Skip to main content

Temujanji Di KKBP Selepas 6 Bulan

 

Bismillah...

Selepas temujanji bulan 11/2025,sepatutnya pada 2 Jun 2026 Maq ada TCA di Klinik Kesihatan Batu Pahat.Tapi pada bulan April yang lalu,awal awal lagi cik misi KKBP dah called maq.Dia beritahu 2hb Jun adalah hari cuti umum, dia suruh maq pergi pada 8 Jun 2026.


Kalau biasanya temujanji maq sebelah pagi - pukul 9pagi tapi disebabkan pagi 8hb dah penuh dengan pesakit yang dah 'booking' ,jadinya maq kena datang sebelah petang.Dan daftar pada pukul 3pm.


Ini pertamakali maq TCA sesi petang.Tapi memang dah tak boleh nak adjust tarikh apa lagi,so kena juga lah terima.


Selepas 6 bulan tak masuk KKBP.Rupanya buku laporan peribadi dah dimansuhkan.Semua staf KKBP sekarang cuma menekan nekan keyboard laptop jek.


Nampaknya ini sistem yang mudah dan kemas.Kalau tidak bertingkat tingkat buku report kesihatan pesakit atas meja mereka.Dah la pesakitnya ruamaii,tentunya buku laporan pesakit pun buanyakkk. ***haha tak rock lah kalau tak jawa ...


Nombor giliran yang Maq dapat semalam.

Sebetulnya seawal pukul 2 petang maq dah pun sampai kat klinik tu.Ingatkan nak selit kad rawatan maq tu kat celah celah kad pesakit yang 'booking' pukul 2 tapi tetiba rasa berdosa pulak sebab  ambil masa oranglain.


So maq santai santai je tunggu turn hingga pukul 3.Sambil sambil dengar suara kat paparan nombor giliran yang bergema tu.Rasa stress lah jugak ! kalau dah dibuka 6 kaunter dan semua kaunter ada pesakitnya.Dahlah satu nombor giliran tu ditekannya 2/3 kali hahaha sabar jelah.Berdengung gegendang telinga tua ni!


Borang kecil ni khas untuk pergi ambil ubat.


Kertas kecil ni pulak ,borang untuk ambil darah pada 9 Julai nanti.Seco'et je borangnya.Sebelum ni kalau nak ambil darah,borangnya saiz A4 tapi sekarang dah saiz A-

🗣️: memandai je ko maq 😂

Siap je daftar kat kaunter 1 -

"Puan tunggu dibilik 19 ye"
Kata staff dikaunter 1.
"Okey baik,terima kasih"
"Eh singgit dah tak bayar?"
Soal maq kat staff tu.
"kalau ada ahli keluarga kerja kerajaan,KKM tak caj singgit tu."
balas staff KKM tu lagi.
"oh ,okey,alhamdulillah...terima kasih"
Maq pun terus bangun dan pergi ke bilik 19.
Rupanya dalam sistem sekarang,semua detail kaum kerabat kita "diaorang" boleh tahu ek?

Kalau sebelum ni anak maq pernah cakap :
"maq boleh free je daftar ,nanti beritahu ada anak kerja kerajaan.

Tapi maq jawab...

"takpalah,maq nak sedekah singgit kat kerajaan.Manalah tau itu asbab maq masuk syurga nanti.."

Anak maq terus diam.Agaknya dia malas nak melayan emaknya yang banyak cakap ni.

Okey bebalik pasal TCA.
Apa je dibuat kat bilik 19?

Bilik 19 untuk pemeriksaan awal pesakit.
 *Timbang berat badan & ambil bacaan tekanan darah

*Ambil temujanji untuk ambil sample darah.Check darah setiap 12 bulan sekali.

*Ambil ukuran lilit pinggang.Part ni best,kadang pinggangnya kecik,kadang besar.Sebab? kalau pakai seluar tebal lah pinggangnya,banyaklah bacaan ukur lilit.Tapi bila pakai jubah.Nipis je pinggang,so kecil lah bacaan ukur lilit.Haaaa ada skill tu.Jangan cuak.


Okey cerita besarnya bermula disini!

Masa maq masuk bilik doktor jam dah pukul 4 petang.Badan pun dah mula letih.Maklum dari pukul 4 pagi bangun takda baring atau rehat.Biasanya lepas zohor tu adalah baring baring luruskan pinggang tapi tidak pada hari 8hb tu. Dan bila doktor check je kad kesihatan maq ,haa terus kena bebel.


"Puannnn...kenapa tekanan darah naik?Apa yang merungsingkan? Nak fikir apa je. Dah petang ni rehat kan minda.Jangan serabutkan kepala dengan fikiran yang tak perlu.Santai santai je,kalau stress cuba main fon ke.Bagi minda tenang dan stabil."


Doktor suruh maq just fikir nak sihat dan stabilkan semula tekanan darah.Maq cakap,


"saya ni doktor ,kalau pergi klinik,nampak orang sakit yang macam macam jenis tu,saya kesian,saya rasa sedih.Lagi lagi nampak orang orang tua, yang kurang upaya,datang sendirian tanpa ada waris yang temankan,mereka usaha sendiri nak rawat diri tua mereka,haa tu yang hati dan fikiran jadi tak tentu rasa..saya sedih.."


"Laaa..buat apa fikir pasal orang lain yang sakit, patutnya kami ni doktor doktor yang risau, bukan puan.Dah! dah! tenang tenang je dulu.Kita ambil bacaan darah semula..."


Sebenarnya sebelum gerak ke klinik,maq ada juga periksa tekanan darah,takda pulak dapat keputusan yang meletop macam tu.Sampai 3 kali doktor check bp maq ,lastly adalah turun sikit 150/87.Padahal bacaan tu pun masih level tinggi bagi maq.Biasanya bacaan 134/78 je, paling tinggi pun 138/78.


Dalam bab tekanan darah ni,maq tak boleh nak kata lelebih.Sebab kalau salah langkah sikit je tekanan darah maq memang akan cepat naik.


Kurang tidur tekanan darah naik.
Suasana bising & serabut , naik.
Lebih makan, naik.
Kurang makan ,naik.
Makan ubat, naik.
Tak makan ubat lagilah naik.
Penat,naik.
Tak penat pun naik!


Doktor bagi Maq tarikh TCA 3 bulan mendatang.Bukan lagi 6 bulan macam selalu.Jika bulan 9 nanti tekanan darah masih tinggi,doktor akan naikkan dos ubat.Allahhu...part ni yang maq malas nak fikir.Makan Ubat?!?🤢



Kementerian berusaha jimat penggunaan kertas.

 Tahniah!

 Salah satu usaha yang baik.

Lepasni maq cadangkan cari solusi untuk atasi masalah penggunaan 'stepler' pulak.Sebab harga besi pun dah mahal.KKM kena jimat untuk semua kos.


🗣️: Maq pulak nak jimatkan apa untuk atasi masalah tekanan darah yang tinggi tu ?Cut gula?Cut produk tepung?cut kicap atau produk makanan proses?


Maq : Entahlah,tengah fikir lagi ni mana satu yang terbaik untuk dibuat lepas ini.❤


🗣️: yang penting jangan "cut the smile"
nanti dunia bakal hancur...
hehehehe perasan





Comments

Popular posts from this blog

Kari Idaman Suri pack baru

  Assalamulaikum. Baru berkesempatan check blog ,masuk ruang komen terjumpa komen dari Mr Alex -Idaman Suri dipost maq yang bertajuk  Kari idaman suri  yang maq update pada tahun 2020 lalu. Alhamdulillah dah dapat info terkini.  Lepasni pengguna lain masih boleh menikmati rasa hebat kari idaman suri ini.Anda boleh masuk link ni untuk siasat apa yang terkini dari   Idaman Suri . Yang menarik bukan je masakan kari ,tapi ada banyak lagi perencah segera yang sedap dan lazat untuk anda cuba nanti bersama keluarga. Bawah ni packaging lama : And now dah new packaging ,taddaaa... Perencah menu lain : Nak jadi agent atau nak tau apa apa pasal idaman suri ,boleh hubungi , Mr Alex 017 283 8623 ( marketing manager ) Facebook* Nota : gambar gambar  di ambil dari facebook De Cuisine 💕

Ayat Sentap Dari Seorang Anak

  Aida disamping Ayah Kisah keluarga ❤ Bismillah, Pernah satu masa dulu,masa tu si kakak sorang form 6 ,sorang dah berkerja dan Aida dalam darjah 6. Maq pernah buat soalan yang ditujukan untuk mereka dan encik suami.Maq tanya apakah sifat yang ada pada maq,yang anak anak dan suami paling tak suka? Sebenarnya soalan ini berisiko kerana boleh buat hati sendiri merana hahaha tapi Maq nekad je semata untuk cari kesalahan diri sendiri yang maq tak perasan pun. Apa yang menarik tentang jawapan dari gadis baju hitam yang dalam gambar kat atas tu.Kata beliau, 🗣️: Mak janganlah nak sama kan anak sendiri dengan anak orang lain.Setiap manusia takdirnya kan tak sama.  Masyaallah,sampai kehari ini pun maq akan ingat kata kata tu.Jawapan itulah yang dah jentik hati naluri ini. Masatu maq tak tersentap pun sebab maq yang nak tahu sangat kan.Tapi sejujurnya kata kata dari budak darjah 6 tu dah buat minda mak mak ini jadi celik. Biasalah mindset mak mak kan,mereka memang tokleh tengok anak or...

Jadi Mangsa Spill The Tea

  Bismillah, Betul lah apa yang maq baca pasal hadis yang mana Rasulullah pernah bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,hendaklah dia berkata yang baik atau diam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang mengajar umat Islam menjaga lisan daripada perkara sia-sia atau membawa kepada dosa seperti fitnah dan mengumpat. Maq pernah dulu,cuba meluahkan pendapat peribadi yang maq rasa ramai orang kena tahu apa yang maq dah tahu.Maksudnya maq try berkata jujur untuk lebih ramai orang faham,tapi hujung hujung maq yang kena "palau". Tak jelas? Okey camni,pernah satu waktu tu, maq bersembang dengan sesaorang.Dia bukalah satu topik perbualan.Dan maq pun sembang lah dengan dia pasal topik tu. Gedebak gedebuk ,gedebak gedebuk tengah syok sembang ,dia beri kat maq satu idea sepertinya dia nak supaya Maq dan dia tak perlu join program yang pada awalnya kami sama sama nak sertai. Kata beliau bagi je peluang dekat otai otai tersohor yang jo...

Kisah 24 Julai 2026

  Bismillah,  kalau korang biasa masuk blog peribadi Maqnie,korang pasti kenal gadis dalam gambar tu. Semalam genap umur dia 24 tahun. 24hb Julai  -24 tahun - haa cantik! Kalau dulu zaman kakak kakak dia, umur 24 tahun tu, Along dah busy buat persiapan nak nikah. Angah pulak busy dengan menuntut ilmu di kolej dan sedang dilamun cinta. Bagi Aida pulak,pada umur 24 tahun,dia masih bergerak solo. Nak kemana mana mesti dengan emak ayah. Pergi kerja ayah yang hantarkan. Makan minum emak sediakan. Nak makan makanan viral yang pelik pelik foodgrab belikan. Love? Belum masanya lagi. Kata dia, "Aida nak kerja dulu.Enjoy puas puas dulu dengan mak dan ayah.Hidup di hujung hujung zaman ni semua hanyalah dunia tipu tipu"  Ah sudah...Dari darjah 6 sampai dah umur 24 tahun, dia masih banyak akal nak backup diri sendiri hahahaha. Maq kadang saja gurau dengan dia, Aida ni memilih sangat,sebab tu takda love sampai sekarang.Apa jawab dia? Aida tak memilih pun, pada Aida asalkan lelaki ...

Kad kena telan mesin Atm

Assalamualaikum. Alhamdulillah , hari ini hari Jumaat , dan maq cuti? Ya, pastinya cuti.  Johorean dan Jumaat diserikan dengan cuti. Alhamdulillah.. Tapi awal pagi ni encik suami dah berkerut dahi sebab kad bank beliau kena telan dengan mesin atm. Okey ,nak jadikan cerita , pukul 9pagi kami (maq dan encik suami) pergilah ke bank yang nakal itu. Rupanya bukan kad encik suami jek kena telan, kad dia , dia , dia pun kena . Maq kira kira dalam 5/6 orang dah terima nasib yang sama pagi ni . Huhu tragedi Jumaat betul lah. Untuk selesaikan masaalah ini , pertama , encik suami ke kaunter nombor 8 . Bila aduan dibuat , maq tengok jam , tengok pegawai bank tu , tengok jam lagi , tengok encik suami , akhirnya dalam 15 minit selesai. Kes wife over thinking kah ini ? Maq : dapat ke ambil kad dalam mesin tu, bang ? Encik suami : kalau nak tunggu orang yang bertanggungjawab buka mesin tu , mahu mahu minggu depan abang baru dapat kad tu. Maq : dah tu abang  nak buat apa? Encik...

