Skip to main content

Cadangan Mufti Bila Bawa Anak Solat Berjemaah diMasjid


Assalamualaikum..

Bawah ini adalah antara  cara bagaimana ibubapa nak uruskan anak anak kecil ketika solat berjemaah dimasjid masjid atau pun di surau.

Kenyataan ini dicadangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan,Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di akaun twitter  beliau.




Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:

1.Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

2.Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

3.Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.

4.Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin.

Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

Nota maq : Semoga sedikit sebanyak cadangan Tuan Mufti itu boleh membantu anda ketika membawa anak anak kecil pergi solat berjemaah dimasjid.  Masjid rumah Allah,  bukan untuk orang tua sahaja,  kanak kanak yang sudah berakal juga  seorang makmum . Mereka juga bakal menjadi hamba Allah yang wajib melakukan solat dengan berjemaah dengan sempurna dimasjid masjid. 

 Sumber : copypaste dari akaun twitter Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa