Assalamualaikum
Hidangan lauk tengahari tadi ⬆⬆. Ayam goreng yang diperap dengan rempah ratus. Ayam goreng berempah. Macamana nak buat? Bawah ni langkahnya.
Bahan bahan perapan :
Bawang besar sebiji (saiz besar)
Bawang putih 3 ulas
Kunyit hidup 2inci
Halia 2 inci
Ketumbar 2 sudu makan
Jintan kasar 1 sudu makan
Garam
Pati ayam seketul
Serai 3/4 batang
( tapi dlm gambar takda serai sebab maq dah kehabisan stok serai )
Kisar semua bahan dan perap ayam dalam 1-2jam. Bila dah perap , goreng guna minyak penuh.
Tips : jangan goreng ayam terlalu garing, nanti bila dah sejuk,ia jadi keras.
Ayam yang diperap |
Bila dah nak habis menggoreng, nampak tak bahan perapan yang masih banyak terkumpul lagi tu ⬆⬆? Jangan dibuang baki perapan sebab kandungan perapan itu boleh dibuat masakan untuk resepi "ayam masak sambal" versi maq! Macam bawah ni ⬇⬇ okey simpan dalam peti sejuk.
Cara masak Ayam bersambal pulak.
Goreng isi ayam separuh masak.
Bawang besar dimayang kasar kasar.
Bawang putih 2ulas racik halus.
Bahan perapan ayam yang disimpan tadi.
Lada kisar 1 senduk, kalau suka pedas, tambah lagi.
Gula, garam .
Cara nya, panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukan lada kisar dan bahan perapan ayam atas tu tadi. Tumis sampai kering dan masukan ayam yg telah digoreng separuh masak tadi. Adjust gula, garam. Maq suka sambal ayam ni rasa manis sebab encik suami yang suka.
Pening baca? Baca semula lah hehe.
Masak sampai sambal dah matang dan melting . Dan maq nak kata, anda dah tak perlu lauk lain lagi.. Sungguh!!
Nota maq? Takda nota harini ya.
Sambil baca doa makan***
Comments
Post a Comment