Skip to main content

Posts

Showing posts with the label babysitter dan aktiviti keluarga

Brisk walk Masuk List 2026

  Bismillah, Semalam balik je dari brisk walk , Maq terkejut  bila tengok carta semasa. Tak sampai 1 jam berjalan tapi boleh ambil jarak 4.66km?Kami sebenarnya target sehari (60minit berjalan) cuma anggaran 2km - 3km je. Maklomlah dah level acik acik ni tak larat dah nak target jauh jauh, newbie pulak tu.Tapi semalam boleh pulak terlajak 1km. Alhamdulillah setakat ni semua berjalan dengan baik.Adalah jugak lutut Maq terasa sakit tapi bila maq buat buat tak rasa sakit tu ,lelama rasa sakit tu pun hilang. Bagi maq ,brisk walk ni ,biar sedikit jarak nya, janji konsisten.Maq just set masa -berjalan sejam untuk sehari.Buat ikut kemampuan.Yang penting jalan! Lepas lebih 2 minggu maq berjalan ,akhirnya maq masukkan brisk walk dalam list usaha Maq nak sihat.Moga usaha kalini ,Maq istiqomah. Penguat semangat Maq yang sorang ni memang bertenaga je dia berjalan.Takda pun dia berbunyi sakit ke, cramp ke. Semadang steady je beliau.Kalau boleh nak jalan 6km -7km ,tapi maq cakap ,kita ni dah...

Cik Misi Dapat Anugerah Kecemerlangan 2024

  Bismillah, Kalau post sebelum tahun 2020,maq gelarkan beliau sebagai cik misi tapi selepas bernikah,kenalah panggil Puan. Puan Misi Okey Puan Misi - diam tak diam dah  6 tahun lebih beliau bertugas di KKM.4 tahun menjadi pelajar di kolej kejururawatan Kuantan sebagai pelajar batch 2015.Kiranya dah 10 tahun beliau kawteam dengan KKM. Seorang isteri yang bekerja 3 shif, mempunyai seorang anak.Dengan jarak rumah ke tempat kerja ambil masa 30minit untuk sekali perjalanan.Semua tu tak mudah sebetulnya pada pemikiran maq,tapi Puan Misi ini berjaya uruskan kesemuanya dengan kerjasama dari pihak suami beliau dan dengan keizinan dari Allah swt.Alhamdulillah. Pernah ditipu pesakit. Pernah ditipu pengasuh. Pernah dibuli senior. Pernah ditengking & diherdik asbab belum mahir dalam berdikari. Pernah dipandang serong asbab nikah zaman era PKP Cov19. Pernah hadap macam macam ujian asbab berjauhan dari keluarga dan hidup sebagai seorang perantau. Pesan maq satu je dekat beliau,niatkan s...

Makan Ayam Goreng Muiz Bersama Ainul Mardhiah

  Bismillah, Sempena cuti sekolah minggu ni,Ainul balik rumah kami.Rindu kat tokmak dia lah tu.Semenjak masuk darjah 1,aktiviti Ainul padat ,termasuklah pergi balik sekolah kebangsaan ,Kemudian pergi sekolah agama ,lepastu pergi kelas Quran dan malam ,buat kerja sekolah pulak.  Alhamdulillah, Ainul dah lancar membaca rumi dan jawi.Mengira dan sifir pun alhamdulillah dan semakin lancar.Biarpun akaun tiktok dia masih aktif.Hahaha nothing to say la.Budak zaman now.Asalkan media sosial dia dipantau.Doa yang baik baik je. Semalam cuti 2/6/2025.Kami bawa Ainul jalan ke Bandar Muar.Encik suami nak belanja cucunya makan ayam goreng Muiz diMuar.Padahal kat Parit Raja Batu Pahat ni ada jugak kedai ayam goreng Muiz tu. Tapi kata encik suami ,kita support yang dah lama buka,cawangan Parit Raja tu cawangan baru,next time boleh pergi.Lagipun Muiz kan buka 24 jam! Ok,baik lah... Muiz Parit Raja coming soon. 🥰 ❣️ 😍 😎 Terima kasih tolong koyakkan sos... Sepatah 2 kata tentang ayam goreng Mu...

