Skip to main content

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum. 

Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020.

Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami. 

Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!  

Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah . 


Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok. 

Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik. Apa pun dia ada buat pengumuman, jika pesakit takda kes kecemasan atau kes yang urgent,  mereka boleh buat pilihan  balik semula dan temujanji akan dibuat hanya bila perlu. Dimana tarikh tu akan diberi oleh doktor nanti. 

Semua ini  disebabkan covid19  dah mula memasuki gelombang ke 3 dan dah banyak kes baharu di Batu Pahat. Jadi klinik tak boleh didatangi dengan orang yang terlalu ramai. Ikut SOP ,jaga penjarakan. Kita jaga kita. 

Alhamdulillah, ada juga yang mendengar arahan. Bagus mereka ni. Buat yang perlu sahaja.Benda boleh tangguh buat apa nak buat cecepat kan?  Santai santai sudah la. 

Tapi kerana maq adalah pesakit yang dah didaftar temujanjinya dari doktor di Klinik Kesihatan , jadi maq bakal menerima rawatan di pakar 3 pada hari itu jugak. Haaa benda tak boleh tangguh buat apa nak ditangguh tangguh kan?  Heheheh bingung.

 Alhamdulillah sekali lagi,  lepas buat saringan didepan pintu klinik pakar tu maq diarah masuk untuk proses  pendaftaran. Tak sampai beberapa minit ,nombor maq pun dipanggil  untuk pemeriksaan  pertama. 



Di Bilik doktor pertama. 

Doktor : Puan Noraini ,umur berapa puan? 

Maq : 15 tahun doc  ( anda terbalikkanlah nombor tu eah )

Doktor : sejak bila pakai spek? 

Maq : Sejak sekolah tapi terusan pakai sejak tahun 2000. 

Doktor : okey.  Doktor KK cakap, mata puan sebelah kanan tak jelas  walaupun pakai spek. Yang jelas cuma mata kiri?  Puan tahu pasal tu? 

Maq : saya baru tahu doc. Sebelum ni bila buat spek baru, penjual spek cuma cakap " akak, u punya mata sebelah kanan power tinggi lah,  memang macam tu ke? " saya jawab "ye! " setiap kali buat spek itu lah ayat yang akan saya terima. Jadi dah 20 tahun, dah berkali kali juga ayat tu saya dengar. Dan saya dah rasa macam ayat tu ayat biasa hinggalah haritu Doktor Sofia kat KK tu suruh check mata saya ni. Dan resultsnya sangat tidak memuaskan hati beliau. Tu yang saya kena ke sini. 

Doktor : okey kalau gitu biar saya check mata puan, buka spek.. 

**doktor ambil masa juga nak tahu 'power' mata maq yang terkini.  


Doktor : puan..sebenarnya mata puan ni takda masalah. Cuma 'power'mata puan berbeza. Perbezaannya kiri 650 / kanan 950. Beza 300 tu!  Terlalu banyak bezanya. Jadi kalau penjual spek tu buat dua power berbeza untuk puan guna dalam 1 masa, nanti puan ada masalah pening dan lama kelamaan saraf mata puan akan terkesan. Akan belaku regangan disaraf mata sebab mereka dipaksa buat kerja untuk  seimbangkan pemandangan pada mata puan. Sebab itulah spek puan dibuat dalam kadar yang hampir hampir je powernya. Akhirnya bila pemeriksaan dijalankan, mata kanan puan tak jelas pandangannya berbanding mata kiri. 

Maq : ohh. Macam tu.. Baru saya paham sekarang. 

Doktor : puan nak buat spek 600 lebih/900lebih? Kalau nak buat boleh tapi nanti risiko terpaksa puan hadapinya lah. Pening dan regangan saraf mata. Puan boleh  je guna spek sekarang ni. Walaupun power tak ikut masalah tapi puan pakai tak pening, puan selesakan sekarang walaupun kanan tu sebenarnya tak clear? 

Maq : okey je spek ni,  tapi kalau doktor nak bagi list power mata saya yang terkini, boleh juga. Kot nanti saya nak tempah spek baru, boleh saya buat rujukan Penjual spek kat kedai tu. 

Doktor : okey, nanti saya buatkan. 

Beberapa minit lepastu.. 

