Assalamualaikum.
Teringin nak masak kek susu bakar. Pernah masak kek susu tapi masak dengan cara kukus. Rasa sedap tapi agak kurang sikit kegebuan keknya.
Jumpa di youtube resepi kek susu bakar ni. Makanya maq olah resepi dengan bahan bahan yang ada dalam stock maq.
Bahan bahan kek susu.
5 biji telur gred B
1 cawan tepung kek
½ cawan tepung jagung
½ cawan susu tepung
¾ cawan gula pasir
¼ cawan susu fresh
40 gram ovelet
90 gram margerin ( dicairkan )
❤Sebelum mengadun,pastikan oven telah dipanaskan . Suhu 150' / selama 10 minit. (oven maq ,oven anda ikut pada suhu yang biasa anda guna je )
Cara buat,
❤Campurkan kesemua bahan kecuali margerin cair. Kacau guna mixer sampai adunan jadi putih dan gebu. Masukan margerin yang telah cair tu sikit sikit. Pastikan margerin tu dah betul betul sejuk ye. Kacau dengan spitula. Kaup balikan supaya adunan sekata. Tuang dalam acuan. **jangan lupa sapukan margerin kat loyang sebelum tuang adunan .
❤Nak hias kek? Ambil sedikit adunan dan letaklah pewarna kegemaran anda. Maq guna pewarna masakan brown choclate. Lihat hasil kombinasi warna dibawah ni.
❤Bila dah siap semua. Oven pun dah panas. Masukan adunan dalam loyang bersaiz 8x8 inci. Maq guna loyang lobang tengah Saiz 8inci tapi membuak pulak. Kalau tahu maq bahagikan adunan jadi 2 loyang. Loyang tu beli kat shopee tau ! beli 2 dari oversea tu . Buatan dia kemas dan harga pun tip top. Eh terpromote shopee pulak.
❤Masak pada suhu oven 150 ,maq buat dua kali bakar sebab kek tebal. Masa pertama suhu 150 '/ bakar 30minit. Kemudian suhu 120'/ bakar 20minit. Dan terhasil lah kek susu yang begitu. Gambar bawah ni.
Done menu minum petang ni. Anda boleh cuba resepi maq ni tau. Lembut ke tak keknya?
Bahan bukti ❤
Comments
Post a Comment