Assalamualaikum.
Malam ni, lepas maghrib encik suami nak beli jiwa maq. Ayat orang sekarang ,beli jiwa sama dengan ambil hati / pujuk. Aduh kamus mana kah ini? Orang sekarang suka berfikiran diluar kotak. Not bad..
Pertamanya hari Rabu kan, jadinya dia bawa maq dan anak bungsu ke Aeon Big. Kononnya nak belikan si bungsu seluar jeans mur mur je sebagai basahan. Mur mur tu apa? Orang bisnes online kata mur mur tu sama dengan Murah murah. Ayat baru lagi hehe ikut suka awak lah..
Setiba di perkarangan pintu gerbang Aeon big Batu Pahat, pengunjung memang ramai. Mana maq tahu? Lihat pada kawasan parking yang sesak je maq dah tahu. Dan ternyata orang memang ramai dalam tu. Kaunter bayar pun sesak. Hari Rabu memang gitulah hakikatnya disini.
Jom cari seluar jeans!
Si Ayah dah pegangkan sehelai seluar jeans mur mur untuk anak bungsunya. Dan waktu ini si anak sedang lagi mencuba sehelai yang lain. |
Mur mur? Berapa harga yang dipamerkan?
"Sehelai rm 10 selepas diskaun"- kata jurujual yang berada dikawasan pakaian wanita tu.
Okey fine, tanpa scan harga , kami pun berlalu bersama 2 helai seluar jeans mur mur!
Nak beli apa lagi? Tanya encik suami.
Jom pergi makan satey.. Maq jawab
Beli ini je? Tanya encik suami.
Yep, cukuplah tu, lain lain dah ada semua dah kat rumah, balas maq bersahaja.
Kami beratur dikaunter bayar.
Sekali tu bila dah selesai scan harga oleh pekerja dikaunter bayaran ,rupanya sehelai jeans sahaja yang berharga rm 10, manakala yang sehelai lagi berharga rm 25.90 tanpa apa apa potongan harga! Ah terkena sudah..
Encik suami : hmmm terkena lagi..
Maq : kenapa bang?
Encik suami : abang dah agak dah. Mereka akan kumpulkan dalam tempat sale yang sama. Lepastu cakap konon semua harga sama, padahal ada dicampur dengan seluar yang takda diskaun.
Maq : kenapa tak 'cancel' beli?
Encik suami : malaslah, dah bayar baru abang perasan. Lagi pun orang ramai dah tunggu kat belakang tu.
Maq : mungkin dah rezeki Aida kot nak pakai seluar tu..
Seperti biasa, Sis senantiasa bersangka baik.😁
Nota maq : Maq cuma nak pesan. Kalau beli barang sale atau yang ada diskaun ke apa di Aeon Big, ambil barang, scan harga dulu dimesin scan. Jangan percaya 100% dengan harga potongan yang diletakkan dibarangan tersebut. Kadang kala ianya tidak betul. Lain dipapan harga, lain dikaunter pembayaran,maq dah terkena beberapakali sebab tu maq ingatkan anda pulak.
Alhamdulillah cuma kena bayar lebih sikit je, kalau kena tambah rm 70-80 tadi? Jawabnya sis suruh encik suami pulangkan semula je seluar seluar tu.
Sebenarnya maq bukan kedekut atau nak berkira beli seluar untuk anak, tetapi Aida ada plan nak kerja partime dikawasan perumahan kami pada awal tahun nanti, so kononnya kami pun nak carikanlah dia "seluar mur mur" untuk dibuat basahan kerja. Tu yang cari sale. Mujurlah tak beli 4 helai. Kalau tak mahu besar biji mata encik suami ketika bayar tadi. Hehehe..
Aida nak sangat cari pengalaman berkerja. Kami tak halang asalkan dia boleh buat kerja dengan baik, sudahlah. |
Sebelum balik, pergilah makan satey yang dijanjikan. Seluar untuk anak, satey untuk si emak yang dah beberapa hari hilang selera. Alhamdulillah...
Sedang kami makan, datang pulak seorang kanak kanak perempuan dalam usia 8-9 tahun jual kuih kegemaran maq. 12 biji berharga rm 6. Wah pembangkit selera. Okey,maq pun beli lah sebekas. Kesian kat anak tu pun ada jugak sebetulnya,kiranya ( 2 dalam 1) lah ni. Beli dan bantu.
Makcik beli ye nak. Kesian tengok awak bawa bekas tu banyak banyak kesana kemari dalam kawasan kedai tu tadi. Semoga Allah permudahkan urusan awak sekeluarga dalam mencari rezeki. |
Betul lah tu. Kadang memang kena scan dulu jugak. Memang ade udang di sebalik mee.. Alhamdulillah.. Moga rezeku budak jual kuih tu berganda-ganda
ReplyDeleteMemang betul pun..selalu sangat terkena...
ReplyDeleteIlya : lepasni sama sama lah kita lebih berhati hati.Aamiin yaa Robbal a'lamiin..
ReplyDeleteSA : maq beberapakali dah kena, termasuklah kes malam tadi.
ReplyDelete