Skip to main content

Apa Usaha Akan Datang?

 

Bismillah,

Terkejut dan hampir tak percaya bila maq dapat tahu berita bahawa harga sayur bakal naik 3 kali ganda?! Biar betul?Tapi nak cakap apa kalau itu benar benar belaku. Suka tak suka memang kena hadap jugak.


Zaman Madani harga barang naik bukan benda pelik.Yang pelik naik selalu turun tak pernah dan ianya memang mustahil berlaku sekarang ini.


Maq selalu dok mikir ,bagaimanakah strugle ibubapa muda yang sedang nak besarkan anak zaman sekarang lah kan.


Zaman dulu ,memang gaji kami kecil tapi rakyat sering dibantu dengan subsidi dan peruntukkan lain oleh kerajaan yang datangnya dari berbagai sudut.


Berbeza zaman sekarang,bantuan semakin kurang malah satu persatu kemudahan rakyat mahren ditarik dan dimansuhkan.Tak cukup dengan tu,harga barang keperluan hampir setiap bulan ada je kenaikannya.


Lepas satu ,satu barang keperluan naik harga.


Maq dah plan satu usaha untuk cover masaalah harga sayuran bakal naik 3 kali ganda tu nanti.


Sis,apakata kita gantikan hobi menanam pokok pokok bunga tu dengan kita tanam je sayur sayuran dalam polybag dan pasu pasu bunga?!



Idea ini untuk mereka yang duduk dirumah yang  kawasannya terhad. Macam rumah maq sekarang.


Langkah sikit laman orang,pusing sikit anjung orang ,lompat sikit tangga orang.Semua sudut kena jaga jaga takut terambil bahagian rumah hak orang.


Solusinya - tanamlah sayur dalam pasu pasu bunga.Nampaklah kelainan sikit.

Agak agak korang ,idea ni boleh ke sesikit membantu kita pada masaalah kenaikan harga sayur tu nanti?Hasbunallah wane'mal wakeel..



Comments

Popular posts from this blog

Mata Pelajaran Baru Dikelas Dhuha

  Bismillah, Bila Allah beri rezeki masa, pada setiap Jumaat ,maq berpeluang untuk keluar berjumpa dengan kawan kawan muslimah yang duduk sama taman untuk menghadiri kelas dhuha. Kelas dhuha dijalankan dipermis yang bersebelahan  je dengan surau Al Azim,Taman Bukit Perdana. Aktiviti disini bermula pada pukul 8.00am - Ia dimulakan dengan bacaan selawat tafrijiyah ,bacaan surah Kahfi dan disusuli dengan bacaan Yaasin ,tahlil berserta doa selamat. Semua ini dibawah bimbingan ustazah ustazah kelas al Quran yang bertauliah.Mereka juga merupakan Ahli jawatan Kuasa yang berusaha untuk aktiviti dikelas dhuha. Doa ,berselawat dan bacaan bacaan surah ini akan berakhir pada pukul 9.00am. Pukul 9.00 am - 9.30am -  Rehat sebentar ya kawan kawan. Pada waktu ni kami diberi jamuan ringan buat alas perut.Tapi biasanya jemaah akan bawa balik je bekalan tu,tak sempat nak makan.Kami cuma minum minuman yang dihidangkan sahaja sambil borak borak bertanya khabar kawan kawan setaman. Biasalah mak mak kan, tak

Adab Dan Ilmu Mana Lebih Tinggi?

  Bismillah, Mana lebih tinggi nilainya ,adab ke ilmu? Kadang serabut juga bila nak cari jawapan.  Bukan mudah rupanya jadi orang tua.Apatah lagi apa juga yang dilakukannya pasti akan menjadi ikutan oleh anak anak dan cucu.Kalau yang ditiru itu perbuatan baik takpalah tapi kalau yang sebaliknya? Ini ujian... Gambar sekadar hiasan Atok dan Cucu Cucu Mari kita tengok 15 adab  yang anak akan cepat tiru. 1 - Panggil orang-Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi. 2 - Bercakap-Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking. 3 - Mengarah-Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru. 4 - Sebut tolong-Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu. 5 - Ketika makan-Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati. 6 - Marah orang-Jika kita cepat marah orang, anak pu

