Skip to main content

Urusan Maya sudah selesai


Assalamualaikum.

Alfatihah.


Semalam ( 18hb Mac 2020) kami sekeluarga dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kehilangan ahli keluarga.  Pemergian Arwah Maya amat mengejutkan maq kerana selama ni maq tak tahu menahu pun yang arwah ada mengidap kanser tisu.

Sepupu maq yang dah aktif dalam bidang seni tanahair  hampir 26tahun ni,  tak pernah pun menunjukan yang beliau sakit. Keceriaannya dihadapan peminat dan ahli keluarga  sepertinya hanya mengatakan yang dia sihat dan bahagia. Pandai dia sorokkan. Allahhu..

Semoga ahli keluarga lain redha dengan semua ini. Sama sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh.

Kenangan .

Maya bersama ahli keluarga kami pada sambutan hari  raya beberapa tahun lalu.

Dia adalah penghibur   untuk peminat dan juga untuk ahli keluarga.

Lepas perjumpaan hari raya tu maq cuma mampu lihat arwah aktif di skrin gegar vaganza 2018 dan semalam lah berita terakhir tentang arwah yang maq dengar.

Innalillahhiwainnailaihiroojiuun..

Maya, urusan awak kat dunia sudah pun selesai. Pahit manis kehidupan sementara awak sudah berakhir. Insyaallah lepas ini kami  pula bakal menyusul nanti. Semoga awak damai disana.

Ada yang tanya apa hubungan Maya dengan maq?  Nenek kami adalah adik beradik.  Arwah nenek Maya kakak,  nenek maq pula adik. Itulah ceritanya.  

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Susu Cair Ganti Santan

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasulullah ada di Batu Pahat

Doa Amalan Neelofa

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?