Skip to main content

Orang Baik Kerap Diuji




Assalamualaikum..

Luahan peribadi diblog peribadi.


Gambar sekadar hiasan*

Bila mana ada golongan yang dihormati kerana ilmu keagamaannya menjadi penyebab amarah masyarakat, maq rasa sedih. Sedikit rasa terkilan.


Sedih sebab penghormatan itu tidak setaraf seperti mana yang diharapkan oleh masyarakat.


Sedih sebab wanita dan orang orang tua yang lemah,  yang percayakan mereka 100%  telah menjadi mangsa kerakusan duniawi.


Sayang sekalikan bila pandangan baik sangka dan penghormatan  pada diri yang diberi ikhlas oleh masyarakat itu dimusnahkan oleh tuan punya badan itu sendiri.


Banyak berlaku kes berkaitan  "orang orang kuat agama " yang mana katanya telah mencemari imej muslim dinegara kita. Lagi sedih mereka mempergunakan agama untuk cover kesilapan mereka. Akhirnya semuanya jadi berpanjangan.  Benda  yang awalnya santai santai sudah jadi huru hara. Kacau bila, serabut!


Entahlah ,nak dididik pun mereka tu dah tua bangka. Mereka bukan budak yang baru sembuh dari luka berkhatan. Kalau budak lepas berkhatan tu memang banyak benda mereka nak kena tahu pasal hukum halal haram ,pasal takdir, pasal nafsu..


Jujur cakap, sebenarnya iman kita sering diuji. Semakin kita berniat nak berbuat baik,  semakin itu juga kita akan  diuji.  Dan kali ini mereka diuji dengan CINTA DUNIA.



Nota maq : kalaulah mereka boleh tersedar lebih awal. Dan kalaulah warganet tidak ' kepochi' .. Isu ini takkan pergi sejauh ini. Wallahua'lam..


Popular posts from this blog

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Dos Bertambah Sebab Degil

Kita Hanya Seorang Hamba

Daging Korban Nak Masak Apa?

Kita Tak Rasa Luka Dia

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

Muslim Malaysia Beruntung

Pesanan untuk anak perempuan

Resepi Samperit Klasik