Assalamualaikum.
Maq ada terbaca bebenang pengalaman sesaorang ditwitter yang berkongsi perihal asas solat berjemaah dan kesilapan kesilapan yang sering berlaku diantara imam dan makmum. Mari sama sama kita fahaminya dan harap harap kesemuanya menjadi ilmu dan panduan buat sesama kita. Insyaallah...
Basic solat berjemaah yang ramai masih tak tahu.
1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Siapa ikut batal solat. Sepatutnya, Kalau dah tahu yg imam tu terlebih rakaat, tak perlu ikot. Tunggu sampai imam tahiyyat akhir dan bagi salam sekali dgn imam atau niat mufarraqah dan bagi salam sendiri.
Mufarraqah : Tukar kepada niat solat bersendirian dan keluar dari solat berjemaah bersama imam.
Mufarraqah : Tukar kepada niat solat bersendirian dan keluar dari solat berjemaah bersama imam.
2. Kalau Imam lupa tahiyyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai2 suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, batal solat (Mazhab Syafie)
Sebab tu ada sebut supaya yang kat belakang Imam tu kenalah orang yang berilmu. Bila Imam batal dan keluar solat, dialah orang yang boleh gantikan Imam. Boleh juga tegur kesilapan Imam. Orang yang saf-saf belakang tu kalau boleh diam je.
Ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain sepatutnya tentang solat. Kalau membaca, tengok video mungkin tak sampai setengah jam. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.
Comments
Post a Comment