Assalamualaikum.
Tarikh 21/12 - itulah tarikh Ety bertunang. Satu kenyataan yang kami tak jangka sebab ety baru je sebulan berkerja. Tapi semua ini ketentuan Allah. Sebagai ibubapa, walau besar mana sekalipun harapan dan perancangan kami untuk anak anak, kami kena akur ketentuan Tuhan. Alhamdulillah..
Majlis berlangsung dalam serba serbi sederhana. Hanya adik beradik belah maq dan belah encik suami je yang diundang. Kalau ikutkan ety, dia cuma nak kami sekeluarga je menunggu tetamu sebab kata ety majlis tunang kalau boleh tak perlu ramai orang tahu. Kalau berkahwin tu barulah undang semua.
Ibu ayah maq |
Tapi bagi kami, maq masih punya ibubapa ( Datuk dan Nenek ety ), encik suami pun masih punya ibu ( atok ety sebelah ayah dia ) so kenapa nak membelakangkan mereka dalam hal begini. Nanti buat senyap senyap, tiba tiba mereka tahu, tak ke sedih hati mereka tu semua. Maq dan encik suami tak sampai hati nak mengenepikan orangtua kami walaupun cuma urusan bertunang sahaja.
Pelamin D. I. Y |
Akhirnya, terkumpullah ahli keluarga kami dalam kurang lebih 60-70 orang campur demgan kanak kanak sekali.
Acara dimulakan dengan kata ucapan dari pihak lelaki dan semua perbincangan didengar oleh wakil tuan rumah dan ahli keluarga. Kemudian wakil pihak lelaki menyarung cincin merisik dan kemudian disusuli cincin bertunang ke jari ety. Dan setelah selesai menyarung cincin, doa selamat pun dibacakan oleh wakil tuan rumah ( encik besan kami). Terima kasih encik besan. Jasa anda sangat berharga bagi kami sekeluarga.
Jamuan termampu dari kami untuk tetamu dipetang itu:
Menu utama - Nasi hujan panas, ayam masak merah, dalcha, jelatah epal/nenas,sambal tumis telur puyuh dan behoon goreng.
Kuih muih - kuih nona manis, kek marble, kuih lapis, kuih kochi, kuih lepat cendol, kuih keria gula merah, kuih apam polkadot,
( kebanyakkan kuihnya sumbangan keluarga)
Pencuci mulut - bubur pulut hitam ( air tangan mak andak) dan oren sunkist.
Sirap lemon ais.
Hantaran 5 dulang mengiringi cincin dari pihak lelaki dibalas dengan 7 dulang dari pihak perempuan.
Dari pihak ety |
So itu saja untuk kenangan 21/12 . Hanya yang diatas tu je antara gambar yang maq ada dalam galeri. Tak sempat pegang fon disepanjang majlis sebab masa tu maq rasa diri ni macam busy sesangat ,Allahhu...
Maq sayang semua anak anak maq.. |
Penyeri majlis, my Ainul Mardhiah |
Nota maq : untuk anak anak , Doakan emak dan ayah kalian sihat selalu. Supaya dapatlah kami uruskan majlis walimatul urus Ety pulak bila tiba masanya nanti, insyaallah..
Tahniah dah dapat calon menantu.
ReplyDeleteWP : Alhamdulillah.. T. Kasih..
ReplyDelete