Cara Tidur - Maafkan kami Ya Rasulullah




Assalamualaikum,

Musim hujan ni sedapnya kan bila tidur malam.  Suasana sejuk , selesa berselimut ,tilam pulak empuk, bantal gebu. Dan tentunya mengharapkan dapat tidur dengan lena setelah seharian penat berkerja disiang hari.


Dan kadang,  dia punya terlalu lena tu,   alarm doklah menjerit berjam jam, kita langsung  tak mampu nak tersedar dari tidur.

Allahhu akhbar. Kebanyakkannya  itulah cara tidur kita. Tidur umat Muhamad yang nakkan tempat tidur selesa dan nakkan tidur yang lena.

Al kisah, Rasulullah SAW tidak tidur macam kita.  Baginda lebih selesa tidur  beralaskan hamparan keras seperti pelepah daun kurma. Kepala baginda pula beralaskan  tangan baginda sendiri. Mengiring ke kanan dan kaki dibengkokkan sedikit. Rupanya tujuan baginda tak mahu tidur selesa tu semata mata sebab nak mudahkan diri baginda bangun untuk solat sunat malam. Solat tahajjud,  solat witir, solat sunat tasbih...

Allahhu.. Maafkan kami ya Rasulullah..




Comments

Popular posts from this blog

Sawah Padi Sarang Buaya ,Muar

Pantai Di Melaka Masih Dalam Usaha Naik Taraf?

Hadiah Akhir Tahun 1447

Hari Raya Korban 2026

Brisk Walk Dan Kelebihannya

3 Gelombang Krisis Utama

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

Brisk walk Masuk List 2026

Faraid - Masih Ramai Kurang Faham

9 Zulhijjah 1447H