Benda Kecil Boleh Menjadi Beban

Bismillah, Sengaja kongsi untuk jadikan panduan kepada kita semua. Kadang kadang benda yang dianggap hal kecil,rupanya menjadi "beban" kepada kita didunia dan diakhirat . Contohnya sampah puntung rokok ini.Nampak je simple.Sampah kecil je kan. Tapi tahu kah korang apa kesannya untuk si pembuang puntung rokok tu untuk jangka masa yang panjang? Meh kita baca dan fahamkan soal jawab dibawah ni. Sumber : facebook Soalan : ustaz apa hukum jika kita membuang sampah merata sedangkan sudah di sediakan tong sampah?adakah berdosa? Jawapan nya : ia adalah berdosa sebab islam mengajarkan kita tentang kebersihan dan apabila sudah di sediakan kemudahan tapi kita tetap pilih untuk buang merata,sedangkan kekotoran adalah kesukaan iblis dan syaitan! Firman Allah SWT bermaksud:  “Dan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebaha

Anak Perempuan Sulung 5 Generasi 2024

  Bismillah, Aturan Allah sangat indah. Alhamdulillah keluarga maq sekarang ni telah pun melepasi generasi ke 5 anak sulungnya adalah perempuan.Dan syukur kepada Allah kerana kasih sayang Nya semua ini berlaku.Mari lihat susur galur generasi tersebut. Gambar atas, Generasi 1 ( Maktok -ibu kepada ibu maqnie) Gambar atas, Generasi ke 2 ( ibu Maqnie -anak sulung kepada maktok) Gambar atas, Generasi ke 3 ( ofkos lah maqnie - anak sulung kepada ibu) Gambar atas, Generasi ke 4 ( Pastinya along - anak sulung kepada maqnie) Gambar atas, Generasi ke 5 ( Anak pertama along  - cucu kepada maqnie ) Alhamdulillah... Doa dari maq ,semoga anak anak perempuan sulung dalam 5 generasi ini menjadi anak yang solehah ,yang berjasa kepada kedua orangtuanya,berjaya kehidupannya didunia dan diakhirat.  Aamiin Allahhumma Aamiin.. Gambar : Ini baru ⅓ daripada Anak anak ,cucu cucu ,cicit cicit dan piut piut kepunyaan maktok.Inshaallah,ada rezeki nanti,kami akan bergambar keluarga keseluruhan untuk 5 generasi ini

Khasiat Buah Kedabu

  Bismillah, Buah kedabu atau dengan nama lain buah pedada atau buah berembang adalah buah yang sama.Orang kampung maq je ke panggil buah ni buah kedabu ? Masa zaman kanak kanak maq pernah makan buah ni.Rasanya masam dan sedikit kelat. Buah yang mentah agak keras tapi bila dah matang, buah ini lembut dan mudah dikupas.Sesuai dimakan bilamana warna kulitnya sudah menjadi hijau kekuningan. Pokok buah kedabu hidup dipersisiran sungai.Itulah tempat paling sesuai mereka membiak.Korang tryla tanam depan rumah mana tahu boleh hidup. Di sesetengah kawasan dinegara Indonesia ,mereka hasilkan " dodol " dari buah ini.Buat jeruk,buat jus dan dimakan begitu sahaja.Korang cari je kat youtube pasal ini,confirm jumpa. Kami diMalaysia suka makan dicicah garam,ada juga bagi idea makan cicah kicap.Lahaaaai bergenang air liur dalam mulut dah saat ni. Bila maq buat carian digoogle, rupanya banyak khasiat buah kedabu,pedada dan berembang ni. Antaranya, *kaya dengan vitamin C *boleh settle masaalah

15 Oktober 2024

  Bismillah, Jika abah masih ada,harini merupakan hari lahir abah yang ke 82 tahun.Tapi abah milik Allah.2 tahun lepas ,Allah ambil semula abah dari kami.Masa tu seminggu lagi abah nak jumpa hari tarikh lahir abah yang ke 80 tahun. Sempena tarikh harini 15 Oktober 2024, hanya doa ini sebagai hadiah buat abah "disana"                  اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ Semoga Roh abah ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin...