Doktor : puan ambil nombor ni,  nanti puan tunggu nombor puan dipanggil itu untuk pemeriksaan seterusnya. Tunggu di bahagian yang ada tv tu. Doktor lain akan buat pemeriksaan lebih terperinci dalam mata puan. Dan ini list power untuk kedua belah mata puan. 

Maq : Alhamdulillah, terima kasih doktor. Assalamualaikum.. 

Doktor : Waalaikumussalam.. Sama sama puan. 

Doktor Noraida ni sangat sopan orangnya. Maq suka cara dia merawat. ❤

Sekali tu bila maq keluar je dari bilik pemeriksaan pertama, Allahhu... Orang dah penuh!!  Padat!  Ehh kata covid19 menular kat Bee Pee, nak kena jaga SOP apa semua tu  tapi ni macam takda jaga penjarakan langsung. Yang ada cuma kerusi kerusi yang bertanda tape merah sebagai amaran ,

 'SILA JANGAN DUDUK DISINI "

lain lain serupa je. Pesakit yang menunggu giliran sangat ramai dalam ruang yang  sangat terhad tu. Pesakit kebanyakkannya terdiri dari wargaemas yang berbilang  bangsa yang mempunyai masalah mata. Maq pulak terus jadi tak selesa dan sangat risau. 

Bismillahitawakkaltu a'laallah,laa hawlawala quwata illa billa.. 

Itu je mulut maq sebut berkali kali.  Lepas tu apa jadi?  Maq menunggu dan terus menunggu nombor 401 dipanggil. Ting tung!  Hah??  Maq punya nombor giliran dah naik kat pintu bilik yang tertera perkataan :

' bilik rawatan kecemasan ' 

Apakah?  Sambil melangkah kebilik tu, Maq sempat jeling jam didinding. Hmmm sudah pukul 9.00pagi ,bila lah nak siap ni.. 

- maaf dikawasan ni maq tak dapat nak ambil apa apa gambar sebab pesakit yang ada sangat padat, mereka datang dengan berbagai masalah peribadi dan maq tak boleh siarkan aib orang.. Sorry ye.

Sampai dibilik, doktor nya perempuan jugak,  Dia jenis kalut kalut orangnya hehehe Alhamdulillah, kalut kalut pun dia seorang doktor pakar. Tabik spring! 

Assalamualaikum  puan. Sila duduk ( sambil ambil hp..) Tekan tekan. Kejap ye puan.. ( sambil berjalan keluar) 

Bilik terus krik³ ...

Beberapa minit kemudian doktor masuk semula, ada kertas kat tangannya. Maaf puan, sekejap ye... ( keluar lagi ) 

Maq? Maq cuma mampu kata ya, okey..sambil senyum kat doktor tu.. 

Beberapa minit, doktor masuk lagi.  Maaf puan,  ( tekan tekan hp lagi) lepastu keluar lagi.. 

Maq tetiba teringat pesakit yang sangat ramai sedang menunggu diluar. 

Doktor masuk, bawak touchlight kecil. Maaf puan.... Keluarlah suara manja seorang doktor diawal tugasnya pada hari itu. 

Ye doktor,  saya okey je.. ( senyum lagi )  

Doktor : letakkan dagu puan disini ( alat pemeriksaan mata)  mata puan fokus kat lampu. Blaa... Blaaa.. Blaaa.. ( tutup lampu ) puan pusing dan pandang tulisan di dinding tu. Jawap apa yang saya tanya ye. 

Baik doktor.. 

Ambil masa beberapa minit dan akhirnya selesai. 


Doktor : ujian mata ni ambil masa sedikit. Lepasni saya akan masukan cecair kedalam mata puan, nanti puan tunggu diluar. 30-45 minit lepastu nombor puan akan dipanggil. Ketika tu nanti pandangan puan akan kabur sebab anak mata dah mengembang. Hati hati ketika  berjalan masuk bilik nanti, ye. 

Baik doktor.... 

Maq keluar dengan mata yang dibasahi ubat. Sempat hantar sms kat encik suami untuk  laporan peribadi . Beliau tak boleh masuk sebab nak jaga SOP. 


Just received and read.  Tak perlu balas ek?. Sis okey jerrrr... Benda dah terbiasa 😂

Teks pertama ketika baru keluar bilik pemeriksaan pertama. 

