Maq tertarik dengan video kiriman seorang sahabat sekolah digroup whatsapp ini.
Banyak yang cuba disampaikan. Ianya seperti kita membuat perhitungan untuk 2kehidupan,
Dunia dan Akhirat.
Anda tontonlah bersama supaya anda boleh paham apa yang cuba maq beritahu dan anda juga dapat paham apa yang empunya video itu cuba sampaikan.. Semoga beri manfaat. Wasalam..
numpang share ya min ^^ Hayyy guys... sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^
Bismillah, Hari Sabtu yang lepas,Encik suami bawa Maq dan Aida balik ke kampung halamannya di Parit Yusuf ,Muar. Tujuan pertama nak ziarah abang ipar encik suami yang diuji kemalangan.Alhamdulillah, pesakit sudah pun beransur sembuh.Moga Abang 'biras' Maq tabah dengan ujian kali ini. body guard Ayah. Rumah putih kat depan tu adalah rumah peninggalan ibu mertua.Mesti encik suami sayu hati lihat rumah pusaka tu dah sunyi sepi.Sebab sebelum berkahwin,disinilah encik suami membesar.Terlalu banyak kenangan beliau bersama adik beradik dirumah itu.Semua hanya tinggal memori. Selepas ibu mertua meninggal dunia pada akhir tahun 2025,rumah tersebut sudah pun beralih tuan.So sekarang kami cuma mampu pandang je rumah tu dari kejauhan sahaja. Lepas balik dari ziarah abang iparnya ,encik suami bawa kami jalan jalan ke kawasan sawah Sarang Buaya.Sawah ni luas dan diusahakan sendiri oleh orang orang kampung berhampiran sejak zaman 80an lagi. Ada sarang buaya ke kat situ? Oh, itu hanya nama...
Bismillah, Ini hanyalah cerita aktiviti brisk walk maq bersama encik suami.Dalam seminggu kami akan berjalan sebanyak 5 hari.Baki lagi 2 hari adalah hari untuk "pause" kan badan.Isnin dan Khamis adalah hari istirehat kami dari brisk walk. penjaga Tasek Y. Jalan jalan Maq tidak selaju langkah orang muda seperti anda tapi bagi kami yang dah level warga ke emas emasan ni ,3 km dalam masa 40 minit tu sangat bererti. Berasa jugak otot betis tua ni.Tapi bak kata pakar ,no pain ,no gain.Okey fine! Results tertinggi bulan May.Ini paling tak disangka oleh Maq.Tapi lepastu betis dan pelipat lutut terus jadi sakit dan sakitnya tu makan masa jugak nak hilang. Results terpaling rendah bulan May.Masani pun tak tahu kenapa dekat nak 1jam setengah berjalan tapi jaraknya tak sampai 2km. Apa maq ambil sebelum brisk walk? ini dia ... sebiji kurma & setengah gelas air mineral.Balik dari brisk walk nanti barulah maq makan sarapan. Apa kelebihan brisk walk?Bawah ini adalah hasil salin tampa...
Bismillah, Hari ini hari Arafah (9 Zulhijjah 1447H)Jam 5.18 petang nanti,tolong standby, letak tepi handphone kejap (kecuali untuk tengok teks doa), dan cari ruang yang tenang. Kenapa? Sebab bermula Jam 5.18 petang hingga 11.57 malam (Selasa, 26 Mei 2026) adalah waktu kemuncak di mana pintu langit terbuka luas untuk menerima doa kita. Waktu ini adalah waktu yang sangat mustajab kerana ia berlangsung serentak dengan waktu wukuf para jemaah haji di bumi Mekah. Jangan biarkan hari Arafah berlalu seperti hari biasa begitu sahaja. Kadang-kadang di depan orang kita boleh tersenyum, tapi sebenarnya dalam hati kita teramat penat. Kita semua sedang diuji dengan jalan cerita yang berbeza: - Ada yang sedang hebat diuji dengan sikap suami atau isteri. - Ada yang rezekinya melimpah-limpah, tapi rumah tangga pula tak pernah tenang. - Ada yang kerjayanya cukup stabil, tapi hati sentiasa rasa kosong. - Ada yang berduit, tapi anak-anak pula menjadi punca ujian. - Ada yang setiap malam boleh...
