Skip to main content

Hak Pewaris Dan Hak Penama


Assalamualaikum.

Terbaca satu tajuk yang menarik di berita harian online semalam.


Pada pandangan maq , bagus juga dibuat sistem  Faraid ni.  Selain mengelak dosa ,secara tak langsung penama tahu setiap ahli keluarga tu semasa hidupnya  dan selepas matinya ,mereka tetap ada hak sesama sendiri. Hak sebagai ahli keluarga terdekat !

Janganlah kita abaikan adik beradik kita ,anak anak kita bila hidup kita lebih senang dari mereka. Kerana sesetengah keluarga yang maq sendiri jumpa ,mereka sering anggap adik beradik yang hidup susah itu sebagai satu  bebanan bagi keluarga. Takda fungsi apa apa. Bila mereka ada buat satu satu keputusan pun tiada langsung berbincang atau memaklumkan dengan saudara yang tidak berharta  itu.  Sedangkan mereka itu bersaudara sampai kiamat. Dengan istilah lain, mereka tu darah daging sendiri. Alasannya ?

" Ala , dia bukan ada duit , buat apa bincang dengan dia? bukan boleh bantu apa pun.."


Bilakah  waktu yang tidak berada tu akan dicari ? Ye , bila hidup adik beradik lain dilanda masalah. Yang  tak punya apa apa itulah jadi tempat mengadu,tempat melepas sedih,tempat pelepas amarah, tempat meminta pertolongan.

Dan kena ingat lagi , anak lelaki itu lebih kepentingannya berbanding anak perempuan. Dalam hak pembahagian  pusaka  ramai dikalangan masyarakat pada zaman sekarang ini tak lagi hiraukan semua itu. Anak yang rajin hulur duit tiap bulan , anak itulah yang dapat hak keatas harta . Anak yang hidup susah, makan minum pun adjust setiap masa , anak itu tak perlu tahu apa apa pun bab harta ni.

Ada juga ya guna cara pemikiran macam ini lagi...

Tetapi ! Bila jadi hal seperti diatas tu , rasa malu tak  andai kata  yang dipinggirkan tu meninggalkan duit di KWSP dan anda yang  dah mengabaikan kehadirannya selama ini turut dapat hak anda jugak ?


Oh..itu dah kiraan dalam hukum agama kan ,kitaorang ambik jelah - itulah katanya .  Pemikiran macamni lagilah  kesian..

Maq pernah dengar satu ceramah mengenai hak harta peninggalan ini. Kata ustaz ,kenapa Datuk /bapa saudara /anak lelaki - merupakan penerima harta peninggalan malah ada yang dapat lebih sesikit dari isteri?

Jawapan jemaah : kami tak tahu ,ustaz...

Kata ustaz : yang sebetulnya , lelaki lelaki itulah yang akan menguruskan anak anak yang telah kematian bapanya tu. Sebab itu bila si ayah telah meninggal dunia , datuk( bapa ayah ) ,pakcik ( adik beradik kandung ayah ) atau abang/ adik lelaki ( anak anak kandung ayah ) layak jadi WALI bila ada anak perempuan ayah ( anak perempuan si mati ) nak bernikah ! Ya semuanya ialah kerana mereka tu lah pengganti ayah  untuk menguruskan anak anak ayah!

Dalam  hukum islam ,mereka itulah mahram .Bukannya cuma fokus pada harta peninggalan ayah yang mereka dapat tu lalu mereka sapu semua !!

Nauzubillahhiminzaliq..

Hati hati kalau dapat durian runtuh kerana tak semua buah durian tu milik anda ,mungkin juga durian kebun orang sebelah yang pokok duriannya juga runtuh. #peribahasamengarut😂

Anda ada terfikirkah hakikat kiraan lebih untuk saudara lelaki tu selama ni? Maq pun kalau ustaz tak beritahu ,maq langsung tak tahu menahu. Yang maq dok fikir ialah :

"kesian anak isteri dia, masa mereka hidup bersama, adjust adjust susah senang sebab nak simpan harta tapi bila suami dah takda , keluarga suami pulak dapat lebih harta peninggalan berbanding isteri.."


