Bismillah,
Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut.
![]() |
| Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas. |
![]() |
| Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. |
![]() |
| Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. |
![]() |
| Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. |
![]() |
| kawasan parking nya luas. |
![]() |
| Disinilah tempat kami makan steambot tu. |
![]() |
| Ini meja kami. Masa ni baru sampai dalam 20 minit. |
![]() |
| Ada jugak booth bergambar disediakan. |
![]() |
| Ini baru permulaan. |
![]() |
| Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha |
![]() |
| Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. |
1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun
2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun.
3- Caj RM 25/pack untuk warga emas 65 tahun dan keatas.
4- Percuma bagi bayi baru lahir hingga kanak kanak umur 5 tahun.
Dan sepanjang bulan Ogos 2026 ini,Steambot percuma diberikan kepada mereka yang lahir pada Ogos.Tapi setiap yang nak dapatkan percuma tu,kenalah datang pada hari birthday diaorang dan bawa mykad sekali.Kalau datang pada tarikh lain,korang dah takda percuma lagi,dah kena bayar macam pelanggan lain jugak.
Waktu operasi :5.00petang - 11.30malam.
Makanan unlimited.
Masa makan unlimited.
Boleh makan semua makanan yang disediakan, boleh ambil semua ,janji dimakan habis dan elakkan membazir.
Air minuman boleh tambah sebanyak mana yang korang nak.
Kuah tomyam boleh request top up.
Serius cakap,makanan memang banyak .Semua sedap sedap.Dengan caj rm30 seorang,bagi maq itu sangat berbaloi.
Surau disediakan.Tempat solat yang selesa.Masa kami pergi tu, Encik suami dapat solat maghrib berjemaah dengan pelanggan lain.Kami bergilir gilir ambil turn solat sebab nak jaga meja & makanan.Ianya sangat memudahkan.
Ada taman permainan untuk kanak kanak depan surau.
Selain tu juga ada kolam mandi untuk dewasa dan kanak kanak.Tapi dibuka sebelah siang sahaja.
Pemilik Barokah Sri Village ini adalah orang muslim.
Guys,kalau turun Batu Pahat,jemputlah singgah sini.Memang puasati.
Alhamdulillah,
Terima kasih encik suami belanja kami ❤












Comments
Post a Comment