Pegang Hati Aku ya Allah



Assalamualaikum..

Terlalu sulit nak diperkatakan tentang mati tapi mati itu memang pasti.

Berkata Imam Syafie,



Sebelum tidur rasa takut. Bangunkah aku lagi pada esok pagi?


Terfikir juga, terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk keluarga dan dunia sampai kadang kala hingga  mengabaikan perintah Allah.

Melambatkan seruan Allah semata mata nak siapkan tanggungjawab kepada mereka terlebih dahulu tapi bila dah mati,  sebulan dua je keluarga bersedih untuk kita. Beberapa lama selepas itu mereka dah mula ingat ingat lupa akan rasa sedih itu.

Mereka  juga perlu teruskan keceriaan mereka selagi ada hayatnya. Sedang kita berada dalam keadaan menyesal didalam kubur. Menyesal sebab lalai semasa hidup. 

Astaghfirullahalazim..

Terasa hinanya diri.Banyak kekurangan diri kian tersingkap.


   "Allah ... 
pegang kuat hati aku supaya ianya tidak berbolak balik dalam melakukan semua perintah dari Mu.. "




Comments

Popular posts from this blog

7 Julai ❤

Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah

Orang Hidup VS Orang Mati

Menjelang PRN 11 Julai 2026

Bihun Goreng Putih

Hari ini PRN 2026 JOHOR

Kerabu Magie Thai

Ayat Pilihan 4 Jun 2026

Tasik Y ,Batu Pahat,Johor

Muslim Malaysia Beruntung