Hmm.. Banyak benda yang kita kena ambil tahu lepasni. Bila dah terlepas pandang, inilah jadinya. Hakikatnya makan hasil bukan hak akan buat masa depan nanti jadi kucar kacir , terutama hak bagi anak yatim.


Apa yang kita selalu nampak, masyarakat kita sesetengahnya , bila suami dah meninggal , isteri dan anak anak ,ada yang terpaksa  hidup merempat . Bilamana harta yang suami  tinggalkan untuk mereka telah disalah gunakan oleh keluarga terdekat. Semua ini kerana kesilapan mereka dalam pemahaman tentang penguruskan harta peninggalan.

Lepasni kita kena sayang ,hormat adik beradik kita, biarpun dia tidak berharta atau tidak ada kedudukan apa apa pada semua orang,mungkin satu hari nanti ,kita akan cari dia untuk membantu kita. Mungkin juga dia akan hadiahkan kita sesuatu yang tidak pernah kita duga. Ingat , air kalau dicincang takkan putus kecuali ketulan ais ,🙊


Apapun , hak pewaris pada duit KWSP seperti yang diatas tu berbeza dengan hak pusaka sepencarian . Untuk hak pusaka sepencarian ,Isteri masih punya peluang dapat bahagian dia dan pemberian dari pusaka aruah suami.

Teruskan doa yang baik baik ,inshaa Allah yang baik baik juga yang akan datang kepada kita.

Waallahhua'lam..



Maq pun tak terfikir lagi apa maq nak buat andai kata  sesuatu tidak diingini berlaku. Maq cuma mampu doa yang baik baik saja mulai sekarang. Maaf ya ,entri kalini cuma pandangan peribadi. Jika salah maafkan maq. Tapi tak salah rasanya kan kalau kita meluahkan apa yang kita sendiri sedang fikir ,kan?

Comments

Popular posts from this blog

Bercukur Sah Tapi Rugi

  Masjid Dato Bentara. Bismillah, Semalam maq join kursus asas haji untuk minggu ke 8.Orang Batu Pahat memang lambat sikit sebab kami mula kursus pun lambat. Maq nak kongsi apa yang pembimbing kursus kongsikan semalam.Ianya berkaitan bertahallul bercukur /bergunting bagi jemaah lelaki haji dan umrah. Jemaah perempuan dah confirm bertahallul cara bergunting sahaja so korang dah boleh bertenang tenang sekarang ye. Dan jemaah lelaki yang mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bercukur pun dah boleh tenang tenang. Entri ini fokus pada jemaah yang nak bertahallul cara bercukur sahaja ( botak ). Ok macamni.Semalam kata ustaz pebimbing KAH ,orang lelaki kalau nak dapatkan ganjaran pahala sebanyak jumlah rambut yang ada dikepala,adalah lebih afdal bercukur.Kerana dosa dihapuskan dan derajat akan dinaikkan sebanyak jumlah rambut yang gugur selepas dicukur. Kalau ikut pengalaman maq semasa 2 kali pergi umrah ,apa yang mutawwif kami waktu tu jelaskan, jemaah lelaki boleh gunting dahulu sedik...

Healing Di Pantai Minyak Beku

  Bismillah, 'Healing' ke Pantai Minyak Beku pada Sabtu 21/11/2026.Lepas solat asar kami bertiga gerak ke pantai ini semata mata nak lihat keindahan alam ciptaan Allah. Pantai. Awan hitam yang berarak. Langit petang yang indah. Cahaya Matahari yang semakin samar. Perahu dan bot bot nelayan. Air laut & ombak kecil. Batu batan berbagai rupa dan bentuk. Pohon pohon ditiup angin pantai. Burung burung gagak. Pengunjung. Kaki kaki pancing. Masyaallah,indahnya ciptaanMu yaa Allah. Bila dah nak masuk waktu maghrib,kami pun siap sedia untuk balik. Nak 'healing' ni,tak perlu pun kena pergi jejauh. Melihat dengan rasa syukur pada alam semulajadi yang berhampiran sahaja pun dah satu nikmat. Bertarung dengan kenderaan lain yang banyak diatas jalanraya yang sesak untuk satu perjalanan yang jauh bukannya dapat merehatkan minda ,malah makin buat jiwa jadi semakin stress.Tak caya cuba!  Dah,jom kita balik!