Adam Aisy 6 Bulan

 Bismillah, Terima kasih Allah. Diam tak diam ,cucu maq yang ke 3 - Adam Aisy dah berusia 6 bulan.Bermakna dah 6 bulan jugak dia berada disamping Tok mak dan Tok ayahnya dan juga bermakna dah 6 bulan Adam Aisy duduk berjauhan dari ibu dan ayahnya. Alhamdulillah ,Allah jaga kami dengan sebaik baik penjagaanNya. Bila dah masuk 6 bulan, - Aisy dah makan bubur nasi + sayur/buah - Dah pandai meniarap & berpusing 360° - Mulut dah riuh berbual - Dah pandai guna walker biarpun hanya kejap² je dalam tu - Dah tau nak ikut orang berjalan ,tak boleh dengar tok yah atau mak usu ambil kunci rumah, confirm aisy akan menangis nak ikut. Video pertama yang kat atas ,dirakam beberapa hari sebelum maq pergi umrah.Dia tau kot dia nak kena tinggal ,majuk !  Video ke 2 ,masani kami dah sampai rnr Senawang,Nogori Sembilan.Berhenti untuk sarapan sebelum gerak semula ke KLIA. Hampir setiap hari maq akan hantar video pendek Aisy kat ibu ayahnya sebagai pelepas rindu.  Maaf ,Video last tu : bila...

Mengerjakan Umrah Bersama Keluarga 2019

Assalamualaikum. Rezeki itu rahsia Allah. Cabang rezeki tu sangat luas. Bagi maq ,dapat peluang menjadi tetamu Allah itulah rezeki yang tak dapat dinilai dengan apa pun. Niat yang selama ini terpendam dalam sudut hati paling dalam ,kini telah jadi kenyataan. 21hb Januari ,2019 - maq ,ibubapa maq , adik lelaki maq , serta adik perempuan maq bersama suami dan anak anak beliau  telah terbang ke Jeddah pada pukul 11.30malam waktu Malaysia bersama Saudi Airline. Setelah 25tahun maq tunaikan tanggungjawab sebagai seorang surirumah disamping anak anak,cucu  dan suami, inilah pertamakali maq terpisah lama dengan mereka.      " terima kasih Encik Suami kerana memberi izin kepada saya untuk menyertainya ." Terasa berat dihati meninggalkan mereka. Tapi dengan yakin maq bisik dalam hati - " Allah ada ,Allah akan jaga mereka untuk aku" Alhamdulillah hati automatik jadi tenang. Terima kasih Allah. Bawah ini antara kenangan sayu dan sendu di malam 21.1.2019 lal...

Casa Adelia Guest House ,Kuantan

Assalamualaikum. Ketika berkunjung ke Terengganu ,maq tidak tidur disana pun sebab anak maq sudah book in homestay di Kuantan. Semua ini hasil dari risikan di rumah pak google. Kalau anda nak tahu , maq dan ahli keluarga lebih selesa tinggal dihomestay berbanding hotel. Ini disebabkan suasana rumah tu buat kami rasa lebih selesa dan tidur malam pun bakal lena. Dan di Casa Adelia guest house diKuantan ini , ianya merupakan homestay ke empat milik  pengusaha.  Baru beroperasi pada bulan oktober 2018 baru baru ni. Waw ! Dasyat kan ? Dengan harga rm 150/ malam , dan kelengkapan rumah yang ringkas , bilik utama dan bilik ke dua berpenghawa dingin. Dua bilik air . Dibelakang ada 2 lagi bilik yang memuatkan 3biji katil bujang ,maq rasa 1/2 keluarga menginap disini dalam satu masa pun masih rasa selesa. Seperti homestay lain , kelengkapan lain seperti  petiais , cerek elektrik ,periuk nasi elektrik , iron dan iron board , telekong dan sejadah, bath shower , gula , teh ,ga...

