Mula Buat Pilihan


Assalamualaikum.

Malaysia  itu Negaraku. Tak banyak nak sembang pasal Malaysia hari ini. Sebagai warganegara yang telah disah taraf , maq hari hari doakan supaya Malaysia dan semua bangsa yang ada didalam lingkungannya dilindungi  dengan sebaik baik perlindungan dari Allah swt. Inshaa Allah..

Eh itu bukan point entri maq kali ini lah.


 Harini nak beritahu ,kalau nak support bangsa sendiri. Nak gunakan produk tanpa rasa was was dan kalau nak makan masakkan yang menyelerakan. Trylah hasil keluaran bangsa sendiri.

Bak kata mat mat motor :

" support member lah bossku.."

Okey , maq done support lah ni !

Tukar bahan masakan popular  maq dengan produk Faiza ! Ni baru permulaan. Selain serbuk kari ikan dan daging ,tepung gandum ,beehoon pun dari keluaran yang sama. Kesemua yang maq guna setakat ni alhamdulillah ,tidak menghampakan setiap kali memasak.

" sedap tak bang kari ikan tu ?"- pertanyaan tidak berbayar dari maq untuk encik suami.

" fuh. Sedap gilaaaa .."- kata Encik Suami.


Hmmm ..ada masa ,orang tua ni memujinya macam tak masuk akal. Dah sedap lagi ditambah gila , sangsi jugak kekadang diminda makcik kau ni ..haishh 😑..

Kita sebagai pengguna ada hak untuk memilih. Mulalah buat pilihan anda. Pilihlah hasil buatan yang boleh digunakan / dimakan dengan tanpa rasa was was .

Okey lah, maq nak beritahu , 1000 langkah itu ,dimulakan dengan langkah yang pertama . Jum  kita ramai ramai mulakan langkah  pertama yang bijak!  😉

Maq sudah masuk tahun ketiga dah guna produk ini. Anda bila lagi? kari daging faiza ,kari ikan faiza , tepung gandum , perencah sup adabi - kesemua ini keluaran bumiputera. Dan ianya ditanggung Halal !




Comments

  1. adabi tu memang sejak ana kecik memang dah guna. no doubt tentang halal dan makanan pun tetap sedap.

    ReplyDelete
  2. kalau bukan kita support Muslim...siapa lagi nak support.

    lagipun kualiti sudah setanding..tu

    ReplyDelete
  3. Ana : alhamdulillah..sama samalah kita teruskan membantu hasil produk produk bumiputera.

    Mrhanafi : ya betul tu. Yang penting ianya bersih ,halal dan menepati citarasa melayu kita.

    ReplyDelete
  4. numpang share ya min ^^
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Cara Cari Calon Pasangan Hidup

Hadiah Akhir Tahun 1447

Bersyukur Bila Diuji

9 Zulhijjah 1447H

10 Zulhijjah 1447H

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

Berat Ujian Bakal Haji 2026

Hari Raya Korban 2026

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar