Skip to main content

Lapor diri, Penempatan Dan Hari Lahir Ety


Assalamualaikum..

Pada 18hb November 2019 adalah hari lahir Ety yang ke 24 tahun. Tarikh yang sama  juga Ety melaporkan diri sebagai jururawat di Kementerian Kesihatan negeri Johor.


Dan bermula pada tarikh tersebut  juga Ety telah berkhidmat sebagai seorang jururawat yang bertugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.


Banyak kenangan indah yang terjadi pada tarikh 18.11.2019. Maq akan  kongsikan dalam blog ini.  


Nanti bila Ety free, bolehlah  ety baca semula kisah pertama kali beliau bergelar Jururawat buat Negaranya , Malaysia.



❤ check in di hotel Zen Zeng pada petang Ahad (17.11.2019) lepas asar kami cari kedai kacang pool Haji tapi waze bawa  kami pusing pusing sampailah ke kampung Melayu. Padahal kedai tu tak sampai 10minit je dari hotel kami tapi dari pukul 5.00 hinggalah pukul 6.30petang baru kami jumpa kedai kacang pool tu. 


Seronok jugaklah dapat  pusing³ dalam keadaan perut sudah lapar.. 😂




Rasa masakan kacang pool haji ni memang buat kami puas hati makan disini.  Walaupun telah dicelarukan oleh waze lebih sejam diatas jalanraya.  Alhamdulillah , kenyang. Itulah orang kata kalau dah rezeki tidakkan  kemana..



❤18.11.2019  bangun seawal 5 pagi sebab nak siap siapkan diri untuk ke Wisma Persekutuwan di Jalan Ayer Molek pada pukul 7.00pagi.


Tapi disebabkan semuanya jenis nak cepat,  lastly  Ety terbawa kunci bilik hotel dalam uniform beliau.  Padahal masa check out tu staff hotel tu ambil dah card dan serah semula deposit,  part kunci dia tak mintak pulak.. 


Seharianlah kunci bilik hotel tu ada dalam poket uniform.Padahal kami anak beranak dah pun check out.  .

Sebenarnya pintu bilik tu rosak.  Terpaksa guna card dan kunci serentak baru pintu bilik boleh bukak. Gawat sih..


Video -Masa baru sampai, nak buka guna kunci tapi gagal. Ini betul betul Cobaannn..


❤ bila dah sampai Wisma Persekutuan, cari parkir adalah satu masalah.  Akhirnya kami park kereta dikawasan parking awam bersebelahan bangunan tabung Haji.


Actually,  depan wisma tu ada je hotel rupanya ( Swiss Hotel)  tapi google search tak tunjukkan kat kami pun . Mereka tunjuk Zen Zeng  Hotel lah  untuk hotel yang paling dekat.Sudah takdirnya begitu kan..



Gambar atas - Proses penempatan berlaku disini.  Dan akhirnya Ety ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah. Johor Bahru.  Alhamdulillah..  Maq dan encik suami menanti keputusan penempatan tu hampir 4jam .


Hati ni tak tentu arah. Puas duduk, kami berjalan.  Puas berjalan kami duduk dan minum minum.  Puas minum kami jalan lagi hehehe sampai ke bangunan tabung haji tu kami melangkah nak lepaskan gemuruh dijiwa dan bosan diminda.  Itu baru kami,  tuan punya badan entah macamana lah gelisahnya kan.




Maq kalau boleh nak ety berkerja di Batu Pahat seperti yang semua ahli keluarga harapkan tapi ketentuan Allah lebih sempurna.Allah tahu mana yang Ety perlu.Kami akur.Alhamdulillah..


❤ pukul 12 tengahari kami terus gerak ke Hospital Sultanah Aminah. Masalah sekali lagi,  nak cari tempat mendaftar lapor diri tak jumpa jumpa.  Maklom pertamakali masuk. Habis satu hospital kami ronda.


Bila dah puas bertanya dan berjalan pusing pusing,  akhirnya tempat lapor diri dikesan.Laa kat bahagian atas poliklinik je.Yang pergi sampai ke ward apa semua tu apa hal.Bila rujuk pada nurse yang kami tanya, dia kata petunjuk arah tu lama punya.Itu salah.Aduhai padanlah tersesat barat.  Cobaaannnnn...



