Assalamualaikum.
Pada majlis sambutan Maulidurasul yang jatuh pada hari Sabtu ( 9hb November 2019) bersamaan 12 Rabiul Awal 1441 Hijriah yang lalu, maq dan sahabat sahabat Taman Bukit Perdana ,Batu Pahat , telah menghadirkan diri sempena program Selawat Makkiyah kali ke 3.
Alhamdulillah ,majlis yang bermula pada pukul 2.00petang itu berjalan lancar seperti mana yang telah dirancangkan.
*PROGRAM SELAWAT MAKKIYAH YANG KE- 3*
🌸Tarikh : 09.11.2019
🌸Hari : Sabtu
🌸Masa : 2.30PM sehingga 4.00PM
🌸Tempat : Surau al Azim Taman Bukit Perdana
🌸Pembimbing :
1. Ustaz Saifulazim bin Dolahsajat
2. Haji Salleh bin Ibrahim
*🍁TENTATIF PROGRAM🍁*
*🍁2pm - 2.20pm*
Pendaftaran peserta Makkiyah daripada 10 kumpulan
*🍁2.20pm - 2.30pm*
Ucapan dari Pengerusi Biro Wanita
Taman Bkt Perdana
*🍁2.30pm - 3.30pm*
Bacaan beramai-ramai Selawat Makkiyah mengikut kumpulan selawat
*bawa kitab Makkiyah semasa program*
*🍁3.30pm - 3.40pm*
*Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Saiful Azim bin Dolah Sajat
*🍁Alunan selawat nabi sambil berdiri dan salam ukhwah
*🍁3.40pm*
Sessi fotografi beramai ramai.
*Pakaian -:- Digalakkan memakai jubah putih atau hitam, tudung putih atau cream
Jamuan ringan disediakan dan majlis bersurai.
Semoga kita sama sama mendapat manafaat daripada program ini dan berjumpa lagi diprogram akan datang, in shaa allah.
Bawah ini antara gambar kenangan pada program tersebut.
Apa yang menarik , kumpulan kami ini hanya aktif digroup whatsapp sahaja. Dimana bacaan selawat akan diupdate setiap hari mengikut bacaan hizib masing masing. Admin akan update hizib baru pada setiap sebelum masuknya waktu maghrib. Dan bila dah cukup pusingannya selama kiraan setahun , diprogram khataman seperti ini lah baru kami dapat berkumpul seperti dalam gambar gambar diatas.
Terima kasih kepada semua AJK biro wanita Taman Bukit Perdana yang telah berusaha dan meluangkan masa untuk menjayakan program ini dengan cemerlang. Tahniah !
Kitab selawat Makkiyah |
Apa penjelasan ustaz mengenai selawat Makkiyah ? Mari kita tonton video bawah ini.
Nota maq - jom kenal pasti apa tujuan sebenar kita ini dihidupkan. Kehadiran kita ke dunia ini bukan saja saja . Ayuh kita terus amalkan berselawat . Kerana Allah S.W.T dan Malaikat pun berselawat keatas junjungan Nabi kita , Muhamad S.A.W. sebagai mana dalam firmanNya,
Al Ahzab ayat 56.
Pakai pakaian putih itu sunnah. |
Salam maulidur rasul 1441H
ReplyDeleteWarisan Petani : Alhamdulillah..
ReplyDelete