Hukuman merokok Bermula 1 Jan 2020


Assalamualaikum.

Ini adalah kenyataan dari Kementerian Kesihatan menjelang tahun 2020. Semoga perokok perokok di Malaysia boleh ambil perhatian dengan aktiviti merokok mereka.



Bermula 1 Jan 2020, larangan merokok di premis makanan terbuka akan berkuatkuasa sepenuhnya.

Perokok dinasihatkan mematuhi peraturan larangan ini.

A. Bagi perokok yang melanggar peraturan:

1. Kesalahan pertama: Kompaun sebanyak RM250. Pengurangan ditawarkan kepada RM150 jika kompaun dibayar dlm tempoh 1 bulan. 

2. Kesalahan kedua: Kompaun sebanyak RM250 (tiada pengurangan kompaun ditawarkan).

3. Kesalahan ketiga: Kompaun sebanyak RM350. 

B. Bagi kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis (tiada pengurangan kompaun):

1. Kesalahan pertama: Kompaun RM250 

2.  Kesalahan kedua: Kompaun RM250 

3. Kesalahan ketiga: Kompaun RM350

Marilah kita bekerjasama bagi menjayakan peraturan ini untuk menjadikan Malaysia lebih sihat.

Jangan merokok di kawasan larangan atau lebih baik BERHENTI MEROKOK.

*Sumber twitter Kementerian Kesihatan Putrajaya. 

Comments

  1. Baru seronok makan di gerai makan sebab takde asap rokok

    ReplyDelete
  2. WP : harap harap begitulah hendaknya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kita Perlu Bersiap Sedia

Hadiah Selepas Shawal

Hilang Pekerjaan Di Malaysia

12 April 2026 - Shawal VS Perang

Hilangkan Rasa Lenguh

Umrah Bersama Tiram Travel

Memori Sepanjang Shawal 2026

Usaha ,Doa & Tawakkal

Perempuan Tetap Nak Jadi Yang Terpaling

Ayat Pilihan 15/04/2026