Assalamualaikum..
Perkongsian menarik tentang 8 TANDA IKHLAS :
1 Takutkan kemasyhuran, sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan.
2 Sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadah, tak dapat mengawal hati dari dimasuki oleh sifat megah dan ta'jub dengan diri sendiri (takut dosa tidak diampuni, takut kebaikan tidak diterima).
3 Suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi daripada amalan yang dipenuhi iklan dan irama paluan kemasyhuran.
4 Sama sahaja beliau bekerja sebagai pemimpin atau ahli selagimana keduanya adalah berkhimat kepada dakwahnya.
5 Tidak mengharapkan keredhaan manusia jika di sebaliknya adalah kemurkaan Allah.
6 Cinta dan benci, beri dan menahan, redha dan marah : semuanya kerana Allah dan agamanya.
7 Tak bersifat malas, lembab atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat dapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Allah tak tanya " kenapa mereka tak berjaya" tetapi Allah tanya "kenapa mereka tak bekerja".
8 Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk bawa panji-panji beri saham kepada amal dan beri peluang kepada setiap orang yang berkebolehan menggantikan tempatnya.
Sumber : Copy and paste dari Risalah Ta'alim. Muhammad 'Abdullah Al -Khatib by admin at whatsapp group. ❤
Senyuman senyuman yang ikhlas. Gambar sekadar hiasan |
Comments
Post a Comment