Skip to main content

Pertama Kali Kecewa Teruk


Assalamualaikum.

Sepanjang menjadi seorang isteri dan seorang ibu ,maq tak pernah kecewa seteruk ini. Anak anak belajar tak berjaya macam yang maq nak, maq tak kecewa pun.

Anak anak berkerja tak sehebat anak orang lain, maq tak rasa kecewa pun, malah maq rasa syukur sebab mereka mahu berusaha dan maq tahu setiap manusia itu rezekinya adalah berbeza beza.

Tapi bila ada hamba Allah yang dah berjaya melukakan hati encik suami,  maq rasa betul betul kecewa.

Sejak hari sabtu lalu, makan maq dah tak lalu. Mood buat kerja langsung takda. Malah maq lebih mudah terlelap walaupun baru sejam dua bangun dari tidur.  Cakap sikit je airmata dah mengalir. Sensetif sangat sangat.  Masak pun dah tak tahu masak apa yang sedap. Nak kedapur pun malas. Bila bersembang, fokus entah kemana. Badan asyik rasa sakit sakit.  Rutin maq dah tak buat dah. Keluar rumah pun malas.  Nonton tv pun malas.  Tidur, tidur dan tidur.. Dan malam tadi, ketika solat maghrib maq dah mula rasa loya loya, akhirnya muntah beberapa kali sehingga badan ni lesu semacam. Muntah pun keluar air perut yang rasa pahit pahit tu.


Maq sedar semua ini adalah tanda tanda tekanan.  Rasa kecewa yang teruk namaty . Inilah kecewa maq paling teruk.  Anak anak ,encik suami dah pesan jangan fikirkan sangat hal tu.  Tapi maq masih tak boleh nak move on.Bila teringat, maq pasti akan menangis.



Sungguh, memang  tak kuat.. 😭


Nota maq : bila maq kenangkan betapa bersungguhnya encik suami nak membuat persiapan dalam masa sebulan demi oranglain. Dengan aktiviti kerjanya, aktiviti harian untuk keluarganya, untuk  ibunya. Dengan keadaan fizikal usianya sampaikan satu tahap tu disebabkan terlalu penat,beliau mengalami cramp diotot perutnya sehinggakan sukar untuk bernafas. Semua tu semata mata nak senangkan hati ramai orang. Tapi akhirnya beliau dimalukan, sumpah maq kata, maq  kecewa... Kecewa sangat sangat.😭

Comments

POPULAR POST

Kad kena telan mesin Atm

Rambut Gugur Ketika Ihram?

Iltiqa' Sakinain

Cara Tukar Nama Pada Geran Tanah Yang Pemiliknya Dah Meninggal

Susu Cair Ganti Santan

Pantai Perpat, Rengit, pantai semulajadi yang tenang

Tanjung Hill, Batu Pahat ,Johor

Keturunan Rasullullah ada di Batu Pahat

Umrah nak beli cenderahati ? Tapi apa?

Doa Amalan Neelofa