepas bebas kuning dan dah masuk minggu ke 2⬇️ ⬇️video ketika masuk minggu ke 3 ⬇️ video Adam Muqri berusia sebulan.  Alhamdulillah.. Selam...