Bismillah,
Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?
Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja.
Sebenarnya takda pun.
Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.
Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !
Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu.
Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak.
![]() |
Makanan favorite Adam Aisy adalah, roti channai ! |