Kisah 'Saya'

  sekadar hiasan. Bismillah, Saya ada pengalaman lebih 2 tahun sakit lutut. Masa memula kena tu,saya rasa pelipat lutut rasa ketat,rasa berat nak melangkah.Tapi belum rasa sakit cuma rasa sengal sengal. Waktu tu saya sedang uruskan jenazah arwah Abah dibilik mayat HSNI.Abah meninggal selepas waktu asar dan jenazah abah diuruskan pada waktu hampir Maghrib . Masa saya buat surat pengesahan kematian dan permohonan mandi jenazah, kat luar hujan turun kejap lebat ,kejap gerimis.Dan ianya berulang ulang dan tidak berhenti. Masatu saya dan suami je ada disitu.Ustaz dan petugas je yang buat proses mandikan manakala saya disuruh talipon mana mana van jenazah dikawasan berhampiran bandar Batu Pahat yang boleh berurusan pada waktu tu.Bila Azan maghrib ,akhirnya saya berjaya dapatkan van untuk membawa jenazah abah balik ke rumah kampung. Masa solat maghrib kat surau hospital pun saya makin rasa ketat pada pelipat lutut tapi saya buat degil je,solat je macam biasa. Selepas siap solat maghrib, u...

Selawat Sampai Kiamat

  Bismillah, Harini Jumaat 20hb November 2026.Ye,semua orang yang masih hidup sudah tahu yang hari ini adalah hari Jumaat. So? So,takda yang terlebih afdhal dilakukan oleh lelaki islam dan wanita islam bila hari Jumaat selain dengan berselawat keatas junjungan nabi Muhamad SAW ,ahli keluarga baginda dan sahabat sahabat baginda dengan sebanyak selawat yang mampu. Jom berselawat kejap. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Guys,korang tau tak.Amalan wajib korang seperti contoh solat,puasa,sedekah,pergi haji atau umrah dan yang lain lain tu belum tentu Allah terima 100% tapi kalau korang berselawat dengan keadaan terpaksa sekali pun ,Allah janji Allah akan terima.Malahan diganda dengan 1 selawat bersamaan 10 ganjaran pahala.Nak tak? gambar dari telegram ❤ Kenapa Maq kerap sangat ulang point suruh berselawat dalam blog ini? Semua dengan izin Allah,Guys.Maq pun tak tahu kenapa.Yang Maq tau,Maq akan sentiasa bertanya dengan orang yang Maq sayang; "you dah selawat...

Kata Nasihat Hari Ini

  Nasihat Ustaz. Sumber : Telegram❤

Brisk walk 24 November 2026

  Jalan Rahmat,Batu Pahat. Bismillah, Ini trek baru kami brisk walk sekarang.Jalan tepi Parit Dhobi tu dah tak lalu lagi. Kenapa? Kadang kadang ada anjing berkeliaran disitu.Mungkin anjing anjing tu ikut tuannya brisk walk jugak kot. So minggu ni kami try kat Dataran pulak.Sekali tu nak jadikan cerita ,ada 4 ekor anjing berkeliaran pada hari kedua kami brisk walk disitu. Aduhhai... Merata rata dah haiwan ni sekarang ek.Antara alasan maq dan encik suami tidak brisk walk ditaman kami pun disebabkan banyak anjing berkeliaran disitu.Pernah ada kes orang jogging 'dikerjakan' anjing.Kami pun rasa seram! Mercu tanda Bandar Batu Pahat. Satu je maq pelik ,pagi tadi belum pun pukul 7.30 pagi tapi orang orang dah mula kurang dikawasan dataran ini.Kereta pun tak banyak yang parkir tepi jalan tu.Kenapa ek?Harap harap tidak hal buruk belaku. Maq tanya kat encik suami,kenapa agaknya harini sepi? Apakah ada yang dikejar anjing? Tapi kata beliau mungkin mereka dikejar masa. Melawak pulak dia ny...