Bismillah, Dua hari sebelum aidil adha,tetiba encik suami bawa balik sehelai baju t-shirt. Warnanya wow menyerlah sungguh. Maq tanya ,"baju siapakah?" Sambil tersenyum beliau beritahu maq yang beliau join crew masjid taman untuk aktiviti Qurban tahun 2026 ni dan baju ni adalah baju untuk crew. Ini baru pertamakali encik suami jadi crew dalam ibadah qurban dimasjid taman kami sepanjang kami tinggal disini,kurang lebih dekat 30 tahun 😅 Balik dari solat sunat hari raya, bergegas je beliau bersiap nak ke masjid semula.Bila maq tanya "are you ready?" ***Dijelingnya kita ,waaakk...😂 tau dah dia,isteri dia memang kuat menyakat. Kanda dah nak pergi berjuang,dinda duduk je di rumah makan nasi impit ,paru sambal ,kuah lodeh dan kuah kacang. Hahaha bereh ! Takpa ,esok pagi kita brisk walk semula,lama sangat kaki ni tak jalan jalan sejauh 3km ,cewah 😆 Selamat hari raya aidil adha dari kami ❤Berkorban apa sahaja, harta ataupun masa. Niatnya cuma satu,semua kerana Allah.Takb...
p/s : ini adalah hasil salin dan tampal Teringat pesan mutawwif, masuk saja waktu Zohor 9 Zulhijjah, tinggalkan semua zikir, Fokus DOA. Ini salah satu doa oleh pembimbing Haji Ustaz Hashim Fahmi yang kami dah print siap-siap satu sorang. Kenapa Arafah istimewa? Nabi Adam AS dan Hawa dipertemukan kembali di Padang Arafah, setelah sebelumnya mereka diturunkan ke bumi di tempat yang berbeza. Arafah juga tempat mengaku semua dosa dan kesalahan di hadapan Allah. Doa yg takkan ditolak adalah Doa Arafah. Ini salah satu Doa yang kami baca dan print dari pembimbing TH - Ustaz Hashim Fahmi bin Haji Ahmad Shauqi DOA ARAFAH - Doa tanah Suci Bismillah, Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa seluruh umat islam yang telah mati dan yang masih hidup. Ya Allah Ya Rabb, kami mohon apa yang telah dimohonkan oleh Rasulullah SAW.Dan kami meminta perlindungan dari apa yang pern...
Selamat hari raya aidil adha 1447H ❤ BALASAN SYURGA BAGI MEREKA YANG MEMBACA TAHLIL DAN TAKBIR Rasulullah ﷺ bersabda, ❝Tidaklah seorang membaca tahlil satu kali, kecuali akan diberi khabar gembira, dan tidaklah seorang bertakbir satu kali, kecuali akan diberi khabar gembira.❞ Ditanyakan, ❝Apakah dengan syurga?❞ Baginda menjawab, ❝Ya.❞ As-Silsilah Ash-Shahihah 1621. Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata, ❝Bacaan takbir di 10 hari ini adalah: الله أكبر، الله أكبر، لا إله ألا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد. Laki-laki membacanya dengan keras di masjid, di pasar dan di rumah, adapun wanita membacanya dengan perlahan.❞ Majmu' Fatawa wa Rasail (190/25)
Bismillah, Kenangan bercuti ke Kuala Lumpur Pada 11/07/2025 - 13/07/2025, Maq dan family pergi bercuti ke Kuala Lumpur. Tujuan asal untuk menghadirkan diri atas undangan adik ipar meraikan majlis perkahwinan anak anak mereka pada 12/07/2025 Bertempat di Grandhall Haji Jamaluddin ,Cheras. Adapun menyelam sambil minum air. So dalam trip kalini ,kami juga plan nak intai intai orang KL sambil cuci mata memandang keindahan mahluk ciptaan Tuhan. Post kalini maq nak share suasana dimana kami makan malam di warung che Senah,Kampung Baru.Makanan kat sana semua sedap sedap! Tapi suasana malam dikotaraya Kuala Lumpur sangat lah memukau mata tua maq. **Actually ni malam terakhir kami diKL,esok pukul 11.30 am kami dah check out & gerak ke Klang ( Singgah rumah besan maq ) Kami pilih untuk makan di ruang atas Warung Che Senah.Santai... See, pelanggan baru duduk,orang ambil order tu dah kerumun dengan katelog menu makanan masing masing. Rambang mata ko tau tak! Merekalah y...
