Skip to main content

Keberkesanan Vaksin C19 Sehingga 2026

 

Hidup akan aman jika bebas dari penipuan.


Bismillah,

Vaksin C19 telah jadi sebut sebutan sejak munculnya pendemik Covid19.


Covid 19 - Yang mana permulaannya hanya seperti jangkitan demam dan selsema biasa kemudian merebak jadi wabak dan seterusnya menjadi malapetaka kepada manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia.


Selepas pendemik berada dalam keadaan bertenang dan sedikit terkawal.Kerajaan telah mengarahkan rakyat supaya ambil vaksin.Ini bertujuan supaya Covid 19 tidak menyerang lagi. Begitulah kata katanya.


Maq ,encik suami dan 3 orang anak perempuan kami turut akur pada arahan kerajaan.Kami niatkan ambil vaksin demi kesejahteraan orang disekeliling kami dan kerana Allah taala.


Banyak pantang larang sewaktu pendemik yang buat orang ramai jadi rimas termasuklah maq.


Jangan kesana kesini.

Tak boleh begitu begini.

Wajib begitu wajib begini.

Ahh rimassss sangattt ...


Sehinggalah selepas cukup 3 dos divaksinasikan. Kesihatan kami sekeluarga 180° sudah bertukar.Drop habis!Makin hari kesihatan semakin merundum teruk!


Kami mudah kena sakit sakit badan,kerap rasa letih.Cepat penat.Senang mengantuk.Kadang tetiba sesak di bahagian dada kiri,kadang kanan.Telinga berdesing tak berhenti.Tangan kaki mudah kebas kebas.


Tekanan darah pulak semakin menaik,padahal hari hari makan ubat darah tinggi.Air masak sampai terlebih lebih diminum.Bacaan tekanan masih jugak tinggi.


Batuk berbulan bulan tak sembuh.Bukan sebab tb bukan sebab asma.Anak bongsu kami ,sampai sekarang tokleh buat kerja berat sikit,nanti batuknya bertalu talu menyerang secara tiba tiba.


Maq pulak selalu pendek nafas bila mengaji quran. Bacaan panjang lebih 2 harakat je terus tokleh tarik.Nafas jadi semput!Tercungap cungap..


Solusi?


Bila benda dah belaku,kita nak undur semula memang tak boleh.3 dos vaksin P-fizer dah merayau ke seluruh pelusuk badan.Konon ambil vaksin untuk jaga kesejahteraan orang keliling,rupanya diri sendiri yang tak terjaga.


Pertama tamanya,Kami usaha minum air kelapa. Maqnie & suami je minum,Aida tak nak minum sebab dia tak suka air kelapa.Bukannya minum hari hari tapi sebulan sekali.Sebab kami pun tak tahu kondisi sebenar dalaman kami selepas divaksin tu.Rosak kah? sihat kah? nipis kah? lemah kah? semua kami tak tahu ,so minum air kelapa sebulan sekali bagi kami memadailah sebagai detoks badan yang lesu.


Kemudian maq buat bekam.


Sambil tu kami amalkan makan supliment tambahan dari produk amway.Dulu pun kami makan tapi selepas divaksin kami up lagi pengambilannya.Bio C,Calsium Magnesium, Minyak ikan salmon.


Bila dah hampir 5 tahun tragedi vaksinasi berlalu,badan masih lagi cepat rasa lenguh lenguh.Jadinya kami pilih brisk walk untuk usaha yang seterusnya.


Semua dengan izin Allah.


Apa kelebihan bila rasa kena scam dengan vaksin?


Bila sakit,maq akan ingat mati.So selepas badan kerap sakit sakit,sekerap itu jugaklah maq akan ingat ,oh aku dah dekat nak mati.


Kami lebih pilih kepada makan 'real food'.Lebihkan makan ulam dan buah buah segar.Ambil ikan melebihi ayam.Kalau dulu,hari hari ayam.Sekarang ikan,ikan,ikan.


Maq dah tak percaya langsung pada manusia manusia yang cuma pandai buat ugutan begitu begini sedangkan dia pun tak ambil vaksin.


Maq dah maafkan semua orang yang dulu menekan nekan rakyat suruh ambil vaksin tu ,selebihnya biarlah Itu urusan antara mereka dengan Allah.


