Assalamualaikum..
Redha ibubapa adalah redha Allah. Amalan berganda ganda tapi andai kata kita tidak hormat kedua orangtua kita, Allah takkan terima.
Itulah antara kata kata yang sering diperkatakan tentang betapa hebatnya kuasa kedua orangtua kita.
Siapa pun ibubapa kita, taraf kita lebih rendah dari mereka. Anak tetap anak. Mereka tetap ibubapa kita sampai bila bila.
Maq pernah dengar satu pesan ustazah, andai kita tidak kaya raya dan tak dapat beri kemewahan didunia kepada kedua orangtua kita, kita masih ada peluang dikehidupan lagi satu, iaitu amalan kita.
Diakhirat, dengan memperbanyakkan amalan bacaan al Quran oleh seorang anak sewaktu didunia, ianya mampu memakaikan mahkota indah kepada kedua ibubapanya disyurga.
Subahanallah..hebat sungguh.
Oleh itu, kumpulkan pahala dengan bacaan bacaan al Quran dan niatkan pahala bacaan itu untuk disedekahkan kepada kedua orang tua kita yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Moga moga semua usaha kita itu mampu memberi kebahagiaan kepada mereka diakhirat nanti. Insyaallah..
Ya Allah Ya Tuhanku. Ampuni kedua orangtuaku. Jauhkan kedua mereka dari azab api neraka. Sayangi mereka sepertimana mereka menyayangi aku dari aku lahir hingga kehari ini. Aamiin ya Robbal alamiin.. ❤ |
Comments
Post a Comment