❤ Siap lapor diri, kami gerak ke asrama puteri.  Ety dan yang lain akan duduk diasrama ketika minggu orentasi berlangsung ( 2minggu ) bermula 18hb.


Bila sampai sana, rupanya bilik cuma untuk seorang menginap tapi Ety dan yang lain lain terpaksa berkongsi bilik sebab asrama dah penuh katanya.Walallahhualam.


Katil bujang sebuah sahaja. So Ety kenalah tidur diatas lantai memandangkan kawan biliknya seorang ibu hamil ( kawan ety sejak dari kolej Kuantan dan sudah berumahtangga )



❤ pukul 2.30 petang ada taklimat bagi mereka yang baru lapor diri tu.  Sekali lagi maq, ety dan encik suami pergi ke poliklinik.Masani selera kami betul betul hilang sebab kenangkan masalah ety kena tidur atas lantai, depan toilet. 


Allahhu, Kuatkanlah hati aku dan hati anak ku itu, biarpun cuma 2minggu tapi ini betul betul dugaan bagi kami..


Allahhumma ya Hafiz ya Muhaimin, Lindungilah anakku.. Peliharalah dia, jagakanlah dia. Hanya Kau sebaik baik Pemberi jagaan dan Pemberi perlindungan. 



❤ ketika nurses tu diberi taklimat dari pukul 2.30- 5.30 petang. Berbagai reaksi ahli keluarga mereka maq lihat.  Ada yang si suami bawa baby kecil berusia 7 bulan ke hulu ke hilir menunggu isteri.


Ada suami yang resah gelisah menanti isterinya yang sarat hamil.  Ada ibubapa yang keletihan menanti anak mereka. Maklom sejak dari wisma lagi kami semua sudah berkampung.


Ada ibubapa yang terkilan sebab penempatan tidak seperti yang diharapkan.Maq cuma mampu berbisik dalam hati..

" bukan senang nak senang, semua ahli keluarga perlu berkorban waktu waktu macamni "


Adik perempuan maq  whatsapp dan beritahu maq , petang nanti pukul 5.00 akan ada sesaorang yang akan hantarkan patch work untuk Ety buat alas tidur atas lantai asrama nanti.


Allahhuakhbar, Nak nangis masa tu sebab Allah datangkan pertolongan segera. Alhamdulillah³ ...😭


Terima kasih Allah.Hanya Kau yang tahu apa yang aku rasa dan Kau balaskanlah kebaikan kepada mereka yang selalu ambil berat tentang  aku dan anak anakku..

* hujan lebat dalam poliklinik*




❤ pukul 6petang kami pindah barang ke asrama.Dan Ety kata, kami terpaksa ke Hotel Zen zeng  untuk pulangkan kunci bilik haha.. Oh anak sorang ni memang macam macamkan . Dalam letih,ada sedih, ada geram,ada jugak kelakonya aduhhaii, pergi bawak kunci bilik hotel orang tu dah kenapaaa nak..😂


Pintu Poliklinik


Pintu Hotel


Pintu bilik Asrama


Kisah Ahmad Pintu ke apa ni?  😂.


❤ Alhamdulillah lepas maghrib, semua urusan settle.  Lepas makan buat alas perut diKFC, kami hantar Ety balik ke asrama beliau.  Maq dan encik suami pun bergegas balik ke Batu Pahat sebab keesokan harinya  encik suami kena bertugas. Tak dapat nak ambil cuti lama.


Terima kasih buat semua yang membantu dan berdoa untuk kami sekeluarga.  Allah juga yang membalaskannya,  insyaallah  , Aamiin..





❤❤Happy birthday to you, Ety.

Selamat bertugas demi negara. Berkhidmatlah kerana Allah. Lebihkan sabar dalam hidup. Selalu bersangka baik dengan tiap ujianNya.


Ety dah 24 tahun sekarangni, dah selayaknya berdikari demi kesambungan hidup. Bukan senang nak senang.Ingat Allah selalu, jangan abaikan perintahNya. Allah hanya beri pada apa yang kita perlukan bukan yang kita harapkan.


