Skip to main content

Umrah nak beli cenderahati apa?



Assalamualaikum.

Ini hanya perkongsian pengalaman maq. Biarpun kejadian dah hampir setahun berlaku.  Maq hanya berkongsi untuk kebaikan.  Semoga beri manfaat buat readers.  Maq tahu readers maq ramai yang positive. Harap harap post kali ini boleh membantu. Masa pergi umrah, Apakah cenderahati dari maq untuk mereka yang di Malaysia?


Sebetulnya untuk memikirkan benda yang maq kena beli sebagai cenderahati, memang bingung. Sebabnya ramai sangat!! Alhamdulillah  keluarga kami besar!


Ketika berada di Madinah ,maq cuma mampu beli 3 pasang jubah hitam untuk 3 puteri maq. Sepasang 60.00rials dan maq rasa tu yang paling murah kot sebab di Madinah, jahitan dan kain dia berkualiti.  Kupiah benang kait  untuk encik suami dan anak menantu kesayangan yang berharga 15 rials sekeping.


Ternyata ketika maq pergi Madinah,  semua orang kata harga barang barang adalah tinggi! So maq kata mungkin cukuplah beli itu dulu untuk cenderahati.


Namun bila lihat duit yang berbaki didalam purse,  hati berdetik lagi, untuk mereka yang lain lain tu  nak belikan apa?  Seperti biasa bila bingung, doa adalah ubat paling biasa maq lakukan. Insyaallah.


" Allah,  Kau berikan aku idea, apakah barangan terbaik untuk aku hadiahkan sebagai cenderahati buat ahli keluarga ku di Malaysia " - doa ini diluahkan ketika setiap kali solat dimasjid Nabawi.


Tiba pada hari terakhir kami di Kota Madinah, Maq masih terpinga pinga, apa nak beli ni ek?


Memang orangkata mengerjakan umrahkan untuk lakukan amal ibadah, kenapa nak bingung fikir pasal cenderahati?  Ibadah itu ibadah juga,  ada waktu kita kena amalkan sifat bersedekah dimana mana, so tak salah belikan sedikit sebagai kenangan untuk yang ditinggalkan ditanahair. Lagipun entah bila kita akan kembali kesini lagi.  Mungkin juga ini kali pertama dan terakhir kita lakukan umrah kan?Waallahua'lam.. 



Hari terakhir kami diMadinah, jatuh pada hari Jumaat. Ketika hampir masuk waktu solat Jumaat ( lebih kurang 1jam lebih nak masuk waktu) Allah bagi hint. Tiba tiba je Ibu suruh kami belikan kerusi lipat untuk kemudahan ibu bersolat di Mekah  nanti sebab wheel chair yang ejen bekalkan tempohari  dah lesap dilobby hotel. So maq dan adik perempuan pun pergi ke kedai  dihadapan hotel kami duduk.


Tiba tiba...! 


Subhanallah.. Mata maq terpandang pada naskah Al Quran!



Maq : berapa harga ini tuan?


Tuan sheikh : 25 rials  hajah! Hajjah beli, buat wakaf!  Letak dimasjid, bagus! sedekah Allah sayang! hari Jumaat ini letak masjid, bagus!


Allahhuakhbarrrr.. Ya!  Ini adalah petunjuk!  Allah dah bagi maq petunjuk!


Beli naskah Al Quran sebagai cenderahati untuk ahli keluarga di Malaysia kemudian wakafkan di Masjid Nabawi atas nama mereka! Masyaallah..   

Maq tanya pendapat adik dan beliau pun setuju dengan idea tu.  Alhamdulillah .Terima kasih Allah.  Maq beli 3 naskah. Untuk siapa wakaf tu biar Allah je yang tahu.

Gambar sekadar hiasan.  Sebetulnya tak sempat nak ambil gambar masa tu sebab dah rushing nak solat Jumaat sebelum ke Mekah. 

Alhamdulillah.. Cukup itu dulu untuk kenangan di Madinah. Cenderahati yang tidak dibawa pulang bersama, tetapi insyaallah,  jariah atas nama  yang  diwakafkan itu mudah mudahan Allah panjangkan..

Dan ketika melangkah kaki ke masjid Nabawi tu, hati terus sayu memandang pada naskah naskah yang didalam pelokkan.  Bisik  hati ,

 " semoga kalian berjasa kepada tuan tuan kalian yang aku niatkan".

Baru je maq nak duduk atas sejadah masjid , ada jemaah dari luar negara cuit bahu maq,  dia nak baca quran quran yang maq bawa tu.  Ketiga tiga naskah itu sudah dibaca! Subhanallah!! !  😭

Allah, Allah, Allah..

Alhamdulillah.. Seriously ,airmata terus gugur disitu juga. Belum beberapa minit, Allah dah muliakan naskah wakaf tu. Thanks Allah.. Terima kasih yang tak terhingga.

Idea yang betul betul kosong pada awalnya telah diberi petunjuk oleh Allah dengan sebaik baik petunjuk. Allahhuakhbar..

Ketika dalam perjalanan dari Madinah menuju ke Kota Mekah, hati maq dah mula rasa tenang. Cuma berbisik pula ke langit

" moga aku dapat kesini lagi walaupun tak tahu entah bila.."

Naskah Quran di bumbung Masjidil Haram

Dan di Kota Mekah maq buat hal yang serupa.  Ada lagi senarai nama nama yang belum terbeli cenderahati untuknya.Apa lagi, maq pun pilihlah naskah Al Quran. Wakaf atas nama mereka dan semua yang ada kaitan dengan mereka. Moga jadi jariah yang berpanjangan ya Allah.


Kalau anda nak tahu, ketika di Mekah, ( ini waktu maq pergilah kan)  barangan disini harganya jauh lebih murah berbanding di Kota Madinah. Cuma naskah Quran lebih mahal,  35 rials senaskah. Kalau jubah jubah bawah 25rials pun ada, kualiti jelah bezakan harganya. Tapi serius cantik cantik jubah disini.


Kenapa maq tak belikan je mereka jubah jubah diMekah sebagai cenderahati?


- maq takut saiznya nanti  tak sesuai dengan mereka. Beli tapi tak muat,  penerima pasti rasa sedih bukan?


- nak bawa balik takut bagasi terlebih kilogram. Nanti kena bayar pulak. Maq bajet bajet baki rials* maklom bawak tak banyak mana pun heeee


- takut nanti bila dah bawak balik Malaysia,  ramai tak pakai sebab majlis kenduri je selalunya orang akan  pakai jubah jubah arab ni. Lepas kenduri simpan dalam almari.  Macam membazir tak? Benda yang dibeli tapi tidak diguna diakhirat nanti bakal ditanya.. Allahhu


- maq dah kira kira, jumlah semua orang kurang lebih 25orang. Korang darabkanlah 25orang x 25rials ! Allahhu , maq tak mampuuuu.


Akhirnya untuk mereka, maq cuma bawa balik,  kurma ajwa,  kacang kacang Mekah,  kismis Madinah,  kurma kotak , inai mekah,  lilin beraroma,  minyak wangi,   - itu je yang maq mampu Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah yang mampu dikongsikan bersama.


Nota Maq : Harap sangat,  serba sedikit pengalaman maq ini boleh beri anda idea bila kesana nanti. Lagi satu pesan maq,  andai rasa  buntu tentang apa sekalipun, jangan pernah lupa, mengadulah kepada Allah, kerana Dia lebih tahu apa yang kita perlu.

Semoga beri manfaat. ❤


Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...