Skip to main content

Kisah Blog Yang Dah Hampir 8Tahun Aktif


Assalamualaikum ..

Tirai 2019 sudah hampir berlabuh.  Bermakna tamatlah semua agenda 2019 kita.  Sama ada ianya berhasil atau tidak,  hanya tuan badan je tahu.

Barang yang lepas jangan dikenang. Tapi diam tak diam dah hampir 8 tahun maq melepaskan banyak idea menulis dalam blog ini. Allahhu, pantasnya masa berlalu...


Sedikit sejarah blog ini:


 Jika anda nak tahu,  dulu dulunya blog ini dikenali sebagai "Blog Bila Maqnie Membebel"- kemudian diganti dengan " Blog Maqnie Nurseri"- dan akhirnya "Blog Madam And The Kids" hingga ke saat ini maq masih pakai nama tu.

Blog ini merupakan  blog seorang babysitter, seorang isteri, seorang ibu, dicipta pada 2012  tapi disebabkan terlalu kurang keaktifannya , akhirnya blog jadi sunyi dari idea dan viewer serta follower pun tidak  berapa mengalakkan. Paling sedih pada tahun 2017 ,lebih kurang 1000+ gambar dalam blog ini terdelete.  Semua sebab kecuaian maq sendiri. Banyak memori lesap macam tu aje. Terkilan jugak maq masa tu, tapi benda dah jadi.

Awalnya maq anggap blog ini sebagai diary seorang babysitter sahaja tapi bila dah asyik dengan kerjaya, mana sempatnya  nak update post. Balik balik mengadu pasal anak orang,balik balik mengadu pasal penat, letih, haishh..   bosan kot orang nak bacanya hehe.

Bawah ini graf untuk perjalanan maq yang bermula dari 2012 hingga Disember 2019 .

2017 tu kenapa graf naik mendadak?  2017 maq mula join group whatsapp sekolah  dan ada diantara ex schoolmate, classmate pun minat baca blog juga. Masatu maq pun masih ada lagi akaun facebook . Tapi sekarang takda dah,  setiap post cuma berkongsi dipage sahaja. 

Dulu pernah juga pasang iklan tapi dah delete sebab tak terfikir langsung yang blogging untuk menjana pendapatan. Yelah konon nak blog untuk suka suka.  And now bila ada niat nak tampal iklan semula, ianya dah susah dah.  Sekarang undang undang dah ketat.  Lagi lagi blog  maq tak ramai follower, memang diaorang takkan layan dah.

So dengan apa yang maq ada sekarang ni ( blog ini ) maq ubah tujuan suka suka berblog  tu kepada " menulis untuk diri sendiri, untuk anak anak dan untuk orang lain ". Sebab maq tahu, biarpun follower tak sampai pun 100 orang, maq tahu yang maq ada ' silent readers'. Biarlah tak ramai, tapi mereka itu memang  ada.



Terima kasih sebab sudi baca.

Maq akui, post maq tak sehebat pemilik blog lain.  Sebab maq memang takda asas menulis termasuk menulis diblog.Maq menaip  cuma ikut kata hati dan gerak bahasa jari. Berkongsi perihal keluarga yang kadang orang malas nak ambil 'port'. Berkongsi resepi yang tidak sehebat seorang chef. Berjalan jalan tempat menarik yang bukan pergi jauh mana pun.Tapi jujur dari hati , setiap perkongsian maq adalah ikhlas.

Maq kini berkongsi tanpa harapkan apa apa ganjaran. Cuma apa yang maq nak, pembaca akan dapat manfaat dalam perkongsian dari maq itu. Yes, Itu sahaja..tak mintak lebih.

8 tahun, dan hanya ini yang maq mampu. Sebagai pembaca anda bacalah ikut gaya pemikiran anda,maq tak halang, sebab manusia ini mana ada berfikiran kembar seiras. Hanya kelahiran je yang ada kembar seiras.

NOTA MAQ : Selamat membaca, maaf jika dalam setahun ini ada perkongsian maq yang menyentuh dijiwa anda dan dah buat anda baca dengan tidak selesa. Anggap je yang buruk itu datangnya dari maq dan yang baik itu datangnya dari ALLAH..selamat tinggal memori, 2019 , selamat datang harapan 2020.. ❤

2019 archive yang paling  tinggi kot rasanya! Bila dah termasuk entri yang maq tengah naip ni, ianya mencicah ke 360 post ! Hamboi.. Rajin bebeno menaip ye?  😅

Apapun terima kasih sekali lagi.  Maaf, jika maq ada buat salah.. ❤ .

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa