Skip to main content

Sembang Pasal Anak Anak



Assalamualaikum.

Selamat pagi. Sekarang pukul 12.37 am waktu Batu Pahat. Waktu tempat anda , anda check lah sendiri.



Maq nak sembang pasal anak pulak. Maq takda pengalaman lahir dan jaga anak lelaki kecuali jaga anak asuhan lelaki jek. Anak asuhan tak sama dengan anak sendiri .Mereka itu tanggungjawab pada hari bekerja sahaja .Lain lain masa dah lepas tangan dah.


Eh! Diam tak diam, akhir tahun ni kan, genap dah setahun maq tak jadi babysitter. Ada jugak kawan kawan nak suruh maq jaga baby mereka tapi maq cakap,



 " maaf ,saya dah pencen mengasuh lah.." Tapi ye ke dah pencen ni ??  Buat masani yelah kot. Esok lusa tak tahu lah.



Berbalik semula kisah anak .

Anak perempuan! Okey,realitinya maq ada 3 orang anak perempuan. Cara jaga mereka ketika kecil, semua maq jaga ikut cara yang sama. 


Penjagaan , pendidikan ,pengawalan ,pemakanan, persekolahan , tempat tinggal. Hampir 99% adalah sama sahaja untuk ketiga tiga mereka.


Apa yang mencorakkan mereka?  Yes , masyarakat. Peredaran zaman. Pengalaman.


Along, masa kecil sorang yg pendiam tapi friendly. Senang bergaul tapi dia memilih kawan. Belajar ok tapi dia lebih minat pada pekara yg bukan pelajaran yg layak dia belajar. Maksud maq , fokus pada subjek lain , tapi subjek lain pulak yg dia dapat A . Subjek yg dia fokus ? Cuma dapat cukup cukup makan je hehe. Macamana ini terjadi ? Orang putih cakap " i don't know...



Belajar sampai STPM , boleh sambung belajar tapi dia cepat dah hands up.. Maleh dah.


Kerja beberapa tahun kemudian berkahwin. Dan sekarang dah jadi surirumah sepenuh masa.  Kerap jugak maq beritahu suruh along usha usha jawatan kosong yg setaraf dengan kelulusan dia tu. Dia cakap ,

" nantilah tahun depan Akak try cari .."

Tak pulak dia cakap tahun bila. Sebab tahun 2050 pun tahun depan jugak kan? 


Maq sebenarnya bukan apa. Rugi rasanya untuk masa yg  telah dihabiskan untuk belajar bertahun tahun tu.


Dari umur 5 tahun hingga 19 tahun dan hasilnya dia cuma habiskan dirumah. Lagi pun along muda lagi. Baru 25 tahun (2019 ). Along perlu banyakkan lagi pengalaman dan pengetahuan.

Kenangan sambut birthday anak along



Ety. Tahun ni dah berumur 24tahun. Taraf pendidikan pun hingga STPM juga.


Rezeki milik Allah , Ety dapat belajar di Kolej Kejururawatan dengan sijil SPM sahaja dan bakal menjadi seorang jururawat sikit masa nanti.


Penempatan pada 18.11.2019 dinegeri Johor ,cuma daerah belum diberitahu lagi.Daerah mana pun beliau bertugas ,maq redha kerana pemberian Allah adalah sebaik baik ketentuan. Insyaallah.Cuma maq nak pesan satu je dekat perempuan sorang ni.


" dah bekerja tetap,sikit masa nanti dah nak berkahwin, berkeluarga, beranak pinak. Ada baik mulai dari sekarang ,fokus kerjaya tu. Buanglah tabiat " gamming" tu jauh jauh. Letih kot lepas kerja nak main game lepas tu nak urus diri sendiri ,nak urus rumahtangga,urus itu ini dan nanti tak memasal orang keliling jadi mangsa keadaan. "


Puas dah dia melayan game tu dari umur 15tahun lagi.Faedah apa  pun takda , penat dan stress adalah. Lepas main dan kalah , badan, minda jadi  lemau. Haish. Tak paham langsung la,kat mana untungnya game ni , maq pun tak tahu.



Aida. Minggu ni dah start exam for SPM . Bila ditanya berapa lama exam berlangsung? Dia jawab sebulan. Sepanjang November!  Okey jawabnya sepanjang November jugaklah maq tak bagi dia jalan keluar rumah.


No tonton wayang dengan kakak kakak. No window shopping dengan kawan kawan. No mobile game. No youtube movie. Focus exam . Jaga kesihatan!


"Lepas periksa nanti Aida nak kerja! " Tu ayat dia.


Sampai saat ini maq masih terfikir fikir ,kerja apa je nak dikerjakan oleh seorang ulat buku ni? Buntu dok mikir ni, anak uiii!


Nak buka tin susu pun dia minta tolong dari emak dia, macamana nak bekerja ??? Maq cuma pesan , fokus untuk SPM , habis SPM nanti Allah akan tunjuk jalan.


Maq plan nak suruh dia belajar memandu dan ambil lesen motor tapi aida ni pegang motor pun tak larat. Lagu mana nak bawa motor?





Itu antara  cerita kehidupan maq dan anak anak perempuan maq. Bagi maq, bila kita punya anak perempuan ,mereka tu cuma sekejap je dengan kita. Ketika baru lahir, kanak kanak, remaja , sekolah dan bekerja dan kemudian berkahwin. Bila dah jadi isteri orang, lepas dah amanah kita sebagai ibubapa.



Penat lelah ibubapa membesarkan mereka. Beri ilmu, beri pendidikan, beri keperluan berbelas belas tahun. Bila mereka berkahwin suamilah yg jadi orang paling akhir menjaga mereka. Masa tu ,ibubapa dah tak mampu ubah kenyataan. Mereka adalah hak suami. Kita dah tak boleh halang hala tuju hidup mereka.



Sebagai ibubapa kita harus redha yg kehidupan mereka sudah berubah. Kita dah tak boleh arah arahkan anak perempuan kita untuk buat itu dan ini kerana mereka dah ada keluarga sendiri, komitmen diri mereka  sendiri.


Cuma rasa tanggungjawab terhadap ibubapa itu akan tetap kekal bagi setiap anak perempuan.



Contoh paling jelas ialah diri maq sendiri. 24 tahun ibubapa jaga maq. (sejak dalam perut hinggalah berkahwin) dan sekarang diam tak diam , sudah 26 tahun encik suami tanggung kehidupan  maq.


Ibubapa maq dah tak tanggung apa apa lagi tentang anak perempuan mereka ini. Hanya himpunan doa yang sentiasa mengukuhkan rasa sayang dan rindu.  ❤



Nota maq :Bila anak perempuan anda sudah dewasa. Berilah dia peluang hidup dengan usaha dia sendiri.Sebagai orang tua yang pernah melahirkan, menjaga,mendidik , kita cuma mampu beri nasihat tapi kita tak layak memaksa...



2018*

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...