Skip to main content

KWSP - pengalaman Maq


Assalamualaikum.

Dua hari ni viral pasal tingkahlaku petugas di pejabat KWSP Johor Bahru yang menjadi kecaman warganet. Anda pun mungkin sudah pun tahu tentang tu.

Kalini maq nak kongsi pengalaman maq pulak.  Pengalaman pertama kali berurusan dengan petugas KWSP didaerah Batu Pahat.

Masa tu maq nak buat pengeluaran wang akaun 2 ( pengeluaran pencarum berusia 50 tahun). Walaupun tak banyak tapi adalah sikit untuk dimanfaati. Hasil kerja masa muda muda dulu.

Ketika mula masuk ke pejabat tu, pertamakali maq pergi ke kaunter pertanyaan lah kan.  Maklom lah seumur hidup memang tak pernah masuk sekali pun disitu.

Setiba dikaunter, maq beraturlah ikut baris. Setiba giliran maq, petugas dikaunter adalah seorang lelaki.  Umur lewat 40-50an gitu.  Muka tak mesra alam langsung

( ok,  maq paham kalau lelaki dengan perempuan tak perlu senyum kot dikhuatiri jatuh cinta pandang pertama, erghh!  Tapi bila maq bertanya soalan, apa yang maq harapkan dia paham yang maq adalah dalam keadaan " tidak tahu menahu". Tapi apa yang sedih,  dia anggap macam maq hari hari keluar masuk pejabat tu)

Bawah ini antara perbualan kami yang maq ulang ingat.

Maq : Assalamualaikum, encik.  Saya nak tahu, bagaimana cara saya nak buat pengeluaran bagi pencarum berusia 50 tahun?

Petugas kaunter pertanyaan : * muka ketat* ada bawa buku bank ??

 * nada suara macam nak taknak je bercakap*

Maq : takda.. Baru nak buka akaun lah ni.

Petugas kaunter pertanyaan : takda buku bank macamana nak keluarkan duit??

* nada tinggi paras terkawal*

Maq : ya, sebab tu saya nak tahu " bagaimana caranya " sebab saya memang takda apa apa akaun bank setakat ni.

 * nada bersahaja tapi jantung dah mula dup dap laju*

Petugas kaunter pertanyaan : bawaklah buku bank ke sini,nanti barulah KWSP boleh proses!

Maq : tapi pegawai bank suruh saya minta surat dari KWSP untuk buat akaun bank. Macamana saya nak bawa buku tu?

* sis dah mula hangin , tapi sis masih cool*

Tiba tiba Allah datangkan seorang hamba Nya kepada kami. Beliau lelaki, juga salah seorang pencarum kot.  Waallahualam.

HambaAllah : dia ni nak buat buku bank,  dia nak surat dari KWSP. Sebab takda surat KWSP, bank taknak bukakan akaun. Betul kan?

Maq : ya betul.. *lega ada orang back up*

Petugas kaunter pertanyaan : *muka masih ketat* pergi check kat sana dulu.

(sambil tunjuk mesin scan mykad dan check akaun didinding pejabat tersebut)

Maq pergi ke mesin tersebut sambil beratur. Eeee... Maleh dah haku nak pandang muka yang dikaunter mula mula tu lagi!  ( detik hati )

Ada petugas lain menanti di mesin tu. Muda dan 100 kali lebih macho dari kat kaunter tadi! Eleh.  Senantiasa tersenyum dengan orang yang beratur depan mesin tu,  termasuklah dengan maq.

Petugas kat mesin : ya puan,  nak check akaun, masukan my kad sini.  Lepastu tekan button ikut langkah langkah yang diarahkan.

Maq : ya, terima kasih.  Saya nak buat pengeluaran 50 tahun ,bagaimana caranya ya?

*sambil tunggu mesin proses mykad*

Petugas kat mesin : puan check akaun dulu, kemudian jika duit takda masalah,  puan ambil nombor untuk minta surat pengesahan buka akaun bank . Tu disebelah sana tu ( sambil menunjuk kearah petugas lain)  puan tunggu nombor dipanggil. Lepastu dah boleh buat urusan disana.

Maq : oh.. Okey ( lega)  terima kasih ya.

*senyum*

Kertas penyata keluar dari mesin.  Petugas kat mesin ambil dan hulurkannya kat maq.

Petugas kat mesin : puan check dulu akaun 2 puan tu.  Ada jumlah tak?

Maq : * sambil renung kertas* ya Alhamdulillah.. Adalah sikit ni hehe

Petugas kat mesin : ok, puan pergi ambil nombor, dan tunggu nombor dipanggil.

Maq terus ke mesin ambil nombor giliran dan tunggu.  Tak sampai 2minit, nombor maq dipanggil. Dan maq berurusan dengan pegawai di kaunter seterusnya  dengan tenang. Proses kurang dari 10 minit.  Sangat mudah!

Dan bila dah selesai, maq pun bawa surat pengesahan dari KWSP tu untuk buka akaun dibank pilihan maq pulak.

Anda boleh lihat disini. Kebiasaannya imej sesebuah insitusi yang berkait rapat dengan orang awam ini adalah dimulai dengan petugas yang pertama tu.  Sebab dia adalah orang yang pertama memberi perkhidmatan. So, tolonglah jaga adab.  Anda pegawai kah,  staff sahaja kah,  anda adalah petugas.