Dulu ,Sekarang Dan Fake

  Bismillah, Gambar diatas ini adalah hasil kami jalan jalan hari ini. Bermula dari bulan Mei 2026.Harini 21hb November 2026.Hasilnya belum  nampak ketara sangat sebabnya tengah syok berjalan jalan,diuji dengan jerebu yang paras bahaya pada bulan September dan Oktober .So terpaksalah 'skip' selama hampir lebih 5-6 minggu. Gambar bawah ini pulak ,rekod masa mula mula belajar berjalan jalan satu masa dahulu. Semoga usaha untuk kesihatan diri ini Allah beri kan kami pahala.Aamiin. ❤ Dan gambar dibawah ini adalah 'fake result' sebab maq lupa nak stopkan aktiviti kat aplikasi brisk walk tu.Luncur je naik motor sampai rumah.Kehkehkeh sorry 😂

Khasiat Bulu Jagung

  Bismillah, Semalam maq ada jumpa satu posting kat fb berkaitan bulu jagung yang ada dijual dipasaraya.Pemilik fb tu bertanyakan soalan,apa fungsi bulu jagung sampai boleh dijual dipasaraya? Ada beberapa orang netizen balas dengan berbagai komen yang menarik. Ada yang kata di Korea ,pengusaha buat teh bulu jagung dan dipacking dalam uncang.Macam teh uncang yang biasa kita jumpa dipasaran dinegara kita.Mereka jadikan teh bulu jagung sebagai minuman herba. Ada yang lain beritahu,bulu jagung banyak khasiatnya.Tapi ramai yang tak tahu,mereka ambil jagungnya sahaja ,bulunya dibuang. Tapi Maq tertarik dengan 2 komen dalam posting tersebut.So Maq pun salin dan tampal dalam blog ini.Kalaulah ianya bermanfaat, biarlah komen mereka jadi jariah dan beri kebaikan yang berpanjangan. Photo dari google ⭐⭐Netizen 1- Selalunya orang beli bulu jagung bukan untuk makan macam sayur, tapi untuk buat air teh. Manfaatnya, 1. Untuk kencing yang lawas - paling famous. Orang yang susah kencing, kencing tak...

Kebaikan Zikir

Assalamualaikum. Tidak ada satu pekerjaan yang lebih melegakan hati dan lebih besar pahalanya, selain berzikir kepada Allah. Berzikir adalah syurga Allah di bumiNya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, maka ia tidak akan dapat memasuki syurgaNya di akhirat kelak. Berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan guncangan. Berzikir kepada Allah merupakan ubat, penyembuhan, kesenangan dan kehidupan. Zikir merupakan jalan paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Dengan berzikir kepada Allah, awan ketakutan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Dengan berzikir kepada Allah, segunung tumpukan beban dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya. Sumber dari whatsapp* ❤ Motivasi minda buat hambaNya yang makin hari semakin lena.. 

Sisa makanan dalam mulut ketika solat.Sah kah solat?

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian mengenai sisa makanan yang tiba tiba ada dalam mulut ketika sedang solat. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang netizen dan telah dijawab oleh Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - Menteri diJabatan Perdana Menteri ( hal ehwal Agama) Soalan netizen : Salam @drzul_albakri . Ketika kita sedang solat, tiba-tiba terdapat sisa makanan di dalam mulut. Adakah masih boleh terus solat? Terima kasih. Berkenaan dengan makanan yang lekat dicelahan gigi, Imam Nawawi menyatakan:  “Sekiranya makanan yang terlekat di celahan gigi kemudian ditelan makanan tersebut dengan sengaja atau sesuatu yang turun daripada kepala kemudian ditelannya secara sengaja maka batal solatnya tanpa khilaf fuqaha’.  "Selain itu, sekiranya menelan sesuatu yg sukar dihalang seperti bercampurnya air liur dgn makanan, tanpa sengaja / menelan kahak yang sukar utk menghalangnya, maka tak membatalkan solatnya”.  (Lihat al-Majmu’, 4/90) (2/4) Dalam hal ini, Dr. Muhammad al-Zu...