Assalamualaikum..
Jari jari maq memang rajin menaip. Tapi memori dalam Minda ni kadang bila dah full dengan macam macam benda nak fikir, kadang jadi low jugak. Benda simple pun jadi celaru hehe.
Ada satu haritu, nak log in instagram melalui twitter. Password instagram masih ingat tapi user name maq lupa. So maq pun apa lagi, belasah je guna nombor fon. Sebab biasanya benda tu macam dah setting kot. Guna nombor fon je untuk masuk laman sosial sendiri.
Tapi ada jadik?
Maq dah tercipta satu lagi akaun instagram! Ahh sudahhh...
Tiba tiba sendiri bingung*
Masuk instagram lama.. Sekali tu, alamak user name nya lain, no fon sama?! What ? what ? what? What are you doing maqnieee.. Hehehe kelupaan!
Seminggu maq biarkan ig baru tu krik³sepi. Sebab instagram yang ada tu pun dah jarang maq update. Kecuali kongsi telatah cucu dan aktiviti maq sekeluarga jelah. Kalau takda kemana mana memang sunyiii sangaaaat..
Bila nak delete terasa pulak sayang. Tiba tiba datang idea, why not maq update apa yang maq masak dan maq makan bermula sekarang sampai lah maq mampu update. Dan dalam gambar makanan tu ada jugaklah maq selitkan tips yang kot orang lain boleh guna pakai dalam hal masak memasak.Atleast maq nak sangat instagram tu beri manfaat kepada semua orang.
Pertamakali, maq pun follow la pakar pakar memasak kat instagram tu. Maq followlah Dia! Dia! Dia! Heheheh..saya suka!
Dan bila dah sebulan maq ter 'create' ig masak dan makan tu, ramai pulak yang follow, termasuklah encik suami, alahiii sweet betul buahhati i sorang ni. Rajin pulak tu meng" like"nya.. ❤
Ada nickname beliau disitu hehehe |
Apapun nanti kalau maq ada terjumpa tips atau panduan memasak yang kadang ada antara kita yang belum tahu, nanti maq akan kongsi disitu.
Nota maq : alang alang dah berlaman sosial, postlah apa saje sampai habis data, 😂
Terima kasih kepada yang follow instagram maq_nie |
Comments
Post a Comment