Assalamualaikum.
Hai selamat pagi ! Selamat bercuti sempena 25 Disember. Dan kepada yang bertugas, selamat bertugas. Lakukanlah setiap tugasan dengan ikhlas dan lilahitaala. Insyaallah semua akan berjalan lancar.
Bagi maq hari hari adalah hari berkerja dan hari hari jugak adalah hari bercuti. Haa macamana tu? Surirumah 24/7 lah katakan.
Harini encik suami bertugas so maq dengan si bungsu jelah dirumah. Sekarang ni maq sedang melatih anak bungsu memasak. Dan saat entri ini ditaip, beliau tengah memasak nasi goreng untuk someone.Tapi maq nak kata bahawa,
"Cintah ituh butah ."
Tajuk Biskut mayat. Pernah dengar? Pernah jumpa? Pernah makan? Apakah biskut mayat tu iras iras mayat? Atau apakah biskut itu berbau macam ......? Atau mayat je kah yang makan biskut ni? Ish merepek dah tu... Jom baca seterusnya.
Kenapa panggil biskut mayat? Kata encik suami, dulu dulu dikampung kampung kalau ada orang meninggal, biasanya ada dibeli biskut ini sebagai pengalas perut tetamu yang hadir.
Tapi maq belum pernah jumpa lagi mana mana rumah orang meninggal biskut ni. Mungkin masa tu maq tak cari atau mungkin biskut tu tidak dibeli.Waallahua'lam. Yang maq tahu, biskut ini kalau dimakan untuk alas perut memang sesuai. Makan 7-8 keping pun dah kenyang. Lawan pulak dengan Nescafe O. Okey, lupakan stress sekejap heeee..
Comments
Post a Comment