Sekarang dah 2026,so korang rasa berkesan ke vaksin tu?Sejujurnya dalam tempoh mula divaksinasi dengan Vac C19 tu,Maq dah 3 kali dijangkiti Covid 19.Siapa kata vaksin boleh cover tubuh badan kita dari dijangkiti? Semua dengan izin Allah,bukan vaksin.


Alhamdulillah,Allah masih beri peluang lagi untuk Maq teruskan kehidupan hingga ke saat ini❤


Sejujurnya,andai ada lagi vaksinasi lepas ni,Maq akan tolak! Tubuh badan i dah terlalu teruk untuk diterukkan lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Sharing Is Caring

  Bismillah, Lama dah maq simpan video ni.Korang boleh lah tonton dengan jiwa yang tenang.Video ni maq dapat dari group prepper Malaysia.Masa tu tahun 2023 kot.Maaf kalau silap. Untuk apa video ni? Maq sharing sebab Maq caring.Tu jer!Harap beri manfaat kat korang. Apa khabar dunia hari ini?  TERKINI Harini 25/9/2026.Mufti Besar Arab Saudi gesa tentera bersedia syahid menentang Houthi. Pihak berkuasa agama tertinggi Arab Saudi menggesa tentera negara itu bersedia syahid dalam usaha memerangi kumpulan Houthi yang disokong Iran sehingga kumpulan berkenaan disingkirkan daripada kuasa, menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi. Menerusi mesej yang jarang dikeluarkan dan menggunakan bahasa tegas oleh Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Saleh Fawzan Al-Fawzan itu ditujukan kepada tentera yang ditempatkan di sempadan negara. Sumber : Berita Harian Maq? No comment! Cuma nak pesan. Guys ,teruskan berselawat ❤

Idea Kosong Dibulan September

  Hai ,cari post baru ke tu?  hmm memang takda post apa apa pun sis. Maq penat nak menaip. Taip taip,delete.Taip lagi,delete lagi. Macamtu jelah sampai Abang Jamil balik haji. Hahaha tapi betul sis,kalini maq serius penat! Perah otak banyak kali pun,idea masih tak nampak bayang! Yeeeee betuuuuul, Idea betul betul kosong giler bulan ini. Nak sembang pasal haji 1448H pun maq tak mampu sebab ada banyak hal yang dibangkitkan dan jadi isu hangat di Tabung Haji. Jemaah haji 1448H pun dah makin serabut nak buat persiapan.Biarkanlah mereka dengan hal mereka. Nanti kalau dah clear ,barulah kita boleh melepak sambil sembang isu hangat tu bersama sama. September 2026? Cuma mampu senyum.

Adam Aisy Anti Sosial?

Bismillah, Betul ke cucu ke tiga maq ini anti sosial?  Yelah kan, kalau kita tengok gambar gambar dalam blog ini, Adam Aisy lebih suka layan smartphone sahaja. Sebenarnya takda pun. Adam Aisy boleh je bermain dengan kawan kawan yang sebaya dengannya.Dengan golongan dewasa pun dia boleh terima jadi geng.  Cuma Adam Aisy ni sejenis tak suka disentuh.Apatah lagi dicium atau dipeluk. Dia geli! Dia rasa rimas !  Dia lebih suka bebas kesana sini tanpa sentuhan orang lain tapi dalam masa yang sama,dia seorang yang manja dengan orang yang dia rasa selamat untuk didekati.Macam jinak jinak merpati gitu. Disebabkan dia seorang yang hiper aktif ,smartphone lah jadi penenangnya. Biasanya tak lama pun dia pegang fon ,bila dah letih dia dah taknak dah main fon tu.Kita boleh minta dan simpan fon tu dan Adam Aisy layan mainan pulak. Adam Aisy? Kemas rumah pun rajin! Perabut jati kat rumah maq pun dia suka alih alihkan.Aktiviti deko bersama Adam Aisy ! Padahal kerusi madura tu elok da...