Silver Anniversary

Assalamualaikum. Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah ,pentadbir sekelian alam. Harini 27 November 2018 ,dan sekali lagi maq dan encik suami ,berpeluang menikmati detik tarikh perkahwinan kami. Tahun ke 25. 1993-2018 , Alhamdulillah. Untuk ketahap ini tidak semudah dipandang mata. Mesti korang paham maksud maq.  Bagi yang sudah berumahtangga mesti dia tahu. Perjalanan perkahwinan bukan seindah yang kita lihat digambar gambar sweet diinstagram ,facebook ataupun dalam  episod cinta dalam film bollywood tu. Dalam masa 25tahun sebelum ini , Kami pernah menangis ,kami juga pernah ketawa. Kami pernah berlainan pendapat,kami juga pernah bersependapat. Kami pernah hampir hilang sabar tapi kami teruskan juga bersabar. Dalam tempoh 25tahun jugalah, biasanya maqlah penyebab cari gaduh. Ye ,maq yang suka cari pasal sedangkan encik suami jenis orang yang malas nak fikir hal remeh. Bila pendapat maq tak diterima ,maq akan memberontak atau kecil hati atau merajuk ,padahal d...

Awan Hitam Yang menakjubkan

Assalamualaikum. Maq ada tabiat yang mungkin anda pun buat atau mungkin tak buat.  Bila dalam kereta dan perjalanan agak jauh,maq memang susah nak tidur. Maq akan jadi kawan bual encik suami sambil melayan mood drive dia.  Risau jugak kalau dia bosan dan akhirnya rasa mengantuk dalam pemanduannya. Bahaya kan. Selain makan jajan ,sembang kosong , dengar lagu lagu dalam cd kegemaran encik suami , maq ada satu lagi aktiviti meneman, iaitu ambil gambar awan. Maq sangat sangat sangat suka aktiviti ini ! Ye sungguh haha. Maq selalu ajak anak anak tengok awan . Masyaallah, memang suka !! Ciptaan Allah yang memang hebat dimata maq. Tempohari ketika ke Perak ,perjalanan kami diselang seli dengan cuaca panas dan hujan. Dan detik nak hujan dan hujan turun  itu telah dapat maq rakam dalam gambar gambar dibawah ini. Maaf , maq bukan jurufoto yang profesional. Guna pun handphone cap chicken jek hehe Langit mendung dikawasan kereta maq tapi lihat hujan yang turun dihadapan tu...

Kenangan ILKKM Konvo 2018

Assalamualaikum. Ahad , 28 haribulan Oktober 2018 , maq berpeluang ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu,Sultan Azlan Shah, di Ipoh,Perak. Dengan tujuan utama untuk menghadiri majlis konvokesyen anak kedua maq ,Ety. Lokasi yang mudah dicari tetapi sukar nak sampai disebabkan kesesakkan jalanraya pada masa itu. Sehari sebelum itu ( hari Sabtu) pendaftaran telah dibuat ditempat yang sama. Semua para graduan telah diberi taklimat dan mengambil jubah. Ety telah kami hantar kesana seawal 7.15am  dari Sungai Siput ( malam tu kami  bermalam dikediaman pak tam) pak tam jugalah orang yang bersusah payah berusaha bawa kami ke kolej tu. Pak tam merupakan ayah saudara maq sebelah ibu. Terima kasih pak tam kerana banyak membantu kami semasa kami berada di Perak. Allah je mampu balas jasa baik pak tam sekeluarga. Kawasan parking yang sesak Siap sedia nak pergi daftar Pas masuk untuk ibubapa Pada hari konvo , Ety kena pada sidang petang ( sidang ke 4 ) seramai 1200 ...