Bismillah, Sejujurnya Maq dan Encik suami masing masing masih lagi mempunyai ibu.Apapun kami tak berpeluang untuk jaga mereka dirumah kami.Masing masing ada alasan tersendiri dan kami pun terima kenyataan itu dengan penuh kesedaran. Kalau dipihak encik suami, ini pendapat beliau waktu maq tanya kenapa tak nak bawa ibu beliau kerumah kami ; "Diri awak sendiri pun asik keluar masuk klinik,mana nak uruskan cucu yang 2 orang tu lagi,nak uruskan rumahtangga,nak uruskan makan minum saya,nanti macamana awak nak uruskan emak saya?Biar saya yang akan balik kampung tengok mak saya.Awak uruskan je rumahtangga dan jaga budak budak." Kalau tak silap,kali terakhir kami dapat jaga ibu ibu kami tak silap pada tahun 2022. Encik suami pun baru je beberapa bulan sembuh dari masalah kesihatannya. Sebelum ni beliau diuji dengan slip disc sebelum tibanya hari raya korban yang lalu.So setiap langkahnya pun masih lagi dengan langkah berhati hati. Ibu Mertua Maq💕 Ini gambar lama waktu kami sambut ...
Bismillah. Sambungan percutian kami ke Kuala Lumpur. 12/07/2025 Selepas hadirkan diri ke majlis perkahwinan di Grand hall Haji Jamaludin,kami balik semula ke hotel untuk solat zuhur dan jamak asar. Alhamdulillah, Allah beri kemudahan bagi hambaNya yang musafir. Plan asal nak ke Klang ( rumah besan maq ) tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan,kami tukar plan - pergi Klang lepas check out pada keesokan harinya. Pukul 4 petang kami ke KLCC .Ini pertamakali maq kesini.Kesian kan? Tun M pun dah berumur 100 tahun, masa beliau buat idea KLCC tu maq muda belia lagi.Alhamdulillah akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke KLCC. Sampai sampai je, terus rasa nak ke toilet pulak... Naah,kat Batu Pahat kena bayar RM0.50 je pun dah bising bising,sekali masuk KLCC ,disuruh bayar RM2.00 reti pulak diam ko ek maq? Hahaha,anggap je lah sedekah. Antara kenangan kami pada 12 Julai 2025 yang sempat dirakamkan. Lepas beriadah dekat KLCC,kami gerak pula ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur.Nak bagi...
Assalamualaikum. Salam Jumaat buat semua. Jom selawat dulu. اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل مُحَمَّدٍ Alhamdulillah diberi keizinan meneruskan perjalanan hidup sehari lagi. Sehari usia kita bertambah, sehari juga hayat kita berkurangan untuk dunia ni. Usia kita semakin mereput dimamah masa. Sehari demi sehari. Jangan alpa. Kalau zaman muda dulu nakal, dah tua ni letih dah nak nakal lagi . Cukup cukuplah. Jagalah mata, jagalah hati, jagalah telinga, jagalah semuanya. Orang lain tak boleh kawal diri kita kecuali kita. Kalau sejak muda dah memang kategori orang baik baik, dah tua gini haraplah bertambah tambah lagi baiknya tu. Biar jadi contoh kepada anak anak dan cucu. Bagi mereka bangga punya orangtua seperti kita. Kalau muda dulu suka rasa iri dengan kelebihan orang lain, waktu tua gini bersyukur lah dengan apa yang telah dimiliki biarpun kepunyaan kita tidaklah sehebat m...
numpang share ya min ^^
ReplyDeleteHayyy guys...
sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^
agen sabung ayam online
ReplyDeletehttp://agensabungayam.logdown.com/post/7837118-cara-melatih-ayam-bangkok-aduan-teknik-kuda-lari
Link Official Bolavita : http://159.89.197.59/
Telegram : +62812-2222-995
Wechat : Bolavita
WA : +62812-2222-995
Line : cs_bolavita