Teks kedua waktu nak bagi anak mata mengembang. Masa tu penglihatan masih jelas lagi. 

30 minit kemudian ,nombor maq naik sekali lagi dibilik doktor rawatan kecemasan tadi. 

Doktor buat kerja dia. Disingkapnya kelopak mata maq dengan kanta, puan pandang kiri!  Kanan! Atas!  Bawah! Okey sebelah pulak.. Buat yang sama. 

Doktor tulis tulis reports*

" puan,  mata puan takda masalah. Seperti laporan doktor Noraida tadi, power mata puan tak seimbang dan itulah punca cermin mata puan jadi tak sama power. Dan lagi saya dapati bebola mata puan panjang, tidak bulat seperti orang biasa, tu pun salah satu punca power tak sama antara dua mata. Puan nak buat spek ikut pada power yang doktor Noraida bagi tu?  "

"saya tak pasti, tapi kalau terpaksa Insyaallah saya akan buat, doktor "

" ok,  Kalau nak buat spek ikut power tu, risiko pada mata akan belaku. So nanti bila puan nampak seperti ada kilat ( flash)  dalam mata atau puan rasa seperti ada kain tutup mata puan, sila ke klinik secepat mungkin. Itulah kesan sampingannya. 

Lagi satu, yang puan kata puan nampak seperti ada sampah berenang renang kat mata tu, tu hal biasa je puan. Jangan risau. 

Lepasni puan tunggu kat luar, nanti nurse akan panggil untuk temujanji seterusnya. Okey? 

"okey, doktor.. "

Maq keluar dan tunggu**

25 minit kemudian. 

Noraini!  Ni kad rawatan, nanti datang semula ikut tarikh pada kad ni ye. 

"ok nurse,  terima kasih... "

Maq berjalan keluar dan jam dinding menunjukan pukul 10.15 pagi.. Fuh!! 


14/4/2021 temujanji akan datang. Semoga Allah ampunkan mata maq yang dah banyak sangat  buat dosa. 

Astaghfirullahalazim.. 

Untuk pengetahuan anda,  mata maq yang kabur asbab ubat yang doktor titiskan tadi tu, ambil masa 4 jam baru kembali normal..

Itulah saja pengalaman pertama maq diklinik pakar 3/ pakar mata , HSNI Bee Pee, Johor .

Semoga sedikit sebanyak boleh beri infomasi kepada anda diluar sana. 


Comments

  1. wah banyak juga procedure kena buat . Inshaa Allah semua akan jadi lebih elok dan boleh tengom dgan jelas semula .

    ReplyDelete
  2. Sophea,ye itulah harapannya mudah mudahan, Aamiin

    ReplyDelete
  3. Pengetahuan baru. Rupanya kalau beza power tinggi sangat boleh buat saraf tegang.

    ReplyDelete
  4. memang beza betul powernya tuh kak...
    sekarang ni dh buat spek yang baru ke kak? camne kejadian nya tu?

    ReplyDelete
  5. NA, ye, ini juga pengetahuan baru bagi maq.

    ReplyDelete
  6. Dana, alhamdulillah ini jugak rezeki dari Allah. Buat masa sekarang akak lebih selesa dengan spek sebelah terang sebelah kabur ni, kalau nak tukar baru pun Insyaallah akak akan buat spek yg tidak terlalu jauh beza power matanya. Mungkin 650/750 macamtu. Kerana taknak risiko regangan pada saraf mata tu.

    ReplyDelete
  7. Hai ,nak buat temujanji dgn doktar mata dkt bp macan mana ye ??

    ReplyDelete
  8. hai,pertamakali awak kena jumpa dgn doktor diklinik Kesihatan Batu Pahat untuk pemeriksaan pertama bagi masalah mata awak tu. Kemudian dari hasil pemeriksaan ,doktor akan buatkan appointment dgn doktor mata (pakar) jika awak mmg perlukannya.

    ReplyDelete
  9. Kalau tak buat appoitment tk boleh ke..terus datang ke klinik pakar

    ReplyDelete
  10. Sebab nak buat operat buang..kalazion dekat mata dh sebulan lebih

    ReplyDelete
  11. Ye memang kena buat temujanji terlebih dahulu.Lebih lagi kita sekarang dlm suasana norma baharu. Semoga urusan rawatannya dipermudahkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...