Skip to main content

Rasa Tak Sedap Badan


Assalamualaikum..

Saja nak mengadu. Seminggu dua sejak kebelakangan ini,  badan maq asyik tak tentu rasa keaadaanya.  Buat kerja  sikit,  sekejap je dah rasa penat.  Bila baring ,tak lama lepas tu sudah terlelap.  Kalau dah lelap, tidur dah macam orang pengsan,  berjam jam lamanya. Bila bangun satu badan rasa sakit. Kepala rasa melayang layang  dan bila berdiri rasa tak stabil.


Bahagian dada pun meragam juga ( kawasan letaknya paru paru ) .Nak  bernafas rasa berat, beku dan ketat. Biasanya lepas bangun dari tidur yang terasa sangat. Nak kata jantung problem, jantung duduknya  belah tepi badan bukan duduk tengah. Cari cari juga info ,terjumpa pulak yang ini.







Entahlah...


Apapun keadaannya terpaksa juga kena buat aktiviti rutin harian seperti biasa. Tanggungjawab buat suami dan anak anak. Biarpun tak buat secara 'rushing' tapi badan memang akan cepat penat. Mengadu juga kat encik  suami, beliau cuma balas dengan diam jek. ( sedang mencari jawapan agaknya tu.. )

Bila mengaji Quran dah tak boleh nak duduk lama lama atas sejadah , nanti pinggang rasa sakit dan ketat. Nak bangun sikit punya siksa. Lebih selesa dapat mengaji cara bersandar dikerusi beralaskan bantal kecil. Tapi kalau buat kerja rumah sambil berdiri  tak pulak sakit pinggangnya tu . Allahhu..dugaan sungguh.


Tak tahu puncanya apa. Kesan cuaca musim hujan yang sejuk kah atau kurang bersenam 30minit sehari kah atau kurang minum air masak 2.5liter sehari kah  atau kurang makan makanan berkhasiatkah? Bingung mikir.. Yang maq tahu, maq dah kurang keluar rumah. 24/7 terperap  dalam rumah ,last keluar masa ziarah ibu mertua isnin lalu.  Itupun sekejap je sebab encik suami kena kerja pada petang tu.

Maq masih ingat,  sebelum ini doktor ada beritahu  kadar kolestrol maq  tinggi iaitu  5.9! Apakah ini kesan sampingan nya?  Atau ada punca dari yang lain lain?



Dan akhir bulan 12 nanti ada satu lagi  temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.  Harap harap maq tidak terlupa tarikh 24/12/2019.


- Andai Sakit ini adalah penghapus  bagi dosa dosa ku yang sebanyak buih dilautan itu,  aku redha ya Allah .. ❤

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa