Assalamualaikum..
KEISTIMEWAAN 2 AYAT TERAKHIR AL-BAQARAH ( 285 & 286 )
Para ulama' menyebutkan bahawa siapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah, maka Allah akan memberikan kecukupan baginya untuk urusan dunia dan akhiratnya, juga ia akan dijauhkan dari keburukan.
Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa dengan membaca ayat tersebut imannya akan diperbaharui kerana di dalam ayat tersebut ada sikap pasrah & berserah kepada Allah Ta’ala.
Ada juga ulama' yang mengatakan bahawa ayat tersebut sebagai pengganti dari berbagai zikir kerana di dalamnya sudah terdapat doa untuk meminta kebaikan dunia dan akhirat.
Hafal & amalkan setiap malam. Rujuk al-Quran & hayati juga maksudnya yang merupakan doa yang sangat bermakna.
Maksud ayat. :
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. (285).
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286).
Nota maq : copypaste dari group whatsapp
Comments
Post a Comment