Buatlah terbaik mampu.  Emak,  Ayah, Akak, Abang Afif,  Aida dan Ainul akan sentiasa sayang dan doakan yang baik baik untuk Ety.  ❤❤

Comments

Popular posts from this blog

Jalan Jalan 22hb Ogos 2026

  Bismillah, Semalam encik suami bawa Maq dan Aida pergi makan dekat Pekan Rengit,Batu Pahat,Johor. Jaraknya ambil masa 15-20 minit jugak dari Bandar Penggaram nak ke Rengit.Apa yang istimewanya kedai makan kat Rengit tu?  Nama kedai makan ini Santai Rengit Station. Kedai ni baru je beroperasi pada awal bulan Ogos tahun ini. Untuk menarik pelanggan kenal kedai makannya,pemilik kedai telah buat jualan buffet untuk pelanggan. Promosi bermula pada 15hb Ogos hingga 28 Ogos 2026 sahaja. Jika ada rezeki lagi owner akan sambung lagi buffet RM9.90 ini ke bulan seterusnya ,kata hostnya di tiktok Live. ❤Makan pagi : seawal 7.00 pagi sudah bermula. Menu : nasi lemak,nasi kerabu,soto,mee goreng & makanan goreng goreng & Air - caj RM9.90 ❤Makan tengahari : seawal 11.00 pagi hingga 5.00 petang.Hampir 50 jenis lauk pauk disediakan.Air minuman panas & sejuk.Ada juga buah disediakan.Makanlah semampu yang korang boleh makan - Caj RM9.90 Korang rasa berbaloi? Maq rasa sangat berbaloi...

Steambot DiBarokah Sri Village

  Bismillah, Minggu lepas encik suami bawa kami ke Barokah Sri Village ,di Parit Raja,Batu Pahat.Tujuannya tak lain ialah nak merasa steambot disitu.Jom teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut. Keindahan Barokah Sri Village diwaktu malam. Steambot terletak ditingkat atas.  Bahagian bawahnya terdapat juga kedai makan.Port lepak yang menarik. Ada terdapat beberapa unit homestay dibahagian belakang Barokah Sri Village ni ,ya. Ada juga dewan yang boleh disewa untuk majlis keraian.Malam kami pergi tu ada majlis pernikahan nampaknya. kawasan parking nya luas. Disinilah tempat kami makan steambot tu. Ada jugak booth bergambar disediakan. Ini baru permulaan. Masa ni dah kekenyangan.Padahal belum ambil semua lagi tu.Sejenis tank perut tak besar haha Gambar kenangan,tanda Maq pernah ke Barokah Sri Village. Apa yang korang kena tahu tentang steambot di Barokah Sri Village ini. 1- Caj RM 30/pack untuk dewasa 13 tahun - 64 tahun 2- Caj RM 18/pack untuk kanak kanak 6 tahun -12 tahun. 3- Ca...

Musim Majlis Kahwin,Musim Jerebu & Musim Love Scam

IPU Batu Pahat dan beberapa daerah lain di Johor hari ini (5/9/2026)  Bismillah, Lama dah blog ni sepi tanpa kata kata dari seorang Maqnie. Maq busy sikit beberapa hari kebelakangan ni.Lagi pun musim jerebu ni mood malasnya lebih berbanding rajin.Line internet pun kejap OK kejap KO.Itupun salah satu punca blog sepi. Maq sambut hari merdeka? Takkkk.Kami laki bini busy menghadiri undangan majlis raikan cinta raja sehari.Bermula dari 29hb Ogos ,melarat larat lah sampai ke harini 5hb September 2026. Peluh ni pun dah berbau nasi pengantin,dah bau ayam masak merah,bau dalca ,bau kambing pun macam dah ada sesikit.Hehehe siapa percaya pendek umur! Nasi pulak sedap sedap di setiap majlis dihidang dengan nasi Beryani,nasi minyak,nasi jagung, nasi hujan panas,hujan ribut pun ada.Macam macam jenis nasi ada.Alhamdulillah,semua itu rezeki. Dalam sehari 3/4 rumah juga yang kami pergi. Tak datang kang berdosa pulak. Orang dah jemput,kan?Kata ustaz ,hadirkan diri itu wajib,salam kaut tu sunat.Kalau...

