Cara Cari Calon Pasangan Hidup
![]() |
| sekadar hiasan* |
Bismillah,
Harini dah masuk 25 Zulhijjah 1447H.Harini hari Khamis.Harini jugak maq berkesempatan tonton ceramah dari Ustaz Kazim Elias di youtube.
Dah jadi rutin maq,dalam seminggu,maq kena tonton video ceramah agama 2 atau 3kali.Tak kiralah sama ada video itu rakaman atau siaran langsung.Kadang maq tonton di tiktok,facebook atau di youtube.
Bagi maq,ilmu agama itu sangat penting ,kena dicari selagi kita masih bernafas.Yang penting ilmu itu kita dapat dari saluran penceramah yang betul dan diiktiraf.
Tajuk di video ceramah tu dipetik dari kes viral baru baru ni.Kisah wanita 49 tahun yang sesat dalam hutan baru baru ni.Tapi bila tonton keseluruhan durasi video Ustaz Kazim tu ,terlalu banyak ilmu dalamnya.Ilmu yang bermanfaat yang perlu kita amalkan.Iaitu ilmu perkahwinan.
Maq nak kongsi secara ringkas je okey.
Kata ustaz dalam al Quran pada surah Ar'd ,ayat 23 & 24 ,Allah menjanjikan syurga khas buat mereka yang berkahwin.Dibawah ini maksud 2 ayat tersebut yang maq dah copy dan paste dari google.
Surah Ar'd :
"(Iaitu) Syurga-syurga 'Adn yang mereka akan masuk ke dalamnya; dan juga orang-orang yang soleh dari ibu bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan zuriat keturunan mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk menemui mereka dari tiap-tiap pintu"
"(Sambil mengucapkan): 'Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu'."
Syurga ada 8 pintu.Salah satunya adalah pintu dari ibadah dalam perkahwian.Siapa siapa yang berkahwin, kemudian dia bersabar disepanjang perkahwinannya ,maka Allah janjikan syurga 'Adn untuk mereka sekeluarga.
Orang single yang nak nikah,kena cari pasangan yang soleh & solehah.Pasangan soleh & solehah itu antara cirinya,
1-seorang yang baik dalam agamanya.
2-seorang yang berakhlaq baik.
3-seorang yang sanggup susah senang bersama.
4-seorang yang menenangkan hati.
Kata ustaz lagi,nikmat terbesar bagi manusia kat dunia ni yang pertama ialah takwa dan yang kedua ialah isteri yang solehah ( pasangan yang soleh )
Nabi Muhamad SAW pernah bersabda,
Bila sebut pasal soleh, ia bukan soleh pada nama je tau tapi pada perbuatan zahir dan batin.Nama tak soleh pun takpa.Sebab yang bernama lain daripada Soleh pun ramai yang soleh tapi ada jugak yang nama Soleh tapi tak soleh.
Haaa pening mikir ke tu? Sila baca semula dan fahamkan.Waallahua'lam ❤

Comments
Post a Comment