Ainul Mardhiah gaya Seorang puteri

Assalamualaikum, Bila dah rajin selongkar galeri fon ,banyak kisah nak dikongsi dalam blog peribadi ni rupanya. Haishh..dasar blogger,jari jemari tokleh diam haha Ainul Mardhiah ,cucu perempuan sorang tu kuat berangan dah sekarangni.Ini antara perubahan usia 3 tahun nak masuk 4 tahun.Ini normal bagi seorang kanak kanak,terutama anak perempuan.. Sejak pendemik dan kes baharu kat Johor asyik  turun naik setiap hari .Dan media pun mewar warkan bahawa kes varian omicron pertama yang dikesan adalah dari negeri Johor ,kami dah jarang jumpa Ainul mardhiah sekeluarga. Padahal kalau naik kereta cuma ambil masa 7-8 minit je jarak perjalanannya. Tapi demi keselamatan & kesihatan cucu cucu ,maq memang berjaga jaga untuk berjumpa. Biasanya lepaskan rindu dalam video call jelah. Tapi pada 15hb lalu, awal pagi Ainul Mardhiah dah sampai rumah maq. Dia kata rindu tok mak,rindu tok yah.. hehe budak bijak.Baru 3 tahun dah pandai sebut rindu. Hinggakan mama dia ajak ke BP mall pun dia tak nak ikut...

7 Julai ❤

  Bismillah, Harini 7 Julai 2026. Harini the most beautiful day for me. Thank you Allah ❤ Ceh speaking london ko hahaha! Takda apa yang diharapkan selain doa yang baik baik sahaja untuk diri ini dan untuk semua ahli keluarga dan juga untuk masyarakat. Juga doa yang baik baik buat semua pengundi saya,jika saya menang pilihan raya kali ini ,saya belanja anda semua makan kek marble! yey ✌ ***Ambil aura birthday musim PRN 2026  ( kenalah perasan jadi calon PRN )  eheheh Sesungguhnya umur ini hanya pinjaman oleh  Allah.Moga Maq tidak menyalah gunakan pinjaman yang satu ini,Inshaallah Aamiin.. Istajib dua' ana yaa Allah 🤲 Terima kasih kepada semua yang telah pun mendoakan maq disepanjang hari ini.Maq harap doa anda akan kembali kepada anda juga nanti,inshaallah ❤

Ular Sawa Di Rumah Kampung Kami

  Assalamualaikum  Selamat pagi, semoga pengikut blog peribadi maq masih setia membaca coretan maq disini.  Kalau nak tahu, ibubapa maq dah lebih 10 tahun tinggalkan rumah mereka dikampung sebab berniaga di Johor Bahru bersama adik lelaki.  Mereka berjualan kedai makan (asam pedas) di kawasan Jalan kempas lama,berhampiran kilang Kicap Jalen.  Biasalah kan, orang berniaga ni, bila ada keserasian disatu satu tempat tu,  mereka seronok berniaga walaupun macam macam dugaan datang sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya rumah mereka dikampung semakin terbiar.  Sejak Covid 19 melanda, pada hari Ahad semalam (15hb November 2020 ) ,barulah maq berpeluang balik untuk lepaskan rindu kat rumah kampung kami tu. Rindu sangat sangat. Biarpun kosong, sunyi dan suram, terubatlah sikit rindu. Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat bermanja manja dengan ahli keluarga, kan. Kadang sampai terbawa bawa dalam mimpi.  Apa pun keadaan  sekeliling memang nampak s...

Mangsa Peperangan

  Bismillah, Bila belakunya perang,pihak yang mengarahkan tenteranya berperang tu, rileks je santai santai dalam pejabat operasi. Tapi dikawasan sasaran,siapa yang menjadi mangsa?Siapa yang hidupnya sengsara? kacau bilau? Sedihkan... Mahluk yang tidak bersalah telah menjadi mangsa.Hidup huru hara.Tak tenang dan melibatkan banyak nyawa. Sumber : Group Eko prepper Malaysia @telegram

Ety try Silicone Glaze

 Assalamualaikum. Musim hujan ni kereta lepas basuh tentu kotor semula. Yang dah polish kilat mesti kecewa warna yang bersinar memancar kian pudar. Minggu lepas Ety  ( anak kedua maq )beli silicone glaze keluaran Amway dari emaknya sendiri. Harga anak beranak berapa? maq pun bagilah diskaun 10% seperti yang dijanjikan . Nak murah ,guna harga ahli tapi jadilah ABO macam maq dulu. Hehehe jenis emak yang berkira kira ni kan?  Takdalah,sebetulnya maq taknak biasakan anak anak punya perangai bila beli jualan family atau kawan rapat,asyiklah nak harga murah .Padahal orang niaga bukannya semua dapat untung banyak pun. Lagi lagi yang baru nak bertatih dalam perniagaan. Maq tak berkenan bila orang beli dengan kawan nak harga "kawan kawan",  dah dapat murah nak diskaun lebih lagi. Silap gaya nak free terus.  Allahhu..kesian lah kat penjual tu.  Bila ety guna silicone glaze apa hasilnya? jom tengok. Bila maq tanya,macamana hasil? Ety puasati?  dia cakap,tip top,h...