BMI Jadi Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026

  Bismillah, Maq dapat info ,BMI sudah menjadi salah satu syarat baharu pada saringan kesihatan jemaah haji untuk tahun 2026. Katanya mulai tahun 2026,BMI 37.5 atau lebih akan dikira gagal dalam saringan kesihatan. Jagalah kesihatan dan berat badan mulai sekarang. Jom kira BMI anda di  BMI Calculator

Hilangkan Rasa Lenguh

Bismillah, Ustaz Nik Bakri telah berkongsi kepada acik acik yang kerap diuji lenguh lenguh bahagian badan. Dibawah ini adalah antara yang ustaz ijazahkan kepada penonton dan jemaah yang bertanya. Mula mula , **baca surah  Al Fatihah 1x **baca selawat 3x **Baca ayat ni, **Kemudian ,tepuk tepuk ditempat yang lenguh itu. Inshaallah boleh diamalkan sebagai rawatan harian untuk diri sendiri. Dah tua tua ni memang mudah kena sakit sakit badan ,pening kepala dan macam macam lagi penyakit.Minta kat Allah kesembuhan.Makan ubat itu hanya ikhtiar.  Moga beri manfaat.

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌

Vaksin Meningococcal Digantung

  The Meningitis Requirement Is No Longer Required & Has Been Suspended For Umrah Jumaat 8 Syaaban 1446H. Bismillah, Harini maq terjumpa kenyataan diatas tu dari Page rasmi facebook haramain . Vaksin Meningococcal digantungkan untuk umrah. Maksudnya tak diwajibkan ambil buat masa terdekat ini. Sahih ke ni? Mana link ? hahaha ayat ni wajib maq jumpa bila layan facebook.Hebat facebooker zaman now.Maju sangat, semua nak backup dengan link.Silap silap scammer pulak yang bagi link nanti ,lagi haru. Nauzubillahimiznaliq.. Dan korang atau ahli keluarga korang atau jiran tetangga korang yang merancang nak ke Arab Saudi tu bolehlah confirmkan dengan agensi yang telah di daftar, betul ke tak berita ni?Dah lah caj ambil vaksin tu mahal.Untuk kebaikan confirmkan dulu.Setahu maq ambil vaksin Covid19 je yang free.Itu pun masa tahun 2021 ,sekarang tak pasti lagi kondisinya bagaimana.😆 Rasanya ramai dah bakal jemaah haji musim 1446 mula ambil vaksin meningococcal sebabnya sebelum ni kalau nak...

Cara Mudah Dan Ringkas Buat Solat Hajat

  Bismillah, Kalini kita belajar bagaimana cara bacaan dan doa bagi solat hajat yang mudah dan ringkas. Sebenarnya ada banyak cara mudah yang boleh dipraktik kan tapi maq kongsi cara yang bawah ni sebab ianya mudah untuk difahami. Semoga perkongsian ini beri manfaat. Niat dan Bacaan  Amalan selepas solat Doa selepas solat Sumber :Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kenapa nak buat solat hajat ? Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibni Abi Afwa Al islami r.a, beliau berkata,  Pada suatu hari,Rasulullah keluar dan menuju kepada kami,lalu bersabda ; Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍ...

1Jun 2021-Niat yang baik baik

  Assalamualaikum, 1Jun - total lockdown 3.0. Biarpun terpaksa , kita kena redha. Arahan duduk dirumah bukan saja saja diberi oleh pihak kerajaan. Mereka yang tak reti duduk rumah pun turut sama kena akur. Malam tadi pun banyak maq jumpa ayat ni kat group whatsapp.Ayat yang di luahkan oleh netizen berkaitan Lockdown.Biasalah rakyat Malaysia kan kreatif.. sebenarnya niat kita kena betul supaya nanti , bila duduk rumah bukan je kita boleh rasa tenang tapi pahala pun dapat. Macamana niatnya? ye, niatkan semuanya kerana Allah ta'ala ..Inshaallah semua akan Allah permudahkan. So..lepasni jangan resah gelisah bila terpaksa duduk dirumah selama 14 hari . Walaupun MKN benarkan 2 orang boleh keluar dalam sebuah kereta ,jangan pulak kita ambil peluang tu konon nak hilangkan stress dengan jalan jalan makan angin dalam jarak 10km. Keluar untuk beli makanan dan perubatan jek ye.. Virus tu tak bergerak,yang bergerak tu kita.Kerajaan tak gagal,yang gagal tu cara kita kawal nafsu kita. Makanya fik...