Khabar Apakah Malaysia Hari Ini

  Bismillah, Bila usia sudah semakin menua, bohonglah kalau cakap hati ni tak risau pasal anak cucu. Kerana merekalah waris yang bakal ditinggalkan. Dan mereka jugalah saham yang bakal memberi hasil bila kita dah "balik" ke sana nanti. Pernah terbaca satu nasihat,jangan terlalu berfikir tentang masa depan yang tak pasti dan jangan terlalu menyesali tentang masa silam yang sudah berlalu pergi tanpa erti , tapi nikmati waktu yang sedang dijalani supaya keindahan itu tidak merugikan diri. Bila difikir semula,ada betul juga kata kata tu,kita ni asyik lah nak risaukan masa akan datang padahal waktu yang sedang kita hadap itulah yang sepatutnya kita manfaatkan.Lepastu nanti bila momen dah terlepas pergi ,kita pulak rasa nyesal sebab dah mensia siakan peluang. Tajuk entri Khabar apakah Malaysia hari ini ? Apa ceritanya?  Korang cari kisah di laut China Selatan,kemudian cari pula kisah cerita di Pulau Pinang.Lepastu korang fikir fikirkanlah bebaik. Okey, bagi pihak maq secara peribad

Pesanan Buat Waris

  Bismillah, Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat kita meninggal.Ayat ini biasa kita dengar kan? Sebab tertarik dengan ayat diatas maka maq pun tertarik juga untuk menaip mengenainya pada entri kali ini.Perkongsian yang maq dapat dari kelas agama dan ceramah ceramah agama yang maq pernah ikut sama. Dan ini merupakan nasihat dan pesanan kepada waris  waris maq juga. Pertama - Anak anak tak perlu bersusah payah nak buat majlis majlis kenduri.Sebab selepas ibubapa meninggal,doa yang arwah perlukan adalah doa dari anak anaknya yang soleh dan solehah.Kata ustaz ,doa dari anak takda bersekat.Direct terus diterima oleh simati. Kalau nak jamu orang niat bersedekah atas nama arwah,buat je mana mampu.Contohnya beli makanan kemudian hantar ke surau atau masjid atau kerumah rumah jiran tetangga.Tak perlu bersusah payah buat kenduri kendara,silap gaya solat anak anak pun tertangguh sebab banyak kerja yang nak dibuat untuk majlis kenduri itu nanti. Yang seterusnya - Amalkan 3 yang dibawah ini,insh

Cruise Di Batu Pahat

  Bismillah, Satu lagi daya tarikan buat pelancong yang datang ke Batu Pahat.Terletak dipersisiran Sungai Batu Pahat berhampiran Dataran Syahbandar, ada sebuah cruise yang dijadikan pengangkutan untuk pelancong bersiar siar di sungai Batu Pahat. Dan pagi semalam maq berkesempatan pergi ke Dataran Syahbandar tapi cruise rupanya belum beroperasi waktu tu. Jeti Yok BP Cruise Tempat menunggu giliran. Kaunter beli tiket  Cruise berada dikawasan semulajadi Air pasang,sampah dari laut hanyut ke muara Ada skuter berbayar didataran Syahbandar Dataran Syahbandar.Selalu ada event disini Nak tau harga tiket ? Macammana nak beli tiket? Akaun tiktok rasmi :  yok bp cruise  

Terung Pipit

Bismillah, Anda yang ada tanah  terbiar dikampung, boleh la tanam pokok terung pipit berselang seli dengan ubi dan keladi. Sekarang,harga sekilogram terung pipit mencecah RM12-RM19 kat Batu Pahat ni.Negeri lain saya tak pasti. Pesakit darah tinggi sangat digalakkan ambil terung pipit sebagai makanan tambahan.Tak perlu hari hari  makan. Saya dan encik suami dah buat percubaan, memang benar, tekanan darah berada pada paras normal bila kami makan berlaukkan sambal hijau terung pipit. **ikan bilis kasi lebih sikit dalam sambal tu... Terung pipit atau Turky Berry Ini pengalaman pertama maq dan sekeluarga makan terung pipit hasil masakan sendiri.Senang kata maq tak reti langsung masak terung pipit ni. Bila ibu saudara maq beritahu terung pipit boleh kawal tekanan darah tinggi,dan beliau bagi juga terung pipit buanyaaak. Nak tak nak maq kenalah buat sesatu menu untuk jadikan terung ni sedap dimakan. Cari resepi ditiktok. Jumpalah resepi sambal hijau terung pipit. Lada cili hijau 250gram✅ ( la