Anda diamanahkan mengurus duit orang yang terdiri dari 1001 jenis perangai manusia dan anda dibayar gaji dengan pekerjaan itu. Anda kena ingat tu.  Takkan dah kena kecam baru nak ubah perangai. Baru nak upgrade staff. Teruklah kena kecam nanti.

Dalam pengalaman maq, mungkin petugas pertama tu buat hal dengan maq yang jenis sabar tahap emak emak.  Andai dia berhadapan dengan pencarum yang hati tisu?  Panas baran?  Apa jadi?

Contoh apa yang viral sekarang ni,   orang kaunter depan kata bawa je pencarum dalam keadaan apa sekali pun walaupun dengan ambulance,  tapi tiba dikaunter dalam, pegawai kata tak perlulah pencarum datang. See...  Dunia ni luas tapi manusialah yang suka buat dunia jadi sempit! Sempit pada gaya pemikiran!

Nota maq : harap sangat maq sorang je yang dilayan macam tu kat Batu Pahat ni. Orang lain jangan!!

Maq kongsi pengalaman . Andai kata anda mengalami situasi macam maq , tolong banyakkan bersabar, anggap je, mungkin petugas pertama tu terlalu banyak masalah dalam tugasannya kot, sebab tu dia tak boleh nak jawab pertanyaan maq dengan elok..

*Sis bersangka baik je sekarang ni, heeee..


Comments

  1. Ye betul tu Maq. Memang ada yang jenis macam tu. Kita sabar je la.. Kalau sama-sama melawan, panjang ceritanya nanti. Moga dengan kesabaran yang Maq lalui akan dipermudahkan segala urusan di mana sahaja nanti.

    ReplyDelete
  2. Sebab tu la SA ni malas nak berurusan di kaunter kalau takde apa hal..pernah berurusan di kaunter KWSP masa nak keluarkan duit akaun 2 sebab beli rumah kan..nasib masa tu takde apa masalah..dan harap2 akan datang tak ada masalah jugak dengan mana- mana kaunter

    ReplyDelete
  3. Illya : dah rezeki maq jumpa petugas macam tu kot. Sebetulnya hati tua ni sedih jugak tp maq kena akur- manusia , takda yg sempurna..

    ReplyDelete
  4. SA : samalah dengan maq,jenis malas nak berurusan, pakkal dah tak tahu apa apa tu yg bertanya. Ini pun pertamakali berhadapan dgn petugas macamni, mungkin Allah nak bg penglaman berguna utk maq. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak berurusan dengan KWSP ni

    ReplyDelete
  6. WP : maq pun barulah sekali masuk pejabat KWSP tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pakar 3 Pakar mata Pakar Batu Pahat

 Assalamualaikum.  Kalini nak story story pulak pasal pengalaman maq ke pakar 3 ( pakar mata)  di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada 13/10/2020. Walaupun jarak hospital dengan rumah maq kurang lebih 1 kilometer sahaja tapi disebabkan taknak berebut nombor giliran, maq keluar rumah seawal 7.00 pagi ditemani kekasih awal dan akhir, my encik suami.  Temu janji maq pada pukul 8.00am. Kenapa keluar awal?  Sebab klinik pakar mata ni katanya selalu je sesak. Lagipun cepat kita berurusan, cepatlah kita balik kerumah nanti, kan?  Duduk hospital bukan boleh shopping pun.  Eh!   Waktu maq sampai didepan pintu klinik pakar tu, beberapa orang pesakit yang datang lebih awal dari maq sudah pun terpacak menanti. Dan Maq pesakit yang ke 4 terpacak disitu! Alhamdulillah .  Kesian kakak berdua ni kena berdiri lama. Ada sorang lagi pakcik dia dapat kerusi, ada tu duduk kat tepi tembok.  Pukul 7.30 pagi, cik misi datang dan buka pintu klinik...

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

  Hidup akan aman jika bebas dari penipuan. Bismillah, Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19. Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia. Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya. Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala. Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq. Jangan kesana kesini. Tak boleh begitu begini. Wajib begitu wajib begini. Ahh rimassss sangattt ... Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!M...

Sabar Dan Tenang Saja

  Bangku taman. Kerusi ditaman ini ada ketikanya ramai yang duduk diatasnya untuk melepaskan penat lelah selepas berjogging. Juga kadang menjadi tempat menjamu selera.Tempat berbincang masalah. Tapi lepas jadi tempat untuk duduk duduk,bangku taman itu akan ditinggalkan sepi disitu.Berpanas ,berhujan sampailah ia memburuk sendiri bila tiba waktunya. Macam tu jugak kita sebagai orangtua.Bila ketika ada yang diperlukan,ramai yang datang mencari.Tapi bila tidak diperlukan lagi,duduklah termenung sendiri dari hari kehari sambil menunggu hari mati.   Bismillah, Gambar tu sekadar mukaddimah.Sebetulnya Maq nak kongsi yang mana Maq pernah terbaca satu status kat satu laman sosial. Katanya; "kalau dah namanya emak,anak dah kawin pun masih dianggap anaknya tu masih budak lagi.Padahal 'budak tu' anak dah berderet pun" Pada Maq : yes memang betol! maq setuju! Sampai bila bila anak tetap seorang anak kepada emaknya.Biarpun dah berumur 40 tahun, seorang anak itu,  **Mereka perlukan...