Skip to main content

Solat Zohor dan Berpuasa pada hari Jumaat


Assalamualaikum..

Kisah anak dara
Gambar sekadar hiasan*



Malam tadi anak dara bongsu maq beritahu yang dia nak berpuasa pada esok hari (Hari Jumaat).

Maq : nak puasa untuk qada' atau  nak puasa sunat sesaja?

Anak mak : nak puasa ganti ( qada')

Maq : oh, kalau puasa ganti boleh je berpuasa tapi kalau puasa sunat kena ada syaratnya.

Anak maq :  puasa sunat hari Jumaat  ada bersyarat?

Maq : ye,  ada.. Bawah ini jawapannya. Baca dan fahamkan.


Ye, Hari Jumaat adalah hari Raya bagi semua umat Islam.


Itu kisah malam tadi ( malam Jumaat).

Ini pulak kisah hari ini.  Hari Jumaat.  Tadi , selepas azan Zohor,  anak maq tanya satu soalan.

Anak maq : maq dah azan kan?  Dah boleh solat zohor ke?  Tapi orang solat Jumaat belum balik lagi dari masjid.  Boleh ke solat zohor dulu?

Maq taknak buat apa apa penjelasan sebab maq bukan ustazah . Maq pun bukan mahir dalam hukum hakam agama,  tapi untuk soalan anak maq tu,  maq terus  cari jawapan di  YouTube UAI dan maq bagi dia dengar dengan sendiri.  Biar bagi jelas!

Dari apa yang maq dengar dari penjelasan Ustaz Azhar Idrus ,ternyata bahawa :

Orang perempuan boleh je solat Zohor seperti biasa ( selepas azan Zohor)  manakala yang kena tunggu orang lelaki selesai solat Jumaat dimasjid  itu ialah kaum lelaki yang tak dapat nak ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah. 

Okey,  settle..

Dan soalan seterusnya pun ditutup kerana anak maq pun sudah berlalu  pergi untuk  ambil whuduk.

Nota maq : kita ini kebiasaannya dibesarkan  dari pesanan dari orang orang tua dan cakap cakap orang keliling.  Zaman sekarang kemudahan Allah dah bagi,  apa juga permasalahan, cari jawapan  dari yang pakar dalam menjawab soalan soalan, terutama dalam menjawab isu berkenaan keagamaan. Ingat ye, cari yang PAKAR DALAM HAL AGAMA.

 Semoga beri manfaat.. ❤

Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Muslim Malaysia Beruntung

Pesanan untuk anak perempuan

Resepi Samperit Klasik