Pintu Masa Hadapan

  Bismillah, Lama dah tak menaip.Bukan busy sangat pun tapi kerajinan tetiba hilang.Biasalahkan pra wargaemas memang gini kot.Mood berubah ubah.Kadang ok ,kadang ke laut. Harini pun sebenarnya takda benda nak diceritakan tapi jari jemari gigih masuk dashboard blog ni.  *Jap fikir jap nak ambil topik apakah... Ini cerita semalam. Saja nak lihat diri sendiri dari kacamata orang lain.Tapi masih serupa kot.Pokok kat belakang tu macam sama je saiz dengan Maqnie hahahahahaha kejam! Cerita yang terkini, kami masih lagi buat briskwalk.Dalam seminggu adalah 3-4kali kami keluar untuk briskwalk. Tolak puasa Senin Kamis,tolak kuliah subuh setiap hari Jumaat,boleh lah 4 hari yang berbaki tu.Buat basah basahkan ketiak je.Kadang kena tolak juga dengan hujan pagi.Semua tu cobaan... Berjalan 3km (30minit) tu dah jadi "kacang je" bagi kami sebagai pra wargaemas.Opss jangan riak Maq, Dosa!! Hehehehehe Maqnie masih keluar briskwalk dengan pasangan berjalan yang sama.Taddaaa! Memang sengaja bagi ...

Badan Terlebih Gula & Resepi Alami

Sekadar hiasan* Bismillah.Tanda-tanda badan terlebih gula. 1. Selalu haus dan kerap kencing.Badan cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, sebab tu badan cepat hilang air. 2. Cepat letih dan mudah mengantuk.Bila gula tinggi, insulin terpaksa kerja kuat.Tenaga pun turun naik, sebab tu badan cepat lemau. 3. Penglihatan kabur.Gula tinggi boleh ubah cecair dalam mata, jadinya pandangan jadi tak jelas. 4. Selera makan naik tak berhenti.Walaupun gula dalam darah tinggi, sel badan masih tak cukup tenaga sebab insulin tak berfungsi elok. 5. Gigi selalu bermasalah. Bakteria plak dan penyebab ulser mulut senang membiak bila gula darah tinggi. 6. Luka lambat sembuh.Gula berlebihan ganggu aliran darah dan proses pembaikan sel. 7. Kulit gatal, kering, atau naik tompok hitam di leher/ketiak.Ini tanda insulin dalam darah banyak sangat. 8. Berat badan naik atau turun tanpa sebab yang jelas. Metabolisme badan jadi tak stabil gara-gara gangguan insulin. 9. Rasa kebas atau semut-semut di tang...

Kari Idaman Suri

  Assalamualaikum.  Salam Jumaat.  Maq ada sesuatu nak dikongsikan dari dapur maq. Kadang bila hari hari dah memasak,  ada kala otak jadi ' jem' nak fikir menu menu seterusnya.  Baru beberapa bulan jadi penjual barangan amway,  maq baru tau yang amway ni selain jual produk kesihatan, ia ada juga jual barangan dapur elektrik, barangan penjagaan diri, kosmetik ,jus buah buahan,  biskut, coklat, jamu, dan paling dasyat KARI untuk masakan pun ada!   Kari????  Yeaaa.. Kari ! Orang London sebut " curry" . Meat curry premix!  Kari idaman Suri💕 Apakah?  Detail : karini dah dilengkapi dengan semua bahan untuk memasak kari.So anda tak perlu nak kupas bawang merah, bawang putih, halia, rempah tumis ke apa semua tu. Dia dah lengkap! Garam dan perasa pun tak perlu letak dah. Kari tu dah cukup masin.  Cara masak : serbuk kari dibancuh dengan 250ml air. Pastu panaskan minyak sikit. Tumis kari dengan api yang tak terlalu besar. Bila keri...

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Assalamualaikum. Maq join giveaway mama pipie pula kalini.  Anda yang berminat, boleh lah turut serta. Sorry to mama pipie sebab maq tak dapat nak follow fb page mama,  sebabnya fb maq dah deactive. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan  Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom . Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu.. Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat se...